Saturday, January 3, 2015

Bila rindu

Apa rasanya apabila kita merindui seseorang yang jauh, tiba2 dia muncul di depan kita. Dalam terkejut, pastinya gembira. Dalam kehairanan yang dia dan ibunya sanggup balik naik bas, pastinya teruja. Terubat rindu apabila dapat menggomol dan mengucup si dia. Tapi seharian hari ini pastinya jadi tidak tentu hala pabila tersedar itu adalah mimpi semata-mata. Huhuhu I really miss my niece.

Teringat kisah tahun 2011 kot. Punyalah seronok baring-baring atas toto di kampung. Tapi seharian jiwa jadi kosong pabila tersedar dari tidur masih di katil hostel di OZ. Bantal basah dek air mata tak perlu cerita lebih2 la. Tak tahu bagaimana nak desribe betapa pilunya hati pabila melihat gambar my 11 yo nephew. Tapi, now dia dah segan untuk dipeluk dicium dan tak mahu mengikut ke mana auntie nya pergi. Terpaksa terima hakikat bahawa dia dah besar dah remaja; semakin jauh dari me. My other niece pula not so close with me. Siapa lagi yang I boleh menumpang kasih jika bukan my cute lil 5 yo niece??

Update 11pm:
Adoi berderai2 air mata dan sampai tersumbat hidung menonton CahayaMalaika@TV3. Silap besar lah tonton cerita syahdu begini di kala kerinduan dan kesunyian. Touching moment when Ezra said that his daughter is his happiness, his soul and his life. I think that are the words that describe my feeling whenever i see and hug my niece.

No comments:

Post a Comment