Thursday, November 19, 2009

Ada apa pada nombor, tapi bagaimana dengan perasan?


Hah dpt nombor 12 ??????

Darjah 1 dpt nombor 2.

Bagus! Kalau boleh dapatkan nombor 1.

Darjah 2 dpt nombor 7.
Kenapa? Tu la asyik sakit je.

Darjah 3,dpt nombor 12.
Kenapa? Tak study ke ?
Dah mula besar kepala? Pengawas banyak kerja.

Prestasi makin merosot atau orang lain makin pandai?

Apakah perasan murid yang prestasinya dinilai dari kedudukan dalam kelas dan kedudukannya makin jatuh walaupun setiap tahun purata markahnya lebih kurang sama tak pernah kurang dari 80 ?


Cik A :
Bagus ada nombor kedudukan dalam kelas, supaya pelajar bersaing dan bersemangat belajar untuk mencapai kedudukan yang lebih baik.

Cik B :
Pelajar cemerlang sama ada akan bersemangat mengekalkan
atau meningkatkan prestasi atau berasa tertekan. Pelajar lemah sama ada lebih berusaha untuk meningkatkan prestasi atau terus patah semangat setelah banyak kali mencuba atau lansung tidak mahu mencuba.

Cik A :

Kenapa perlu berfikiran negatif ?

Cik B :
Bukan soal positif atau negatif. Kita tidak boleh menafikan perkara ini
berlaku. Soalnya perlu atau tidak?

Cik A :
Apa? Menjaga perasan? Penting sangatkah?





2 comments:

  1. salam... " alah ibu jangan tengok nomborlah tengok ni berapa dapat 'A'." pandai pulak dia menjawab.

    ReplyDelete
  2. salam...ye, bijak bijak anak you ni. mmg betul apa yg dia cakap.

    ReplyDelete