Salam Ramadhan....
Hari pertama puasa tak elok marah2, tapi .....
Saya dah cuba, saya dah kawal, saya dah tahan, tapi ........
Kes 1
Ada orang dah bagi betis nak peha...very demanding and sometimes rude too.
Tak pernah nak bersyukur.
Maka minggu lepas aku dah keluarkan peringatan.
Walaupun I mudah mengamuk, I ni mudah kesian...so I bagi bahan jugak hari Khamis.
By right, hari Jumaat patutnya semua dah ada bahan tuh.
Harini rabu, ramai yang takde bahan tu....grrrr.
Tak mahu marah2 di bulan puasa,
maka aku suruh buat dalam masa 30 minit dan sila keluar.
Maka berduyun-duyunlah mereka keluar.
Ada sorang, minta maaf, ok hangpa boleh stay.....
3 mins kemudian, dua orang pohon maaf, ok sila duduk kembali....
10 mins lepas tu, segerombolan baru tersedar untuk minta maaf selepas buat mesyuarat di luar,
ok kalian sila masuk
30 mins seterusnya, 6 orang pula menjenguk, pandang I, terus naik tangga, kawan lelakinya mengingatkan, baru terkedek-kedek nak minta maaf
Bila ditanya, dia boleh kata tadi panas sama panas.........
Apsal pulak hang yang nak panas???????????????
Kes2
Saya sedang memandu kereta.
5 m di hadapan ada segerombolan manusia.
Tetiba seorang berpaling dan membelakangkan kereta saya dan berborak dengan rakan di tengah jalan.
Bila saya semakin menghampiri dalam 2m, barulah dia menoleh ke hadapan.
Saya tenung dia, dia pandang saya
Kereta saya pun berlalu...
Tiba-tiba.........TUP!!!!!!!!!!!!!
Kereta saya di ketuk...
Saya buat u-turn dan tanya apa dia buat tadi?
Dia tanya kembali "Buat apa?"
Saya tanya "kenapa ketuk kereta saya"
Dia tanya " Kena ke? Saya sentuh je"
Saya bebel..bla..bla...saya minta ID
Dia kata : Saya jalan borak dengan kawan, then tangan saya terlibas.....
Saya bebel...bla...bla...saya kata dia rude tak minta maaf....
Dia kata tak sempat beri penerangan, saya dah serang and minta ID.
Wujud jugak manusia macam ini yek.....
.....dahlah ganggu laluan orang, pi ketuk kereta pulak,
tak minta maaf, cakap berbelit, then salahkan kita pulak coz serang dia.....
KURANG AJAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Opps....itu hanya catatan ya.......saya dah ok :).
Tadi dah call kedai, order lauk untuk berbuka. Ambil 6.30pm :)....
Now boleh pulun siapkan kerja.........
No comments:
Post a Comment