Monday, November 18, 2013

Tempah vs Ready made

Sekali tempah baju, hah! ko sampai tujuh. What a record?


Bukan 7 pasang la....RM42 for baju kurung ala songket. RM38 for baju kurung cotton. Kedua-duanya tanpa piping. RM45 baju kurung jugak, tapi harga lebih sikit coz kain licin dan ada piping. RM 38 baju kurung moden tanpa kain. Rugi ek...baik tempah dengan kain sekali. RM28 caftan kain chiffon. Yang hangin tuh, takkan nak buat blouse sleeveless lebih caftan tu, upahnya sama jugak. Tailor kata dah diskaun, asalnya RM30. Chet!!! dengan regular customer pun nak berkira. Kalau camtu baik I jahit sendiri....tu kalau I pandai jahit baju la :P. Kat tempat you all, berapa pulak upah jahit? Ada beza tak upah untuk kain tertentu?

Dengan harga RM264 tu, I boleh beli 5 pasang baju kurung ready made di Jalan TAR tau. Silap2 boleh dapat 6 pasang. Tapi memang tak jumpa saiz I la. Ambil saiz S, kainnya ketat di punggung. Ambil saiz M, baju dan kain labuh pulak. Redha je la...kena tempah kat tailor jugak. Pulak tu baju lama dah tak boleh pakai. Yang baru ditempah bebeberapa bulan dulu pun, dah mula sendat :(.........Rasa nak nangis tadi, bila tengok tailor catat ukuran pinggang I~ 30"......Sebab tu kerap tempah baju baru.

Psst....Psst ....dapat sms dari Jelita Textile, Nilai ada discount up to 70% for Japanese Cotton.

Oklah...nak sambung buat kerja...sambil membaca, menaip sambil tengok Jodoh Itu Milik Kita episod akhir. 

7 comments:

  1. upah baju sy d tailor yg sm since 1999 bkn nya nak bg diskaun...naik harga tiap2 tahun..kurung kosong..55rgt..kurung moden 75...baju wit lining 120..jahit tailor lain byk plk prob..akhir nya trpaksa g tailor yg mhl tu jgk...upah lg mhl dr hrga kain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huish, tu lagi mahal kan.
      Tapi tu la walaupun mahal kita tetap p jugak coz dah selesa dengan tailor tuh

      Delete
  2. Sya bg tmpah kat tailor kt kg je rm35 kurung biase x de piping. Kurung modeng rm45

    ReplyDelete
  3. saya tempah kat k.pilah awal tahun ni. Kurung biasa piping RM47. Kurung moden baju je lining RM90. Total upah 3 baju mak 1 baju anak RM270. Upah baju budak ke baju mak ke sama harga. Rasa macam nak jahit sendiri je :O

    ReplyDelete
  4. Thanks..
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete