Monday, January 19, 2015

Siapa yang patahkan?


Siapa punya kerja ni????
Baik mengaku !!!!

Sampai jadi macam ni????



Siapa punya kerja lagi?
Tuan rumahlah .....
Tersekat di spanar tu, tak boleh nak keluarkan.
Nilah akibatnya bila tiada sesiapa yang I boleh harapkan. Semua kena buat sendiri. Nak minta tolong jiran, segan pulak. Nak minta tolong adik di tempat kerja yang biasa I minta tolong, pun segan jugak coz selalu sangat dah. Memang adik tu tak kisah, tapi tak naklah terhutang budi sangat. Bukan ego ya.

Asalnya kepala paip di front yard tu loose hari Sabtu 10 jan 2015. Dah pusing habis pun, air masih keluar. Tapi bila tekan kepala tu, air menitis je la. Masalahnya, bila hari isnin, bukan lagi air menitis tapi keluar dengan banyaknya. So, terpaksa tutup paip utama.

Bilik air masih boleh guna coz air tangki. Tapi di dapur tak dapatlah. Bersusunlah dirty dishes in sink. Hahaha..idok le gitu sangat. Remember, I don't cook everyday. So, pagi...khamis gagahkan diri cuba nk buka paip tu sendiri, nak ganti yg baru. Malangnya terpatah pulak. Kuat juga ek I ni...Petang tu kebetulan ada orang nk check leaking from my master bedroom. So, dia keluarkan kepala paip yg tersekat pada spanar tu. Dia pulak tak bawa spanar besar utk keluarkan sebahagian connector yg patah tu.

Dah jadi gitu, lagilah tak dapat nak buat apa2. Kesian pokok bunga kering kontang, lagi2 musim panas ni. Terpaksa angkut air dalam baldi dari bilik air. Hari sabtu nak basuh baju, mana ada air untuk guna machine wsshing. So, terpaksa buka juga kunci air. Mencurah2 la air keluar di front yard. So, terpaksa sumbat plastik dan balut guna solotape. Bolehlah...walaupun ada juga air menitis keluar.


Sebelum ni, I mmg dah biasa buat kerja buka membuka dan pasang memasang. Awal tahun 2013 I buka hand spray yang rosak dan pasang baru di bilik air atas dan bawah.


Tulah akibatnya bila ada tetamu yg guna handspray untuk mandi dan cuci lantai grrrr.....Nak mandi gunalah shower!!!. Nak cuci lantai pasang je la shower tu. Takpun curahlah air guna baldi or gayung !!!! Lepas tu yang sakit hati, boleh them buat selamba je. Minta maaf pun tidak grrrr....

Then, awal tahun 2013 tu juga I tukar sendiri tap sinki dapur coz susah nak tadah air dalam bekas tinggi. Masalahnya, terpaksa sambung salur air washing machine ke tap tu.


Nak letak WM di luar rumah yg berbumbung takut tempias dan rosakkan body machine tu. Memula ok, tapi lama2 salur WM asyik tercabut je dari tap. Penatlah dok pusing2 skru pada penyambung dan cari kedudukan yang sesuai. Geram sangat , then tolak WM ke backyard. Masalahnya, air pada laundry asal tu tak kuat pun...meleleh je. Terpaksalah tolak dan angkat WM semula ke dapur. Lagi teruk bila guna WM, so tak bolehlah nak basuh apa2 dlm sink.

Nak dijadikan cerita hujung tahun 2013 a part of tap itu supik pulak.


Then, awal tahun 2014 air banyak pulak terpancut keluar dari penysmbung WM. Yang dalam gbr sebelum ni kira sikit je. Tu yang terpikir nak pasang 2 tap. Satu utk sink, satu utk WM.


Punyalah excited nak pasang, tapi masalahnya I tak cukup kuat untuk buka tap lama tu. Kebetulan ada kontraktor datang untuk diskus psl house renovation. Apalagi, sila ambil kesempatan hehehe. Masalahnya dia dah menyebabkan connecter lama patah dalam part of the tap. Yang bawah ni gbr sebahagian lagi


Apapun yang penting dia dah berjaya buka lah.


Masalahnya kalau terus pasang, one of the tap tu menyentuh sinki pulak.


So, kontraktor tu cadsngkan I beli alat2 ni.


CHET!!! Membazir je. Sedangkan kalau kita bijak menyusun tak perlu pun sebanyak tu. Tgk I managed to reduce the number of that connecter.


Pasang sendiri tau. Hebat tak????

Bila sebelah dinding bilik air dipecahkan on april 2014, kontraktor terpatahkan kepala paip bilik air bawah. Bukannya nak mengaku, katanya tiba2 patah. Yolah tu.....Bukannya nak ganti kepala paip tu. Dia pi sumbat dengan penutup kecil tu.


Habih tu susahlah I nak berwudhuk. So, again buat sendirilah.


Hari khamis 15 jan 2015 ada kontraktor datang to check leaking from the bathroom in the master bedroom... Wei!!! Orang suruh check leaking, bukannya pi cabut kepala paip !!!!

You see....boleh jadi satu entry.
"Siri Aku dan Paip".







No comments:

Post a Comment