Haritu I ada bengkel/kursus 3 hari. Tapi I mengelat pi 2 hari je Selasa-Rabu. Alkisahnya, on the way nak balik rumah tetiba I ternampak 'check engine light' menyala.
First time menyala beberapa bulan dulu. Risau juga. I takut membahayakan je. Tapi biasanya bila kereta kena hujan. Engine basah kesejukan kot heheheh. Bila bawa pi bengkel yang biasa I pi, katanya takde apa. Tapi kalau I nak pastikan, kena pi bengkel elektronik. Yang tu tak berkesempatan, lagipun macam dah ok. Then, 2 minggu lepas menyala lagi. Cuma semasa menyala tu, I tengah kalut nak pi kerja. Selain itu, dalam 2 minggu ini juga I notice, I punya speed meter adakalanya tak berfungsi. Susahlah I nak merempit. Merempit konon, tapi penakut nak overtake kereta kat right lane ;)))))
Anyway, kebetulan tempat bengkel/kursus tu dekat dengan bengkel kereta. Maka, segeralah I ke sana, coz dah rasa berdebar, takut kot meletop ke apa. Yelah, bukannya hujan pun. Technician kat bengkel tu checked guna alat elektronik la...Aku google namanya -electronic scan tool or diagnostic computer. Tapi alat tu macam tak membantu. Technician kata mungkin juga masalah auto sensor. Diagnostic tool sudah, buka bonet check engine pun sudah, akhirnya dia check engine dari bawah kereta pulak....
Risau tengok kereta I setinggi itu. Then, technician kata kena buat autotuning dan apatah, aku dengar macam total body...yang dia kata kena cuci...kotor body kot hahhahahah....Bila aku google tadi throttle body rupanya hehhehe. Actually dia pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin juga auto sensor yang mana kos nya RM100++-200++. So, katanya better buat autotuning+throttle body tu dulu, kosnya RM80. Aku minta diskaun dia kata dah murah. Biasanya RM120, yolah tuh. Bila aku check purse, aku ada duit RM70 plus beberap keping RM1. Mana cukup !!!. Aku siap tunjuk pada technician tuh. So, dia pi tanya boss dan boss kata bayar RM70 dulu, yang RM10 tu bayar nanti. Okay lega....Psst...tu satu tips jugak tu untuk dapat diskaun.
Yang terharunya, bila time nak bayar...rupanya dicelah-celah duit RM1 tu ada duit RM5. Macam tak percaya je....Yang bendulnya, aku pi bagitau tenchnician tuh duit cukup....Lepas tu nyesal, kan dah terlepas nak dapat harga diskaun.
Then, balik singgah kedai makan. Dah terasa-rasa sotong goreng tepung dalam mulut nih. Disebabkan staf yang biasa ambil order kat situ takde dan senarai menu pun takde, aku tulis lah "sotong goreng" pada kertas untuk tukang masak yang ada masalah pendengaran.Tapi apa yang I dapat adalah.............
sotong goreng kunyit...Frust sangat huhu...Telan je la, memang itu rezeki I on that day........
Tapi you all ingat tak?.....I mana ada duit dah. Kan dah habis bayar kereta RM80 tadi. Duit syiling ada, tapi confirm tak cukup. Takkan nak guna duit OZ. I dah panik dan malu giler tau..malu dengan cashier dan juga sorang pelanggan yang duduk mengadap kaunter. Camno tak cukup duit sampai 2 kali ni :(. Luckily teringat baki duit tol dalam kereta...Alhamdulillah, logo acik.
Bila I balik rumah, saja belek purse. Chet !!!! Rupa-rupanya di celah-celah duit OZ ada lagi beberapa keping duit RM5, lebihan duit raya. Tu la, lenkali jangan panik ;)))))
No comments:
Post a Comment