Thursday, January 14, 2016

Susahnya nak buat baik

Kalau tak mahu terlibat
Janganlah ganggu emosi orang yang bersemangat

Kalau tak mahu beri sumbangan
Janganlah pertikai kriteria pemilihan

Kalau tak tahu kisah tersirat
Janganlah tuduh orang tak pandai berjimat

Kalau betul kiraan data
Kenapa masih ramai yang meminta

Biarlah...
Biarlah apa orang nak kata
Kita teruskan usaha kita

Biarlah...
Masing-masing punya cara
Kami gembira bila orang gembira

.............

Update 15/1/2016

Kalau diajak turut serta
Mohonlah beri respons, sorang sibuk, ada lagi dua

Kalau setuju turut serta
Berilah cadangan juga
Bukan terus fikir naikkan nama
Walaupun sumbangan tiada

Kalau tidak larat untuk membantu
Carilah pengganti dan bukan buat orang tunggu

Kalau betul memerlukan
Tulang itu perlu diringankan
Bukan harap semua disuapkan

Kalau orang dah hubungi
Respon perlu diberi
Bukan buat orang tunggu hingga petang hari
Jika tidak memerlukan lagi
Sila undur diri


No comments:

Post a Comment