Saturday, August 24, 2013

Kerana dapur aku keciwa :(

It's been a hectic and tiring week, but I'll write about it later.

Harini aku sangat keciwa kerana si kontraktor/renovator berlagak or pilih orang or penipu or mungkin pelupa. Penat je la I dok lukis plan rumah, gara-gara tak boleh print my excel file semalam. Tidaklah dia muncul grrrr. Kalau tak silap hujung Mac or early april this year, aku contact dia katanya busy, bulan June baru dia free. Bila bulan Jun aku call, katanya jadualnya penuh this year...nak buat banglo lah, sekolah lah. Ok fine. Katanya nak bagi no phone kawannya yang kerjanya bagus juga. Sampai ke saat ini...hampeh......

My friend called him last week. Boleh pulak dia datang hari ini. Yelah, dulu kontraktor tu pernah renovate rumah dia. So, 5.40pm dia sampai di kawasan rumah kami, kawan I pun suruh I jumpa dia. I mintalah dia ukur rumah I, so nanti bolehlah tengok quotation dia. Tak sempat nak sambung cakap apa-apa lagi, dia kata nak pi rumah baru kawan I dulu. Ok, fine....Then, tunggu punya tunggu dah 6.50pm. Bila dengar suara kawan I, I excited la....Tau apa kawan I cakap

" Eh! kontraktor tu tak datang ke?. "
Dah lama jugak dia balik. Ingatkan dia singgah sini"

Hmm....jual mahal ya. Kalau tak nak cakaplah tak nak. Tak perlu buat orang tertunggu-tunggu. Yelah dia tau orang suka kerja dia, mestilah dia pilih big project such as semi-d, bungalow and school. Apalah sangat rumah I yang rumah teres je kan.

I ni bukan apa, I ni dah naik rimas tengok dapur I. Tak cukup tempat nak letak barang-barang dapur :(. Tengoklah tu serabut .........


Washing machine pun letak dalam, coz dulu letak kat laundry area kat luar...jadi berkulat berbintik coz tempias. Buat apa I beli almari dapur, if later nak buat kitchen kabinet. Dah alang kepalang baik I extend dapur terus ..............

Actually, haritu I ada jugak minta quotation pada another chinese kontraktor, tapi mahal bebeno RM47000 tanpa wiring and ceiling skirting.


Asalnya nak folding door.....lepas tu ngegada nak sliding door bagai hehehhe.


 Kontraktor Indon pulak RM40000 for everything, cumanya I segan dan takut..I kan sorang je. Lagipun hasil kerjanya memang kureng.  Eh! tapi idok le termasuk kitchen kabinet ya.....


 I suka sangat design kabinet and counter ni

 Majalah dapur:July-Sept2009

Tapi nak warna putih

 Dapur:April-jun2011

Solid wood cantik, tapi khabarnya selepas 5-6 tahun kayu yg muda boleh mengecut. Takpe banyak jenis lain kan...Belum ada rezeki nak dapat ni semua...takpelah, tengok gambar dan berangan pun satu terapi juga ;).

Ok, back to the contractor....sesudahnya I confuse nak pilih kontraktor yang mana hehhehe. Then, bila tengok rumah kampung banyak pulak nak dibaiki. Kereta pun buat hal. So, lagilah I pening. I biasalah, kalau dah pening satu apa pun I tak buat. Bila balik raya bincang dengan abah, katanya buat mana yang penting dululah....Tapi since I busy sangat, I boleh pejam mata bila masuk dapur and sometimes put aside benda2 yang buat I buntu. Hangat-hangat tahi ayam, kan ?

Then, bersemangat kembali, bila Cina tu bersetuju tengok rumah baru kawan I. So, I pun nak join sekali. Malangnya, cina tu tetap jual mahal dengan I. Yelah, rumah teres je, pakai kereta lama and pulak tu muka macam tak cukup duit n tak menyakinkan. I rasa I kena mandi bungalah hehhehe. Hish! Tak baik memperlekehkan diri sendiri. If we do not confident with and respect ourselves, how can other people respect us. Apapun, mesti ada hikmahnya...beria-ia nak extend rumah, macamlah duit ratus ribu hahhahah. Kenalah tambah saving, maka silalah berjimat ;)..........selain buat apa yang penting dan perlu sahaja...

3 comments:

  1. rm40000 seriously? cuba try satu kedai kat ldp furniture in kelana jaya.. less than rm10k boleh dapat.

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete