Saturday, November 14, 2009

Panduan Haram Additives

Memang menjimatkan tenaga dan masa apabila saya menikmati spiral bolognese untuk 3 kali hidangan iaitu dinner hari khamis, lunch dan dinner hari Jumaat.


Semasa memasak spiral bolognese ini kelmarin, rakan serumah telah bercerita mengenai satu jenama sos pasta produk dari luar negara yang dijual di Malaysia, mengandungi "meat". Setelah membuat semakan mereka mendapati "meat" tersebut adalah "pork". Kebetulan, pagi semalam saya membaca komen dari rakan blogger mengenai cerita yang berbeza tetapi masih berkaitan isu halal haram makanan. Justeru, untuk entri kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi pengalaman mengenai isu ini.

Bila tinggal di luar negara ini, barulah saya begitu teliti menjaga pemakanan dari segi halal haram. Memang di Malaysia pun saya agak prihatin, cuma saya selalu mengambil mudah berdasarkan apa yang saya selalu makan sejak kecil, apa yang saya lihat di iklan media cetak/elektronik ataupun mengikut rakan-rakan sahaja. Justeru, pasti ramai yang tersentak dengan artikel muka hadapan Harian Metro mengenai jeli kulit babi yang bukan sahaja mudah didapati malahan seringkali disajikan semasa hari Raya. Mengikut pengalaman sendiri, misalnya semasa ke Langkawi saya hanya mengikut rakan2 membeli coklat tanpa memikir kandungannya dengan pandangan bahawa rakan saya banyak pengetahuan dan pengalaman, tidak mungkinlah dia mencadangkan sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula mengikut pengetahuan saya hanya bahan yang berkod E471 sahaja yang diharamkan. Pada lawatan entah kali ke berapa ke Langkawi, saya membawa bersama anak saudara lelaki yang berusia 5 tahun. Saya telah memilih satu coklat yang saya biasa beli sebelum ini. Tiba-tiba anak saudara saya terus bertanya "Angah, halal ke?" Saya terkejut dan saling berpandangan dengan seorang customer yang berhampiran. Kedua-dua kami tersenyum malu apabila ditegur oleh si kecil, lantas terus membaca isi kandungan coklat tersebut. Alhamdulillah tiada yang meragukan.

Bila sampai di Australia, saya selalu pening kepala semasa membeli makanan seperti roti, biskut, sos, produk tenusu dan sebagainya. Seperti biasa, saya hanya membeli apa yang orang Malaysia biasa beli. Bila bertanyakan rakan2 yang sudah lama di sini, jawapannya adalah bacalah label kandungan. Alhamdulillah terdapat juga produk di sini yang mempunyai perakuan sijil halal Australia. Malah, kebanyakan produk buatan Malaysia yang terdapat di pasaraya di sini juga mempunyai sijil halal JAKIM. Tetapi, adakalanya saya pun tidak mengetahui apakah bahan yang tercetak pada label. Tambahan pula dengan tulisan kecil yang sukar dibaca. Akibatnya, pilihan makanan saya terhad memandangkan saya keberatan untuk membaca dan menyemak lebih lanjut. Alhamdulillah ada rakan yang rajin menyemak bahan2 tersebut di internet, dan juga rajin menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan. Saya juga telah cuba mempraktikkan cara begini bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk berkongsi info dengan rakan-rakan. Misalnya, saya dimaklumkan oleh rakan bahawa terdapat franchise makanan ayam panggang dan burger ayam di sini hanya ayam panggang sahaja yang halal tetapi tidak burger ayam dan kentangnya yang dikatakan disalut dengan minyak babi untuk mengekalkan kesegarannya. Alhamdulillah, setelah dihubungi, berikut adalah respon syarikat tersebut :

"Thank you for taking the contact us here at Op...
All our stores purchase all chicken and chicken meat products from Halal certified plants in Australia in accordance with Australia Food Safety Standards. Our delicious chicken is supplied by Cordina, Bartter Steggles, Red Lea/Fresh Poultry. Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter.
All marinades and sauces are also safe to consume on a halal diet.
The chips are blanched in vegetable oil, frozen and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with a vegetable oil that also makes them suitable for a Halal diet.
Should you have any further queries, please do not hesitate to contact me. Thank you once again for your enquiry."

Ada juga rakan yang memberikan saya senarai kod bahan yang haram yang memang saya sentiasa letak di dalam purse untuk memudahkan menyemak semasa membeli barang dapur.

Haram additives with “E” prefixes
E120, E140, E141, E252, E422, E430, E431, E470, E471, E472(a), E472( , E472©, E472(d), E472(e), E473, E474, E475, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E494.

Haram additives without “E” prefixes

120, 141, 160(A), 161, 252, 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472(a, e), 473, 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 492, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920.

Namun, janganlah berasa risau. Adakalanya walaupun sesuatu produk itu mengandungi E471 tetapi ada juga yang melabelkan E471(soy based). Ada juga yang hanya melabelkan E471, tetapi setelah menghubungi syarikat tersebut ternyata ia berasaskan sayuran/tumbuhan. Konsepnya di sini, mengikut kefahaman saya terdapat dua jenis iaitu pertama dari sumber yang memang haram dan kedua dari sumber yang diragui iaitu jatuh hukumnya haram jika kita memakannya. Kalau merasa ragu, jangan dibeli selagi tidak mendapat kepastian. Untuk makluman lanjut anda boleh layari

http://special.worldofislam.info/Food/numbers.html
http://handzolah.blogspot.com/2009/09/makanan-halal-haram-kod-e.html
http://otam67.blogspot.com/2009/10/makanan-halal-haram-kod-e.html
http://www.halalfoodguide.com.au/whats_halal.php
http://www.halalaustralia.com.au/HalalAuthorities_Details.asp?OrgID=2
http://www.cookeryonline.com/Vegetarian/halal.html
http://www.halaal.co.uk/main.php

Satu tips lagi, saya lebih suka membeli barang yang mempunyai label suitable for vegetarian. Namun, perlu juga membaca kandungannya dengan teliti misalnya terdapat coklat yang sesuai untuk vegetarian tetapi mengandungi "wine". Selain itu kami di sini juga perlu berhati-hati untuk membeli yis, walaupun ia telah disenaraikan halal dalam salah satu laman web di atas, namun apabila dibaca labelnya, terdapat satu bahannya yang mempunyai kod yang tersenarai di atas. Mungkin ia diperbuat dari tumbuhan, tapi untuk mengelakkan keraguan seeloknya kami hubungi syarikat pengeluar yis tersebut untuk mendapat kepastian.

Selain dari tips di atas, kita juga harus berhati-hati dengan sebarang produk seperti yang dipaparkan dalam imej dibawah yang boleh didapati dari
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.765.


Sebarang komen/pendapat/pembetulan dan penambahan info mengenai perkara ini amatlah dialu-alukan.

Tak ko polik bona...why I'm so serius???? Sobab tak menganyam ketupek kot....

2 comments:

  1. salam... anak-anak akak kat sekolah agama ada ustaz ajar macam mane nak pilih makanan atau jajan yang halal bila balik sekolah jer mula sibuk bercerita sampai nak beli gula-gula pun nak tengok halal ke tidak.

    ReplyDelete
  2. :)..oklah tu. Cuma kenkadang over lah bebudak ni...sampai kita yg segan. Tapi elok gak ditegur dek budak kecil ni, biar kita sedar diri.haritu saya minum milo pun kena tegur pasal produk yahudi....tp klu bwa dia p McD nak pulak,

    ReplyDelete