Sunday, August 18, 2013

Aku dan steering kereta

I cuti sampai hari Selasa je....Rasa menyesal tak cuti sampai Jumaat. Bila dah takde mood nak balik kerja, semua plan ke longkang. Maka pada 5.30 pagi Rabu I barulah terhegeh-hegeh nak packing. Pulak tu kena gak lipat baju baju di rumah kampung. Yalah, nak tinggalkan bilik di kampung, mestilah dalam keadaan bersih dan kemas supaya bila I balik semula idokla sakit mata. Bukan apa, bilik I ni hanya bersih bila I ada je or else no one cares. Lagi menjahanamkan barang dalam bilik I or mengotorkannya adalah :(.......

Macam biasa melalut jugakkan.....

Sesudahnya, I hanya bertolak dari kampung around 8.30am. Di ELITE banyak juga kereta....macam biasalahkan. Rasa nak buat chicken dance je bila masuk ke NKVE....tak banyak kereta you. Kalau hari biasa jammed gilos kan. Berhenti jap kat R&R Sg Buloh membeli Dunkin Donut meal-smoothies yang tak sedap, chicken mayo sandwich and choc donut.........


Tapikan tak baik happy awal2. Keluar je dari R&R banyak beno kenderaan....tak masuk dengan trailer/kereta/mpv yg dipandu di lane tengah. Wei bang trailer NCD, bang Honda 6373 dan pakcik toyota....agak-agaklah. Kalau dah tau hang bawak kenderaan berat or nak hisap rokok or sembang2 sambil bawa 80-90km/j pilah lorong kiri. Yang driver bus pulak, kalau ko rasa ko nak terbang ko pi la lane kanan, awat bagi flash kat I yg memandu dgn kelajuan 110-120km/j ..........Kalau I pandu slow pun, nak buat guano? dah ore depe siputkan........nak ke kiri pun banyak lori.

Bila sampai ofis buat apa yang patut, then 2pm nak kena pi bebel kat peserta di dewan. Huhuhu..tetiba je my car steering wheel locked and I couldn't even turn my key in grrrrrrr. Cuba banyak kali tak dapat. Call la kawan yang selalu jadi mangsa I...huhu lambatnya angkat. Tanya dia kat mana, masih cuti raya....So, tanya jelah dia apa nak buat. Sila gerak steering sambil pusingkan kunci. Dah cuba, tapi tak dapat jugak. Ganas...macam nak tercabut steering tu I buat. Kawan I nak datang tolong. Kesian pulak. Takpo den cubo laie....Alhamdulillah, acik berjayo...yeay.....Jumpa peserta kursus, bebel kat depa kot2 depa doakan sesuatu terjadi supaya takde kursus hari Rabu hahahah....Amboi! masing-masing sengih :P...

2 comments: