Pada hari Jumaat 26/4/2013, aku ke Shell petrol station. Takkan nak pi ngorat Pakcik empunya stesen minyak , pi isi minyak lah kan :P. Setelah selesai isi minyak, ku start engine kereta. Macam biasa memang susah nak start. Cuba lagi dan cuba lagi. Biasalah memang kena cuba banyak kali terutama jika berhenti di stesen minyak. Relax la.....Tapi kali ni nak berpeluh sakan dah. HUwaaa... nak buat apa? Ok Ok don't panic..sabar dan cuba lagi. Jangan malu dan segan dan risau dengan pengunjung Shell yang lain yang datang dan pergi. Pedulikan depa walaupun depa bengang ada satu keta kocik tak bergerak dan menyebabkan mereka terpaksa tunggu lama. Kan ada 4 port. Satu ada kereta, hang pi la 3 port lain. Kalau susah sangat, pi je stesen lain...oppps. Pandang sebelah dan jenguk jugak side mirror tengok orang belakang...tapi malas pulak nak keluar nak minta tolong. Patutlah tiada siapa yang nak tolong. Lagipun manalah tau kejap2 lagi kereta boleh startkan. Ok cuba lagi start engine sambil buat muka selamba walaupun dalam hati malu giler ;)....
Tiba-tiba ku lihat, mamat yang ku jenguk tadi memarkir keretanya di tepi stesen, keluar dari keretanya dan terus berjalan menuju ke keretaku. Dengan gaya machonya dia berkata
"Ni bateri ni".
Aku cakap"Tak! dah biasa jadi camni. Dah bawa pi workshop diorang kata bukan bateri, tapi depa tak tahu".
Mamat: Bateriiii... Turunkan brake, saya tolak kereta. Nanti orang nak isi minyak
Maka selamatlah kereta aku ditolak ke tepi. Tiba-tiba
Mamat: Brake!!!!!!
Aku tekan brake pedal, tapi kereta tetap bergerak. Hah! sudah...jangan aku pi langgar cabin pakcik Shell. Panic MOde !!!!!!!
Mamat: Brake! Brake!
Aku barulah teringat nak tolak Gear ke mode P dan naikkan hand brake. Cis!! Malu aku dengan mamat tuh. Sekali lagi dia cakap pasal bateri dan sekali lagi aku ulang ayat yang sama bahawa pomen kata bukan bateri. Degil!!!! Orang dah tolong wajarlah ucapkan terima kasih. Sempat lagi aku tengok uniform putihnya. Terima kasih ya adik DRB Hicom hehhehe. Sorrylah tak sempat nak belanja ke, akak tau ko nak pi solat jumaat.
Hah! dah parking tepi nak buat apa kan. Nak call kawan, rasanya masing2 dah balik rumah rehat or pi solat. Maka call pomen dan tunggulah di luar kereta sambil membuat cat walk ke hulu hilir di tepi stesen minyak yg panas berdenting. Cissss...sia-sia je aku pakai blaus dan skirt di hari Jumaat. Hilang seri dengan peluh
Tak habis lagi cerita lagi tau...
Hari Selasa 8/5/2013:
Ku cari-cari kunci kereta dalam handbag...penat ku keluarkan isinya tapi takdo. Ku jenguk opis pun takdo. Ku jenguk dalam kereta, elok je kunci keretaku sunbathing di atas beg grrrrrrrrrrrr. Relax! Relax! Call adik technician, nak tanya apa perlu di buat. Perlu call pomen kah? Maka aku call pomen, tapi tak angkat phone grrrrrrrrrrrrr. Adik technician datang ke keretaku. Minta izin buka getah tepi cermin dan cuba buka pintu tapi tak sampai. Ku cari pembaris besi 30cm, pun tak boleh. At last he called his pomen. Rupanya kena guna pembaris 60cm
Beginilah keadaan setelah pintu berjaya dibuka
dan terbanglah RM40.
SEKIAN KISAH KERETAKU
sabar sabar...
ReplyDeleteya no matter how stress, mmg kena sabar dan lalui je la ;).
DeleteKalau masalah dtng brtimpa- timpa plk.
ReplyDeleteItulah....tapi lalui je la :)
Deletedia nak kereta baru
ReplyDeleteKeta baru? hmmm...kena kumpul duit la. Cuba bertahan hehheh
DeleteHi there! This is kind of off topic but I need some help from an established blog.
ReplyDeleteIs it hard to set up your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm thinking about creating my own but I'm not sure where to begin. Do you have any ideas or suggestions? Appreciate it
Here is my blog xerox 8560 yellow