Kononnya plan tak makan nasi since Sunday 3/11.
Tapi first day dah kantoi...memang tak makan nasi, tapi before lunch pi makan aiskrim pulak.
For lunch dok makan tumis bende dan ini....
Kenal?
Sedap jugakla....
Tau?
Sambal jering tua la.....
Hehehe...lauk nenek-nenek yang ku suka
Eh! tak makan nasi pun, calorie intake pun tetap banyak....
Lagi teruk malam tu pi makan daging burger pulak + mayo+mustard+chili sauce
Isnin pulak, rasa tak sedap badan dan sakit kepala.Mungkin juga coz kena hujan panas the day before. Beli je la sup ayam. Tu pun makan sikit. But again punyalah tak senonoh, petang tu pi ratah sambal tuh. Malam menikmati kerabu mangga je...kononnya.
Hari Selasa kan cuti, so for lunch I ratah gulai ikan keli. Dah namanya ada santan...berlemak la pulak. Petang tu ada keinsafan untuk masak ikan rebus bantai aje.
Memula just letak jus limau, bawang, halia dan cebisan serai yang dah kering kontang. Tapi rasanya macam kureng. Then letak sikit sos tiram. Tetiba I teringat ada orang letak asam boi....Tak pernahlah tengok resipinya, just tengok gambar je. Apalagi? letak je beberapa biji asam boi. Boleh tahan jugak rasanya heheheh....
Hari Rabu, macam malas pulak nak bawa bekal ikan rebus ni. Ingat nak balik lunch je. Malangnya, I dah sampai office baru perasan charger laptop tertinggal kat rumah. Terpaksalah balik ambil. Bila sampai office, terliur pulak nampak cekodok dan karipap, mak terpaksa beli hehhehe. Sesudahnya I tak lunch. Tapi balik rumah, for dinner I had beef burger again....Eh! Kalau sekeping daging mcm gambar atas tu dipanggil burger jugak ke????? Whatever...........
Harini Khamis, dimulakan dengan having oat for brekky. Tapi meeting 10am, ada nasi lemak that I couldn't resist...sikit je la. Patutnya, idok le ambil lunch kan. Tapi tengahari tu aku serabut nak ngemas file yang bertimbun atas meja. So, pucuk dicita ulam mendatang bila kawan ajak makan nasi briani kat pantry....So double hancuslah diet nasi for today. Lagi tak senonoh, I pi beli satay for dinner.
I pi kedai kain petang tadi tau. Kononnya nak cari baju konvo ala2 batik or songket. Tapi hampa belaka huhuhu....So, hari Sabtu moh le kita ke jalan TAR ya......
No comments:
Post a Comment