Saturday, January 19, 2013

Paling lawak antara yg lawak?


Tahniah Jozan...seperti diramalkan mereka menjadi juara Maharaja Lawak Mega.
Wah! RM500, 000 tuh....bertuah sungguh mereka. Rezki Jozan. Tak sia-sia segala usaha dan penat lelah mereka.

Masing-masing ada pendapat masing-masing. My personal opinion, Maharaja Lawak (juara Sepah; naib juara Jozan; Ke-3 Nabil) lebih best, mantap dan kelakar dari Maharaja Lawak Mega. Pelik, tapi benar. Memang malam tadi persembahan semua peserta kelakar juga, tapi kurang impak dan kelihatan biasa-biasa aje seperti tiada ummph. Malah tertanya-tanya apa mesejnya. Adakalanya bohsan juga. Nasib baiklah Zizan kurang gediknya dan tidak terkinja-kinja malam tadi. Kemunculan kembali Johan sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua dan pastinya menaikkan peratusan undi. Sempat juga tertido semasa persembahan ke-2 kumpulan Shiro dan Jambu. Yelah kalau dah start pukul 10pm Malaysia=1am OZ kan. Mestilah ngantuks. Not bad juga persembahan pertama Shiro. Jambu pun oklah. Tapi terkejut jugaklah tengok persembahan mereka memandangkan sebelum ini digembar-gemburkan bahawa mereka mungkin boleh bergelar juara. I expected more from them. Menang sorak je la. Tapi oklah juga kan. Dapat RM250000 tuh hehhehe. Berani juga boboi dengan isu Listen tu ya. Siapa yang tahu, tahulah. I pun baru tahu pasal isu tu bila baca blog Diana this week. Dalam kepayahan google menggunakan hp budak sekolah yg cinonit selain tenet slow, dapat juga saya lihat apakah video that has gone viral khabarnya. Tapi asyik tersekat-sekat itu, at last, gave up hehhehe...Anyway, boboi pun nampak ada improvement compared to previous performances. Sayang lambat panas. Nabil seperti hilang taring bila join boboi......Lepas ini biarlah solo je, ya Nabil.

Tak senonohkan, ada hati nak bagi komen. Padahal hanya tengok sesikit di internet Minggu 1-2. Terus bohsan dan tinggalkan. Then terfikir nak tengok semula...cari yang minggu 7-8 kot hehhehe. Hanya yang minggu lepas, first time tengok episod penuh. Tu pun sekejap tido, sekejap jaga hahahha. Membebel kat sini, bukan dapat apa pun kan. Depa tu dapat gak duit beratus ribu hehhehe.....

2 comments:

  1. agak bosan gak semalam, nak tunggu memang tak rajin, bangun tido tengok utube je lah , hehe

    ReplyDelete
  2. ya betul...jangan risau layan je online, tak youtube, malaymovie.com pun ada heheheh

    ReplyDelete