Thursday, May 3, 2012

Dugaan, syukur dan bahagia....

Pernah tak dengar mana-mana student PhD ada rasa atau terfikir atau tercakap nak mati atau ada cubaan nak bunuh diri????

Saya rasa perasaan tidak tentu arah itu normal bagi mana-mana pelajar terutama pelajar tahun akhir yang kebuntuan dan telah mencapai tahap ketepuan maksima. Apa yang penting ialah bagaimana pelajar tersebut mengawal diri dan perasaannya selain sentiasa mohon petunjuk dan perlindungan Allah :)....

Kita memang tidak boleh berterusan lari dari masalah. Apakata kita alihkan sebentar jiwa kacau tersebut dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan kita seperti menikmati makanan yang diidamkan sekian lama

atau makanan kegemaran,

atau bersiar-siar,
dan window shopping.

Bagaimana pula menonton drama bersiri ?
(silap !!!! lagilah tangkap leleh, malam ni episod akhir huhuhu.......)

ataupun program komedi
 

 atau reality show



BILA KITA RASA KECEWA DAN PUTUS ASA, INGATLAH BAHAWA ADA ORANG LAIN YG LEBIH SUSAH ATAU MENGHADAPI MASALAH LEBIH BESAR DARI KITA.

OLEH SEBAB ITU KITA PATUT REDHA DENGAN DUGAAN INI DAN PERCAYA PASTI ADA HIKMAHNYA.
KEEP ON GOING AND LIVE YOUR LIFE (NOT LEAVE OR TAKE YOUR LIFE ;) )

KITA PATUT BERSYUKUR DENGAN SEGALA PELUANG DAN NIKMAT YANG KITA DAPAT.

 UNTUK RASA GEMBIRA DAN BAHAGIA, KITA PATUT BERSYUKUR...
BUKANNYA BILA KITA GEMBIRA, BARU KITA BERSYUKUR........... 


p/s: Jangan terkejut dengan entri meroyan..pepaham je la bila waktu PMS :P




2 comments:

  1. Salam Kak..pertama kali cikwan sampai kat sini.. kak,,..terkejut cikwan baca ayat pertama akak tu... =0.. mungkin ada orang yang macam tu kan.. maklumlah,..lain manusia..lain iman dan tahap kesabarannya kan.. hopefully kita semua dijauhkan dari semua tu...amin =) cikwan pun kekadang stress, keje..part time study hujung minggu.. memang setiap minggu travel.. dah 3 tahun berlalu..rutin tu dah jadi sebahagian hidup cikwan..kadang2 terasa jugak tunggang langgang hidup ni..tapi demi nak dapatkan sesuatu yang lebih baik...

    eh2..panjang plak mengomel kat sini...jom main masak kak =)hilangkan tekanan..

    ReplyDelete
  2. Salam CikWan,
    Bukan mungkin ada, memang ada yang rasa nak mati dan memang ada yg dah bunuh diri. Semoga kita dijauhkan dari perkara itu.

    Untuk mencapai sesuatu kita perlu berkorban, bukan korbankan diri ;)....Bersusah-susah dahulu....

    Tapi bila rasa tepu, tu yg kita masak2, makan2 n jalan2 hehhee

    ReplyDelete