Saturday, August 14, 2010

Sago berjagung

Semalam plan nak balik awal dan pi beli barang. Tetiba my friend datang opis...tak sampai hati la nak cakap nak balik awal. Akibatnya, kurang 10min waktu berberbuka puasa baru aku sampai rumah. Teringin pulak nak makan benda berkuah yang panas...apalagi nak cepat, masak maggi tomyam lah.... Macam sedih je makan maggi sensorang dalam bilik...Apa-apa pun bersyukur dengan rezeki ini. Walaupun mee segera ni tak bagus untuk kesihatan tambahan di bulan puasa ini, tapi kena perabihkan jugak coz baru perasan ada beberapa bungkus yang expired bulan ni. So, nak tak nak...kena gak perabihkan before the expiry date. Takkan nak buang....sayangkan.

So, lebihkurang 7.30 pm...aku pi masaklah sagu. Teringin nak makan desertkan. Alhamdulillah ada sikit lagi santan serbuk tuh. Didihkan je la santan tuh ngan air+jagung sekali+gula. Disebabkan malas nak masak gula melaka....tak bolehlah kata ni sago gula melaka..nak kata bubur sago berjagung pun warna kuahnya putih pulak...So letak jelah namanya sago berjagung hehehe...

Macam besar bagak pulak sago tukan....Kasi pecahkan sikit la.....macam ini...

Actuallykan sambil masak sago tuh, aku pi buat sambal gesek untuk makan sahur pagi tadi. Tapi memandangkan aku terjaga pukul 5.11am, maka sempat teguk air je la huhuhu....Habis, subuh pukul 5.13am kan.

Semalam masa tunggu bas nak pi uni aku sempat capture gambar bunga yang tak diketahui namanya ini....
Oklah...nak kemas bilik. Malu je semalam housemate masuk bilik I..tapi bilik sepah ya amat. Kesian kat dia bila ada orang cakap dia tak tahu bahasa inggeris. Habih, kalau tak tahu takkan lah dia sampai sini dan mampu bertahan sampai setahun kan. Aku yang dengar pun rasa bengang sampai nak menangis coz tak sangka ada orang sampai hati hina dia macam tuh. Dia pun cakap dia ramai kawan2 OZ yg memang bahasa utamanya english lahkan, tapi tak pernah pun cakap camtu dengan dia. Dia suruh aku pi nasihat orang yang telah buat dia sedih tuh. Aku pun tak tahu la...tak pasal2 aku kena smash nanti kan. Kebetulan, kawan yg datang kat opis pun kata orang tu cakap dia lembap..aduhhh. Tadi baru ada mood bukak fb, ada status kawan yang rasanya merujuk kepada sesorang itu yang berbunyi lebihkurang somebody pi sebar cerita ngan academicians yang kerja kawan kami banyak flaws etc walaupun sebenarnya kerja dia yang not up to standard tapi melibatkan orang lain pulakkan...Kesian kan orang macam ni, takut makin ramai yang jauhkan diri walaupun dia dah perasan tidak ramai orang yang mahu mengajaknya kemana-mana. Ntahlah...kami pun bukannya sempurna. Harapan kami di bulan Ramadhan ini supaya terbuka hatinya untuk berubah...menjaga perasaan dan menghormati orang lain, tidak memandang rendah dan hina pada orang lain dan semoga kami diberi kesabaran dan kekuatan berdepan dengan orang sebegini dan dijauhkan kami dari bersikap sedemikian...amin.....

Apa-apa jelah kan...kemas bilik jelah, so sampai pukul 1.30am aku dah sort articles nak masukkan dalam file. Tu yg susah nak bangun sahur tuh. Harini kena sambung lagilah. Ingat lepas zuhur nak pi beli barang+buah. Kalau lah ada buah kurma kan best....Tapikan..korang tengoklah ni ya



Amacam ada gelak guling-guling tak...hampeh boto kan...

No comments:

Post a Comment