Wednesday, July 31, 2013

Tolong jangan terjun

Semalam saya terkejut, risau dan takut
Dia beritahu saya, dia ada gangguan pemikiran
Kawannya beritahu saya, mungkin gangguan dalaman atau makhluk halus
Kawannya menambah, sehari sebelum itu dia kata dia rasa nak terjun tingkap
Saya jadi tidak tentu arah
Saya menghubungi dan berjumpa orang tertentu
Saya tidak mahu tanggung seorang

Saya hubungi dia
Dia kata dia fikir yang bukan-bukan
Dia kata ada rasa nak bunuh diri
Dia nak berubat
Jika tidak berjaya, dia mahu jumpa pakar
Saya mencadangkan dia kongsi atau bincang dengan orang tertentu
Antaranya kaunselor
Dia setuju........
Saya minta dia jaga diri, jangan berseorangan dan amalkan ayat Ruqyah
Bila perbualan berakhir, saya sebak...
Dia baik dan hormat orang
Mungkin dia tertekan dan perlukan perhatian
Ya Allah lindungilah dia .......


1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete