Monday, May 21, 2012

Wanita memang kompleks

Sebelum ini, wanita itu sering bercerita mengenai kesukarannya untuk mendapat perlanjutan tempoh belajar dan keengganan penaja untuk menaja perlanjutan tersebut. Sama ada itulah syarat yang termaktub atau sekadar dendam, aku tidak perlu tahu dan seboleh-bolehnya cuba tidak mahu tahu. Hari Jumaat malam,  wanita itu bercerita tentang khabar terbaru setelah rayuan dibuat iaitu penaja ingin kepastian mengenai pengecualian bayaran yuran dari pihak universiti. Betapa kusut pemikirannya bila penyelia pula tidak muncul untuk perbincangan dan sangat lambat menyemak hasil penulisan.

 Sekali sekala terkeluar kata-kata bahawa penyelianya yang terdahulu yang cekap ( dan mempunyai jangkaan yg tinggi tapi suka memaksa) ada baiknya. Cerita itu terhenti bila kami memumpukan perhatian kepada cerita yang hanya lakonan semata-mata.

  click image for source

Tiba-tiba wanita itu berkata sesuatu mengenai tayangan cerita itu dan jelas matanya dibasahi air mata yang terus mengalir di pipinya.


 Aku keliru, tayangan itu bukannya cerita sedih atau tragis yang perlu ditangisi. Malah, setahu aku komedi romantik bukanlah makanannya. Naluri ingin tahu membuatkan aku hampir membuka mulut bertanya, tapi akalku menghantar isyarat supaya aku berdiam sahaja...

Lantas pemikiranku melayang kepada kisah 2 bulan sebelum itu. Wanita itu kecewa kerana baru menyedari sudah tertera syarat muktamad sebelum menjejak kaki ke bumi kangaroo ini, tiada lagi rayuan selepas itu. Masih terngiang-ngiang di telingaku dengan kata-katanya

"Aku tembak je
 click image for source

siapa-siapa yang kata aku kuat. Boleh terima dugaan. Mereka lemah. Apa? Ingat orang macam aku kuat sangatkah".

Ketika itu aku memang terkesima kerana aku adalah antara rakan-rakannya yang pernah berkata

"...Saya pernah terbaca yang Allah tidak akan menurunkan sesuatu yang tidak tertanggung oleh kita"

Ya, siapa yang tahu wanita yang kelihatan berkeyakinan tinggi, tabah dan kuat, tidak menangis di dalam hati atau di belakang kita?

Siapa yang tahu wanita yang kata-katanya selalu menghiris dan menikam hati yang mendengarnya, tidak sensitif?

 Hari Sabtu, wanita itu sekali sekala mengomel seorang sendiri sambil menonton tv. Ku perhatikan di dapur, si German ketawa bersama si American. Ku dengar si American berkata

"...the other day, I asked her, whom she talking too. She can't answer it. So I just said just kidding..bla....bla......" 

Bercakap seorang diri kerana tiada teman bercakap ketika itu atau sekadar meyakinkan diri atau mempertikaikan paparan di tv atau sekadar mengajuk dialog dari program tv? Hmm...bagi aku, jika aku ditanya semua itu, aku akan jawab semuanya kerana aku juga pernah begitu :)....

Pagi Ahad, ketika aku sedang menyiapkan kuih ketayap,

 gambar lama

wanita ini bercerita mengenai rakan yang terlibat dengan penulisan puisi dan mempertikaikan tentang penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Beginilah lebih kurang dialognya.....

Aku: Eh! Kalau poem, boleh je.
Wanita: Mana boleh...bla..bla...
Aku: How would we know? Kita bukan orang arts....
Wanita: Yelah, masa kita belajar dulu-dulu, mana boleh macam tu.
Aku: Masa sekolah ko belajar literature ke? (Dalam hatilah)
Wanita : Tapi tak tahulah kalau sekarang boleh.
Aku: Sebab tulah dia menang

.........
.........

Wanita: Dia kata Downtown Abbey tiada mesej.


Aku: Biasalah tuh.
Wanita: Bagi I Harry Porter pun ada mesej.

Aku: Apa mesejnya?( Hahaha...saja nak bakar)
Wanita : Kesungguhan Harry mencari........bla bla......

...........
...........

Wanita: Bla..bla...bla...Malaslah kalau nak bercakap orang asyik nak menang je. Tu yang kadang2 I diam aje.
Aku: Tulah masing-masing is different. Yang pentingnya jangan look down on people.

..................
.................
Tidak lama kemudian....

Wanita: Menyampahlah dengan orang rumah ni. Bukan youlah..............
              Ada yang pepagi lagi dah bebel..she didn't her dutylah...............
              ...............................            

               Semua benda kena bagitau......bla bla......................
               .............................................
               ...........................................
Aku: Tulah, elok gak kita tengok diri kita. Mesti ada benda yang kita buat diaorang tak suka jugak.

............
............

 Selepas aku tulis semua dialog ini, 
I think later I should just keep my mouth shut and smile :)...............

Berdiam bukan bermakna kita salah, berdiam juga bukan bermakna kita setuju. Tidak perlu menjadi heroin semata-mata nak membuka mata pihak lain.

Ada yang naik angin bila kita mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka. Tapi memang tidak dinafikan bila orang yang sama menunjukkan rasa tidak puashati apabila kita berdiam sahaja.

Ada yang minta kita berterus terang untuk mengelakkan salah faham, tapi bila kita berterus terang perang pun meletus.

Ada yang mengatakan jika dia berhutang dengan sesiapa, si pemiutang harus mengingatkan dan menuntut bayaran, tapi sipenghutang berasa hati pula bila sipemiutang mengingatkan dengan nada yang menjengkelkan atau hanya meletakkan notis di petisejuk meminta dibayar secepat mungkin walhal hari-hari mereka berjumpa. (Akulah yang sentap tu opppssssssss.....coz setakat aud5.25 je, lagipun dia pun masih ada hutang dengan aku hahhaa...Aku dah lama asingkan duit nak bayar, adakalanya terlupa. Bila teringat, dia pula tiada)

Maka tidak hairanlah ada yang berkata wanita memang susah difahami dan sukar dijangka, senang cerita wanita dikatakan kompleks. Sebagai manusia yang kompleks, maka kita perlu bijak mengawal emosi, perbuatan dan kata-kata supaya tidak mengeruhkan keadaan.

Ya, senang ditulis, mudah diucap, bagaimana pula dengan melaksanakannya ?????


No comments:

Post a Comment