Wednesday, August 11, 2010

Dugaan...malam pertama Ramadhan...

Sorrylah..tajuk macam gempak je kan. Tapi bila baca blog ni benda remeh je :)..sowi....
Last nite..actually kami tak sure whether harini start puasa ke tidak. Ntah kenapa this year macam serba tak tahu je. Biasanya ada yang email bagitau bila start puasa. Kawan kat Tasmania awal2 lagi cakap depa puasa hari khamis. Yelah, bila surf internet...ada statement kata insya allah hari rabu start puasa. Bila tanya kawan, pun kata rabu..tapi dia pun tak sure juga coz dia tanya dari kawan dia jugak. Then, alhamdulillah di confirmkan oleh kawan kami yang lain. Pelik juga ya kat OZ ni, satu negara tapi hari start puasa tak sama pulak mengikut negeri. Bila baca blog Lemon Grass, kat Perth , western Australia start puasa hari khamis. So, aku buat conclusion bahawa New South Wales lah start puasa hari rabu=harinilah. Tapi harini baru tau bahawa walaupun dalam negeri yang sama iaitu New South Wales tapi still tak sama jugak coz Sydney and New Castle start puasa hari khamis jugak. Takpelah kita ikut kawasan masing-masinglah kan. Kawan aku siap buat lawak tuh, kawasan kami guna teropong david jones...kawasan lain guna teropong Reject shop hehehe....

Pulak tu, walaupun haritu beria-ia kata tak sabar-sabar nak puasa ntah kenapa..macam kurang feel pulak malam pertama Ramadhan ni... Tak baik kan cakap camtu. Tetiba bila kawan forward lagu nasyid ni...sayu lah pulak...



So touching...I can feel something deep inside my heart huhuhu...Memang terasa kedatangan Ramadhan ni. Kawan cakap jangan feeling lebih dengar nasyid nih, nak feeling pi tarawih lah...ok ok....Hanya Allah yang tahu betapa banyak kalinya dugaan nak bertarawih ni. Kalau tadi dugaan tarikh sebenar berpuasakan...walaupun dua2 dugaan ini remeh sangat...Bayangkan lah 2 kali ambil wudhuk nak Sembahyang Isyak, 2-3 kali berwudhuk nak mula bertarawih and sekali lagi for rakaat ke-5. Kalau ikutkan macam malas dah. Tak larat nak turun naik tangga banyak kali dengan tergigil-gigil berwudhuk dengan air sojuk...Bila fikir balik, betapa ruginya terlepas fadhilat malam pertama Ramadhan atas alasan yang remeh temeh ni kan....So, next time...watch out and be careful with what you eat ya..:). Apa2 pun alhamdulillah...tercapai juga hasrat nak bertarawih ni :)..

So, for sahur at 4.45 am dengan bersemangatnya nak sahur nasi+ayam goreng kunyit...tetiba cam takde selera pulak. Layan je lah milo+biskut gula. Padanlah muka pukul 11 pagi memang perut meragamlah..terasa kosongnya perut...

Kebetulan tadi dah dapat email dari pakcik untuk buat pembetulan for my second paper. Banyak ek lak nak kono boto kan. So, ingat nak berbuka kat opis je. Tetiba pukul 4.50pm rasa nak balik. Kalut lah...nak kejar waktu berbuka 5.23pm. Terlambat sikit je lah...nak berbuka with nasi ayam nih...

Yang ni confirmlah bukan den yang buek kan :)...Oklah nak suruh my machine pi basuh baju lah...Korang bestlah kan boleh beli kat Bazar Ramadhan...jeles tau !!!! Selamat berbuka....

2 comments:

  1. Salam Fairy,
    tu yg seronoknya kalau merantau ni. Macam2 pengalaman kita dapat. Biasalah tu kat umah akak ni time bersahur tu betul2 menguji keimanan. nak mengejutkan sorang2 punyalah payah. Jadilah mak tarzan kejap, hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    Kesian mak tarzan hehhe...takpe yang penting2 anak tarzan bangun jugak walaupun mata lelap kat meja makan :)

    ReplyDelete