Siapa kita nak buat begitu?
Doa orang yang teraniaya makbul.
Tapi doa yang bagaimana?
Anda kata anda dizalimi kerana dendam seseorang,
tapi kenapa anda mendoakan yang buruk untuknya?
kenapa anda mendoakan yang saudaranya menerima nasib seperti anda?
Jika begitu, apa bezanya antara anda dan dia?
Di saat ditimpa musibah, kenapa masih berniat buruk?
Tapi lupakah anda itu sebenarnya adalah syarat-syarat yang telah tertulis?
Bukankah anda telah baca dan faham sejak mula lagi?
Kenapa perlu dipertikaikan bila rayuan anda ditolak?
Kenapa perlu dipertikaikan apabila anda tidak boleh berhubung terus dengan yang di atas?
Bukankah akhirnya rayuan anda telah didengar?
Bukankah apa yang anda minta telah anda perolehi, walaupun bukan sepenuhnya?
Kenapa perlu disebut-sebut lagi?
Lupakah anda untuk bersyukur?
Bukankah anda masih ingat apa yang berlaku sebelum menerima syarat pertama itu?
Bukankah satu, dua, tiga, mungkin empat rayuan anda telah didengar?
Lupakah anda antaranya ada tangan ghaib yang membantu anda?
Adakah anda pasti kerana anda melangkaui si dia suatu ketika dulu,
maka si dia menzalimi anda sekarang?
Jika benar dia menzalimi, kenapa dia masih 'memberi' walau hanya sebahagian?
Ada yang kata, kalau tidak rasa, mana kita tahu.
Ada yang kata, kalau kita yang kena, mesti kita marah dan buat begitu.
Adakah yang berkata itu pasti semua orang sepertinya?
Semoga kita sama-sama dapat petunjuk ke arah kebaikan....
No comments:
Post a Comment