Wednesday, November 25, 2015

Perempuan bercincin besar????


Pernah lihat cincin besar itu?
Siapakah yang memakainya?
Ingatkan saya sahaja yg berminat nak tahu, tapi bila melayari internet rupa-rupanya ada juga orang lain yang tertanya-tanya.

Untuk sesiapa yang tak tahu saya bercerita pasal apa, silalah tonton Tuan Anas Mikael di saluran 104. Memang jalan cerita yang menarik ditambah pula dengan para pelakon yang hebat anyaranya Zara Zya, Aaron Aziz, Fazlina Ahmad Daud dll. Saya memang suka menonton lakonan Zara Zya yang selamba sejak drama Love you Mr Arrogant dan Zahira.

Bukan tak sibuk, tapi saja nak tenangkan diri. Bukan cari alasan, tapi adakalanya I need my me time. Hari ini ada tugasan yang penuh dengan formaliti di bangunan lain dari pagi hingga tengahari. Bila petang terus diserang migraine. Hmm...manja sungguh tak boleh kena panas tengahari walhal tak sampai 5 min untuk berjalan ke tempat letak kereta terbuka. Lagi-lagi agak sakit hati dengan sikap staf unit lain yg pandai-pandai arahkan unit I untuk berkhidmat untuk pelanggannya. Demand pulak tu konon nak pelanggan barunya dalam kumpulan yang sama. Adohai...kerana permintaan begini, segala perancangan perlu dirombak banyak kali.

Di kala kami sendiri tak terlayan pelanggan sediri, inikan pula menghadap pelanggan orang lain.
Di  kala kami begitu terbeban masa dan tenaga, tugas mereka seperti sepertiga dari tugas kami, walhal gaji sama je.....Adilkah?

Kemudian, kalut menyiapkan cadangan untuk sesuatu projek. Alhamdulillah ada juga rakan-rakan yang membantu mendapatkan gambar-gambar yang berkaitan dan ada yang sudi bekerjasama untuk projek minggu hadapan jika diperlukan. Terharu dengan jasabaik dan bantuan rakan-rakan yang sanggup mengorek gambar-gambar lama demi menjaga nama baik unit kami. Saya sangkakan tugas menggabungkan semua gambar ini mudah sahaja dan sebelum 6 pm sudah boleh balik, tetapi setelah laungan azan maghrib saya masih di pejabat. Pasrah dalam seram. Balik rumah rehat sekejap dan mula mengumpul baju untuk outstation esok hari, tapi masih tak larat untuk packing. Konon malam ni nak menyiapkan kerja, tapi tertengok Tuan Anas Mikail special yang tiba-tiba jadi 2 jam. Nasib baik sempat tukar channel, rupa-rupanya siri special 2 jam ini tidak termasuk dalam the series record setting.


No comments:

Post a Comment