Wednesday, February 23, 2011

Putus kasih

Siapa tidak kecewa jika kasih dilanda ribut dan badai dan akhirnya kasih terputus. Aku tahu semuanya salahku, semuanya gara-garaku yang bertindak sesuka hati tanpa mengikut syarat2nya. Menyesal kemudian tidak berguna walaupun adakalanya aku pernah terfikir natijah dari perbuatanku jika melanggar syarat-syaratnya. Selama ini aku amat merinduinya, malah malam termimpi-mimpi. Bila aku berkesempatan mendekatinya, tiba-tiba hubungan kasih kami boleh digambarkan dengan peribahasa "Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari". Malah ia boleh juga digambarkan seperti ini

Apakah ini ????
.
.
.
.
.
.
.
Bukannya marble cake, malah zebra cake pun bukan.
Itulah yang dinamakan kek putus kasih atau senang cerita kek alunan kasihku yang tidak menjadi huhuhu. Bayangkanlah bagaimana kecewanya aku apabila kek yang selama ini didambakan tak menjadi huhuhu......Bukan sahaja alunannya tidak kelihatan, malah kek lambat masak dan lembap dan terasa sangat telurnya. Memang salah aku kerana tidak membaca resepi betul2, aku tidak perasan ada susu cair. Memang salah aku menggantikannya dengan susu segar yang sama sukatannya dengan susu cair itu walaupun secara logiknya patut dikurangkan. Memang salah aku kerana menggunakan 5 biji telur saiz besar walaupun aku dah terfikir mungkin patut dikurangkan kepada 4 biji telur sahaja.

Maka dengan itu, tidak tercapailah hasratku untuk memberikan kek ini kepada supervisorku. Harap rakan-rakanku sudi menikmatinya hahahaha.

Whatever it is terima kasih banyak kepada blogger yang berkongsi resipi ini iaitu Kak Am Flora dan sumber asal iaitu Pn Mastura Yasak. Sebenarnya saya macam frust nak buat lagi kek ini, tapi masih teringin nak melihat dan makan kek ini dalam rupabentuk sebenarnya. Insya allah jika berkesempatan..................Sekarang, kena pergi mandilah, nak pi berjuang di uni lah :)...........

4 comments:

  1. he he he....jgn putus asa ke
    cuba lagi next time..dah tahu apa silapnya tu....so, next time buat..ikut betul2 resepi nya..

    zana pun pernah gark....excited buat kek kukus velvet hawflakes....last2 tak jadi..2 kali buat pun sama gark..tak tahu sapa silapnyer...hu hu hu..takpe..nak gark cuba buat kali ke 3..kalau kali ke-3 pun tak jadi gark...mmg takde jodoh ler ngan kek tu..hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Hello Fairylily, how you doin'? I really love this cake, love the very rich colours.
    And looking at it, must have required dexterity, delicacy, finesse, coordination and patience on your part, not to mention using that special ingredient called 'love'

    Outstanding! You are very good and creative too.
    My bahasa is gone with the wind, but I think the name of this cake you mentioned is, 'a broken heart cake'? Right?

    You mind I copy the picture? Bila saya naik angin and put out a posting about beautiful women who bakes, I will display it, credit to you of course.
    Boleh? Outang you teh tarek lambong tinggi.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. pasal kek rupanya...ingatkan betul2 putus kasih...hehehe. tengok mcm dah cantik n sedap je kek tu nok. tak pek, cuba buat lagi. org yg dah expert pun kadang2 buat kek tak jadi kan...heee...

    ReplyDelete
  4. Zana, tulah kadang2 resipi mmg depan mata, tak terlepas pandang, kurang bahan pulak, takpun saja nak ubahsuai, lepas tu sape yg susah, sendiri jugak yg susahkan isk isk

    Uncle Lee,
    actually the actually name of that cake is love rythym. Unfortunately,my cake didn't turn out as it supposed to be, so that is why I called it as broken heart hahahha

    Kaklia, mmg kena cuba lagi coz tak puas hati, tapi nak kena cari semangat dulu heheheh

    ReplyDelete