Monday, May 20, 2013

Pesanan untuk abang pizza

Tadi aku beli pizza di pasar malam. Aku pelanggan ke-3. Pelanggan ke-2 iaitu 3 orang remaja perempuan agak banyak songeh. Setiap orang hanya beli 2 small slices pizza, tapi nak bekas asing-asing for each slice. Ok..kita sabar je la. Kemudian datang pelanggan ke-4, diikuti pelanggan ke-5 yang sibuk bertanya soalan. Bila aku beritahu aku nak pizza yang mana, alih-alih abang pizza pi potongkan pizza untuk pelanggan ke-5. Aku dah bengang, ingat nak angkat kaki tapi rasa rude pulak. Ok kita sabar...Si tukang bakar pizza dah perasan kot. Maka dia yang sibuk tanya aku nak pizza yang mana, dan datang ke depan beritahu rakan dia suruh serve aku. Kawan dia tak layan. Then dia yang ambilkan pizza yang aku nak, masukkan dalam bekas dan tunjukkan pada kawannya suruh layan aku. Kawannya masih melayan pelanggan ke-5 yang masih terkial-kial memilih pizza. Sekali lagi aku rasa nak pergi je. Tapi kesian pulak si tukang bakar pizza yang bersusah payah datang ke depan tadi. Akhirnya barulah abang pizza layan aku. Aku bayar dan ambil baki duit seraya berkata

 "Saya nak pesan sikit, boleh? Next time, serve lah pelanggan yang datang awal. Saya tunggu lama tadi. Tak guna meniaga pizza sana sini dan banyak cabang bisnes-buat tshirt boleh, buat kad kahwin boleh, tapi pelanggan sorang tak terlayan. "

Opps...ayat terakhir tu I cakap dalam hati je. I tau pasal bisnes tu pun coz terdengar perbualannya dengan pelanggan pertama.

Apa reaksi abang pizza????

Abang pizza hanya mengangguk tanpa sebarang permohonan maaf atau rasa bersalah.

3 comments:

  1. entahlah..tak pernah pula terkena cam kamu ni

    ReplyDelete
  2. hehee...siap pesan tu...kalau kena kat aku mesti ckp "bang, kalau taknak niaga, duk rumah la bang...boleh saya niaga kat tapak nie.."hahaa...

    ReplyDelete
  3. si abg pizza nak cucuk jarum tuh ;-)

    ReplyDelete