Saturday, August 6, 2011

Resipi daging yang semakin popular

Aku masak lauk daging nih for majlis kesyukuran last saturday.

Tapi nak nampak banyak aku tambah beans and carrotlah. Yang ni leftover, so bila dah perhangatkan, mestilah dah tak ceria and berseri seperti baru masak haritu. Cuma daun tu je aku baru tambah hehehe. Tau ke lauk apa nih ????? Aku guna pes tomyam dari Thai, so memang masin, pulak tu terlebih letak pulak. Penat aku adjust tau. Dahlah lupa nak beli sos cili thai, aku guna sos lingham je. Bila rasanya macam lain je, aku surf internet macam mana nak buat sos cili thai hehehe....Dengan sos cili thai buatan sendiri, maka terhasillah lauk di atas.

Hah! Dah dapat teka ke menu apatuh? Daging Kaprau lah....
Terliur betul tengok menu ni di blog Kak Jee. Masa, memula buat dulu on 11/7/2011, aku tiada daun selasih pulak. Bila google, daun selasih=basil. Bantai ajelah I just used dried basil instead of the fresh one hehehe....Sedap tau. Click here for the recipe. TQVM Kak Jee for sharing this recipe. Kali kedua aku buat harituh, aku masukkan hirisan cili macam Along Rodz. Bila masuk blog Kak Jee, memang kena menahan perasaan melihat makanan yg dipaparkan. Kalau tak silap aku jumpa blog Kak Jee dari link di blog Mas Duniaku pada bulan Mei tahun ini. Pertama kali baca dah terpaut...MACAM-MACAM ADA. Makanan ada, either masak sendiri or jalan-jalan cari makan, petua ada, cerita seram ada, kisah artis pun ada. Rasa terbayang-bayang kenangan masa kecil dulu menonton Santan Berlada. Hampir seminggu aku nak baca her previous entries...hehhee sampai pukul 2 atau 3 pagi jugak aku baca. Yang paling aku tak sangka Kak Jee yang popular ni jadi follower blog aku. Punyalah excited sampai termimpi-mimpi hahaha. TQ Kak Jee for being my blog follower begitu juga rakan-rakan yang lain...

4 comments:

  1. memang pemes daging ni..
    mas gak tak buat2 lagi...
    sedappnya tengok..

    ReplyDelete
  2. Thnx for trying. Terima kasih juga sebab follow my blog. banyak merapu...hehehe

    ReplyDelete
  3. Mas,
    buatlah..memang sodap

    Kakjee,
    Happynya kakjee komen kat sini. Memang suka baca coretan kakjee...menu mengancam, cerita pelbagai :)

    ReplyDelete
  4. macam sedap je daging kaprau ni fai...nanti nak cuba lah...:)

    ReplyDelete