Sunday, April 21, 2013

Aku dan Pak Guard

Case 1 : First week of March

Ketika aku membersihkan hadapan rumah

Pak Guard: Lama tak nampak
Me : Tu la...takde kat sini
Dalam hati : Hello...Saya dah 4 tahun tak tinggal sini.
                     You kerja sini bila? Tahun lepas kan?
                     Kan elok cakap tak pernah nampak sebelum ini


Case 2 : Petang sabtu =semalam
Saya baru  seminggu mengendalikan satu kursus. Maka semalam ada penilaian bagi peserta kursus. Malangnya pintu dewan berkunci walaupun rakan saya telah buat tempahan. Panik sebentar. Terus saya call rakan yang buat tempahan. Dia pun bengang coz ini bukan kali pertama berlaku walaupun telah diberi peringatan. Dia ada urusan lain dan tidak membawa rekod penempahan  dan tidak menyimpan nombor telefon pihak yang menguruskan penempahan. So, terpaksalah saya mengangkat semula kotak kertas soalan ke dalam kereta dan bergegas ke bilik penjaga bangunan. Rupa-rupanya Pak Guard yang menguruskan hal ehwal bangunan...dah la antara Pak Guard yang aku tak suka.

Me: Assalamualaikum. Pintu Dewan berkunci..kami ada penilaian peserta ni. Puan N dah buat tempahan.
PakGuard Senior:Ikut rekod ni...pintu dah buka
Me: Tapi memang pintu berkunci
PakGuard Senior: Dah cuba ke-empat2 pintu
Me: Dah...
PakGuard Senior: Tapi dah buka ni (masih lagi membelek rekod)
Me: Ye la kalau dah buka...buat apa saya datang sini?
(Dah mula hangin coz dah la panas berdenting, peluh meleleh-leleh, badan mula berlengas..nak bersoal jawab pulak)
Pakguard Junior: Takpelah. Saya pergi tengok sekejap

Bila sampai di dewan
PakGuard Junior: Ni sebenarnya kawan saya yang jaga. Mungkin orang yang terakhir guna tadi dah kunci
Me: Tak kisahlah orang dah kunci ke tak. Next time tolonglah check juga. Apapun terima kasih ya.

What a day....
Dah la bengang orang lain cuti panjang, I pula kena stay
Dah la bengang orang lain pi ronda-ronda, I kena kerja
Dah la bengang pintu berkunci, pulak tu nak bersoal jawab pulak
Dah la bengang peserta tak sabar-sabar nak masuk walaupun dilarang
Bertambah bengang bila peserta mengambil masa lama untuk memilih tempat duduk 
Bertambah bengang bila peserta kurang beretika, ada percubaan untuk menipu
Bertambah bengang bila peserta tak ikut arahan kertas penilaian
Bengang melampau bila ada peserta tak hadir.................

Whatever it is redha je la .............macam tak biasa ek...hmmm..tiada yang berubah walaupun bertahun-tahun telah berlalu....

7 comments:

  1. Replies
    1. dah lama bersabar...tapi betulla tiada cara lain selain bersabar ;)

      Delete
  2. Cool down. Kadang2 weather pns mmbahang nie blh buat kite cpt naik angn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, cuaca does affect our temper hhehehe

      Delete
  3. tensi ye kak. sy pun sedar kita ni bekerja di bawah satu bumbung dengan orang pelbagai lapisan usia, pelbagai ragam manusia. yang tua2, bukan main ego kadang, tak kurang juga yang baik2. bila la agaknya nak jumpa akak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengang ke tension ke nak tak nak kena lalui juga. Dah pilih untuk kerja bidang ini kan ...

      Delete
  4. You are welcome Patty. Many thanks for stopping by and I hope you keep returning for even more functional
    suggestions and tech information. And don't forget to tell your good friends!

    Here is my web page xerox phaser 8560mfp driver

    ReplyDelete