Tuesday, January 19, 2010

Wei kalau hang pi beijing, egypt...grand canyon seribu kali ka..ada aku kisah ???

Maso memulo ko cakap dulu ko dah poie semuo tompek tuh,
den kato, best nyer...

Kali keduo ko cakap pasal bondo yang samo,
den cakap hmm sambil tersonyum...

Kali ketigo ko cakap bondo tu laie,
den sonyum jo...
.
.
.
Kali ke 30 ko cakap pasal tu lagi
den hanya mampu sengih jo...(dalam hati cakap "udah2 lah tuh.berapa kali nak cakap, BERLAGAK Eh LAK....)
.
.
Kali ke 50 ko cito laie...
den mengamuk....wei kalau ko dah poie banyak kali ko..ko dah sampai bulan ko, bintang ko, EDEN PEDULIK APO...yolah-yolah mengamuk dalam hati jolah.
.
Kali ke 100 ko cakap pasal bondo yg samo tadi bilo nengok gazette documentary pasal egypt,
den jangankan nak sonyum , sengih pun idak....den buek2 tak dongar n buek muko buhsan.

Kali ko 101 ko cakap laie tadi..kek si minah sri lanka tu
den cakap..wei buleh diam tak...dalam hati jo lah

Kali ko 102 ko cakap kek den lak tadi...memori sungguh
Den yang bongang tapi dalam keadaan tak sampai hati cakap...memori yang tak boleh dilupakan.
Psst apa kes den cakap camtu..den pun tak tau. Tapi lam hati, ado yang nak kono BOMM ni....TERSANGATLAH TAKBUR N UJUB .....

Kali ko 103 tadi..ko ulang siaran kek minah sri lanka tuh
Den apo laie..segera angkat kaki.....opss up leg ko kak jah woi..



Hish...ado gak manusia cam ni.
Dahlah dari 7.30pm sampai 8.30pm tak berhonti bercakap...Dahla dio jo yang botul. Maleh nak layan..den sonyum sengih jo. Pastu cam nak paksa org mengiokan kato dio..Iyokan jolah.
Yang polik tu buek muko bosan totap nak bercakap. Dah den buek2 beri tumpuan kek tv pun, mulut eh tak berhonti gak...Kang ado yang nak kono jait, takpun solotape mulut eh.Tapi ado gak tadi dio tetibo berhonti cakap, bilo den buek tak layan. Bilo pandang dio..muko eh bengang semacam. Ingatkan dah insaf...rupo eh...makin teruk..

Mako eh, elok na lah...angkek kaki, poie main jauh2...sebelum makan hati...sakit hati, sakit kapla...ngutuk dalam diam...atau bertukar menjadi ....

http://images.eonline.com/eol_images/Articles/20080331/425.the.incredible.hulk.033108.jpg

atau
http://cinematropolis.files.wordpress.com/2009/11/ninja-assassin-rain_l.jpg


Kerana mulut badan binasa, maka tak hairanlah berlakunya
Tragedi Secawan Teh

TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.

Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.

Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.

Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.

“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.

“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.

Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.

“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.

“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.

Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.


“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.

Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.

“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/01/19


Kesian wei..cik abe ni...mugo cepak sembuh cik abe wei....

UPDATE !!!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tragedisecawanteh/Article


Baru nengok sat tadi gambar abe tu...teruk kan. Semoga dio diberi kekuatan/ketabahan n cepak sembuh.

5 comments:

  1. dlm kes ni...same2 salah...pelanggan n perniage...

    ReplyDelete
  2. memang betul pun...fikir dulu sebelum buat.
    Kerana mulut badan binasa
    Kerana ikut hati, penjara/denda lah akibatnya.

    Pengajaran utk kita semua jugak. Sib baik ada blog untuk membelasah/mengeBOM

    ReplyDelete
  3. herm...bagai2..tapi cam kesian jer org yg kena air tu fey...

    ReplyDelete
  4. ishhh....nakut kan.....ekau tunjuk gambar lelaki tu kek kawan ekau yg cakap bosar tu nok....mana tau kot sodar diri nanti....:)

    ReplyDelete
  5. daela...memang kesian pun tak pasal2 kena teruk camtu. Rasanya biasalah customer marah2, tapi jangan over lah kan. Yang penjual tu satu dahlah service slow, hangin satu badan sampai mencederakan customer. Tak pasal2 jadi kes polis, dia pun nanti susah nak meniaga..mesti org takut.

    Kaklia..tulah terkezut gak nengok gambar tu..ngori den. Idea bagus tu, nunjuk kek orang tak sodar diri tuh. memanglah saya pun kenkadang tercerita benda yg sama berulang2 sebab gumbira sangat..tapi control la kan. Tapi tu ar..mungkin dia tak berniat gitu.

    ReplyDelete