Sunday, July 10, 2016

Yang Tak suka bila raya:Part 1

Eid mubarak ...
Macam mana raya korang?
Seronok?
Atau stress terperangkap dalam traffic jam?
Banyak collection duit raya anok2?
Berapa ribu gmbr you berposing?
Berapa ratus duit terbakar dek mercun 😉😉??
Masih beraya, sudah kembali bekerja, dlm perjalanan pulang atau cuti2 overseas or Malaysia?
Baju raya yg ditempah ok tak?
Baju raya preorder siap tak?

Macam2 cerita sebelum/semasa/selepas raya kan.

Kisah baju raya
I kesian pada sesiapa yg terkena baju raya preorder tak siap atau tak sampai dan apabila si penjual diam seribu bahasa.
I faham betapa sakitnya hati bila dibuat gitu.
I tempah 3 pasang baju kurung pahang pd tailor. I nak ada 2 pesak supaya lebih kembang di bawah. Malah I memang dtg dgn memakai baju kurung pahang di hari tempahan supaya tailor faham.

Tapi YANG TAK SUKA 2 hari sebelum balik raya bila I pi ambil baju tu ada satu pesak je 😭😭😭.  Pulak tu kurang kembang di bawah.Lengan pun tak kembang di bawah 😠😠😠. Lagi sakit hati katanya I tak cakap pun nk mcm tu. Ko rasa???? Luckily baju raya I nmpk ok. Tapi Baju batik I serupa baju kurung biasa je. Yg satu lagi tu pelik na nampaknya....pinggang jatuh...

WALAU APA PUN
Takpe...takpe....jgn fikir sangat. Untuk hari raya ke-2 kita pkai je baju kerja 😅😅.

Kisah menu berbuka

Bila dah ramai tu, beli masing2, macam2 jenis, makan sikit sorang.

YANG TAK SUKA bila ada komen
Buah ni masamlah....
Tawarlah....
Ada yg tak dapat merasalah

WALAU APA PUN..
Sedap je di tekak I...
licin gak I tengok 😂😂
Sape tak suka beli sendiri ya.
Kalau nak makan, sila keluar bilik ya.

Kisah membeli baju raya

Seronok membeli untuk budak2.

YANG TAK SUKA bila....
Tiada saiz yg sesuai
Design cantik, warna pelik
warna cantik dh sold out
Ada one piece left, si adik nk sedondon kakak
Design yg kita suka, si pemakai tak suka
Warna yg kita beli, tidak kena di mata penjagannya

WALAU APA PUN
Yang penting budak2 happy, comel dan cantik di pagi raya...them pun dah pandai nk bergaya n dah mula nak cari pakaian yg sepadan.

Kisah membersih dan mengemas

Setiap kali nak raya, membersih dan mengemas itu rutin wajib

YANG TAK SUKA
Hati membara memantau ruang tamu yg mcm rumah tinggal
Macam tak dijenguk or disapu setahun
Sayu hati melihat
fabrik sofa koyak
Perabot kayu dimakan ulat
Langsir bertahi lalat, renda tercabut, pengikat sontot
Bengang masuk ke bilik air
Dinding dan lantai berkulat
Jentik2 berenang di kolah
Anai2 gemuk gembira di pintu

Walau APA PUN
I tetap bersih dan kemaskan
Biarlah awalnya sakit mata dan sakit hati
Biarlah sakit tangan menyental
Akhirnya....
Sedap di mata, tenang di hati



No comments:

Post a Comment