Wednesday, April 11, 2018

Buatlah:Dia buat lagi

Setelah beberapa siri komen pelbagai cara
Akhirnya diadakan mesyuarat di hari jumaat yg mulia
Bukanlah kerana cadangan kami semata
Tapi lebih kepada serampang dua mata
untuk tujuan lain juga
Walau apapun sebab dan tujuannya
Alhamdulillah..perjuangan kami ada hasilnya

Tapi...
Bila orang ini berkata
Orang itu berkata
Aku turut serta
Dia jadi pening nampaknya

Orang itu ditanya
Orang ini ditanya
Aku pun ditanya
Perlulah ada keputusan untuk kemudahan bersama

Hari isnin ada kejadian lagi
Ada mesyuarat lain kali ini
Tiba2 rakan semeja didatangi
Diberi borang untuk diisi

Mestilah dia tak mengerti
Itu tugas boss kami
Aku hanya sengih dan ketawa dalam hati
Kemanakah dia kali ini
Rupanya kerja luar lagi 😅

Kedengaran di hujung kiri
Berbincang luar dari agenda kami
Tidak hairan sama sekali
Tugasan wakil yg perlu dibaiki lagi

Di kala petang
Ku di ajak berbincang
Apa yg perlu ditambah dibuang
Demi memenuhi undang-undang

Ada maklumat boss tak sampaikan
Sehingga orang atas majukan
Kepada yg perlu jadi perwakilan
Disusuli dengan pertanyaan

Orang lain perlu tanggung beban
Tugas berat untuk difikirkan
Boss buat tak layan
Nampak mereka terkilan

Datang pula rakan yg kelelahan
Sepatutnya orang lain yg uruskan
Tugasnya hanya sementara boss katakan
Tapi akhirnya dia juga yg perlu siapkan

Senior kata boss perlu uruskan
"take in charge" yang diluahkan
Lantas ku tanya perwakilan
Rupanya akan datang boss bersukan 😅

Di lewat petang mesyuarat jamban 😅
Kepada senior ku bebelkan
Boss asyiklah tak kelihatan
Semua nak lepas tangan

Timbul pula isu tempohari
Suaraku yg ditokok si senior dan sorang lagi
Alkisah boss ceritakan kepada kawan kami
Kami bom dia, dia ada cara sendiri

Tetapi kepadaku boss berlainan versi
Dia terima teguran kami
Atas kekurangan diri
Boss Bermuka2 itulah kebenaran kini 😅

Si senior menambah lagi
Boss2 lain turut bersuara kini
Senanglah boss kami
Semua (tugas) hantar orang mewakili

Masuk pula minah kepochi
Ku cuba hentikan perbualan kami
Tapi senior mungkin tidak sedari
Harapnya tidak disampai ke boss kami

Hari selasa kami ada perjumpaan lagi
Rakan kata seronok ramai2 begini
Sudah lama tiada mesyuarat unit kami
Isu boss suka "pass" kerja dia turut sedari

Bila boss lepaskan kerja menjadi selalu
Kerja siap, mesyuarat tidak lagi perlu
Katanya benarlah kata kawan dahulu
Kami tak tahu apa yg berlaku

Bila malam tiba
Boss menghubungi pula
Perlu bantuan untuk plan suku ketiga
Pening katanya 😅

Begitulah keadaannya
Bila di luar jadi utama
Tapi yg dalam tertangguh lama
Tiba2 nak segera

Walau ku bising seperti biasa
Walau ku geram kepadanya
Demi unit ku turutkan jua
Tapi tunggu esok ya 😁







No comments:

Post a Comment