Thursday, November 14, 2013

Awan bertingkek, kojo bertimbun

Bila melihat awan bertingket.......


Terus teringat kojo bertimbun.....

Semalam, I baru tersedar betapa banyaknya kerja yang perlu disiapkan segera. Semasa mesyuarat waktu pagi berkaitan projek T yang baru, banyak perkara yang perlu disemak semula. I masih tidak menyiapkan material walaupun ia akan bermula minggu hadapan. Lagipun kami masih belum menerima jadual sebenar projek tersebut. Tidak terkata apa, bila ia melibatkan banyak kumpulan customer dan setiap kumpulan memang besar saiznya. Redha dalam terpaksa. Semasa mesyuarat petang pula, I mula risau untuk pemantauan projek L bagi new customer. I masih tidak jelas akan peranan I dan tiada panduan yang terperinci diberikan. Selepas mesyuarat, berbual pula dengan senior tentang penilaian oleh customer dan juga prestasi kami. Khabarnya sesiapa yang peratusannya rendah akan dipanggil oleh boss dan juga perlu menjalani/menghadiri latihan/bengkel. Terus I jadi stress dan tidak tentu arah bila melihat peratusan yang I perolehi. Kenapalah I tidak diberikan taklimat berkaitan sebelum ini. MEMANG TIDAK ADILLLLL

Hari Jumaat ada deadline untuk customer monitoring for projek P. Memang serabut nak menilai. Ada sistem yang dibangunkan menggunakan microsoft excel beberapa tahun dulu macam tak membantu. Akhirnya, lewat petang semalam baru I realised ada formula dalam sistem tersebut silap. Terharu sangat bila dibukakan hati untuk semak dan dicelikkan mata untuk melihat kesilapan tersebut. Thank you Allah. Malam tadi, I pulun menambahbaik sistem tersebut dan Alhamdulillah boleh dikongsikan bersama rakan yang memerlukan. Sempat juga I memberi panduan kepada rakan yang perlu mengubahsuai sistem. I pun berjaya submit before deadline. So, bolehlah I fokus pada projek T, projek Tj dan projek L, selain urusan keluar negara. Tapi bila tengok dalam sistem projek L, sudah haywired instead of 6 customers dah tinggal 2 je. Projek T pulak, schedulenya sungguh menyiksakan. Maka mengadulah I sana sini.

Bila I pi general office, I pelik tengok sikap sesetengah orang, yang sesuka hati mengubah layout office tanpa memberitahu, meminta persetujuan dan bertanya keselesaan staf yang menghuni office itu. Kemas di mata anda, tak semesti selesa pada orang yang menghuni. Bila orang lain prestasi bagus dan tidak mahu terlibat aktiviti office, hang bising kata orang tu selfish dan adakalanya seperti dengki pun ada. Habis tu dah hang suka buat benda yang tak penting dan tak urgent, selain ganggu teritory orang

Sibuk camna pun sompek pulak update blog, mengomel dan tengok AF kan ;))))). Lunch hour kan :P

2 comments: