Entri ini sudah lama dalam draft. Hanya dikemaskini dengan apa yang berlaku baru-baru ini.
Kuihhhhhhhhhhhhhhh.................kuihhhhhhhhhhhhhhh
Siapa nak beli kuihhhhhhhhhhhhhhhh
Macam-macam ada..............
Ada kuih puteri ayu
Ada kuih bakar......ada apam gula melaka
Ada karipap dengan kelim fail :(...
eh karipap senyum jugak hahhaha
Itulah makcik masak semua ni untuk berbuka sampai pengsan tau........
Opsssssssssssssssssssssssssssss
Sorry, makcik tipu ;)
Makcik memang sakit, tidaklah sampai pengsan. Kalau tidak silap, makcik mula sakit perut tengahari semalam-24/7/2012. Tapi sakit yang boleh diabaikan jika kita tidak terlalu berfikir mengenainya. Makcik sebenarnya tak larat nak pi uni, tapi kasihan pulak dengan kawan makcik yang tengah busy dan seperti memerlukan pertolongan. Maka makcik pergi rumah kawan membawa segulung palette wrap yang berat dan membuat demonstrasi cara-cara nak balut kotak. Sebelum balut perlu labelkan kotak. Yang tu dia tak sempat pergi print so makcik tolong juga dia tulis. Sehelai je la hehhe. Semput makcik walaupun setakat nak balut satu kotak je. Agak kecil hati juga bila tiba-tiba kawan makcik cakap dia mungkin tak balut kotaknya. Pulak tu dia pi ubahsuai file excel yang makcik dah pulun buatkan di hari yang makcik terpaksa berbuka dengan maggi. Pulak tu ntah apa dia bega2 sehingga shipping cost meningkat dua kali ganda. Malah, dia tambah kotak tanpa memberitahu shipping agent walaupun dah banyak kali makcik ingatkan. Lagi haru dia kata makcik silap masa senaraikan jumlah kotak tempohari. Sedih pun ada juga, bila dia macam nak makcik keluar dari rumah dia secepat mungkin.Tapi makcik tak boleh marahkan dan salahkan dia, dia pun tengah blur, serabut selain kesuntukan masa. Then, makcik pergi opis dan menaip apa yang patut. Lebihkurang pukul 4.45pm makcik bersiap-siap untuk pergi berbuka di Islamic Centre (IC). Memang perlu ambil wudhuk at my school. Kalau di IC tiada tempat wudhuk wanita, maka perlu ambil wudhuk di toilet yang agak "mengerikan". Malangnya, tak sampai lima minit perjalanan ke IC, makcik perlu ambil wudhuk semula huhuhu. Luckily boleh stop di bussiness school. Dah pakai berlapis-lapis, kena bukalah kan. Whatever it is makcik selamat berbuka di IC dengan tamar dan yogurt masam. Selepas solat maghrib kami dihidangkan dengan nasi arab nih.
Disertakan dengan kuah seperti rasa kuah dal. Walaupun portion yang dihidangkan jauh lebih sedikit berbanding portion yg tahun lepas,
makcik tetap tidak mampu menghabiskan makanan tersebut. Sakit perut makcik semakin menjadi-jadi. Malah hasrat makcik untuk solat Isyak dan bertarawih terpaksa dibatalkan. Makcik perlu kembali ke school dan naik ke tingkat 3 untuk menghantar telekung. Semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah., sakit perut sudah tak tertahan lagi, rasa mual sekejap datang sekejap pergi dan kaki terasa lemah sekali. Dalam kedinginan winter, muka makcik mula berpeluh. Bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Khuatir makcik termuntah atau pengsan di situ atau dalam bas, maka makcik kembali semula ke school dan berehat sebentar. Setelah selamat mengeluarkan isi perut, barulah makcik menunggu bas semula. Bila sampai dirumah, makcik terus baring atas katil dan tidak boleh bangun lansung. Memang rasa nak menangis menahan sakit. Hanya pada 2.15am, sakit itu mula redha. Tidak tahu apa punca sebenar. Mungkin juga angin kerana makcik minum susu soya semasa berbuka pada hari Isnin atau makcik berbuka dan bersahur lauk bercili sepanjang 5 hari Ramadhan. Rasa sakit itu sama seperti kejadian makcik pengsan seorang diri dalam bilik hujung tahun lepas/awal tahun ini. Anyway, pagi ini makcik dah ok dan no chilies for the time being. So, for my sahur I had the leftover food from IC.
Ok, berbalik pada kuih tu...hanya kuih puteri ayu itu, makcik buat pada bulan puasa. Buat selepas berbuka pada 21/7. Resipi ambil dari http://resepiraidah.blogspot.com.au/2009/10/kuih-puteri-ayu.html. Makcik tiada ovalete, so rasa seriau jugak bila menengok rupanya selepas dikukus sebegini
Memanglah teksturnya tak fluffy
But well...beggar can't be chooser. My German housemate said it delicious and she wanted the recipe. Me and kanda had trouble to translate it to english. We just agreed to name it as Malaysian steamed muffin hehhehe. Yang lawaknya, semasa Makcik sibuk prepare nak buat kuih ni, kanda tanya nak buat apa, I cakaplah puteri ayu, dia kata tak pernah dengar. But once she ate this kuih, she said that that was her favourite kuih during her childhood time only that she didn't eat the coconut shredded hehhehe.....
Karipap tu makcik buat bulan lepas. Yang anggun dan tak senyum dah jamu kawan-kawan semasa aktiviti ke Sydney pada 23/6. I memang suka recipe dari inti keledek dari Yatimemories(susahnya nak cari link semula, tak larat nak belek satu-satu di blog) dan doh dari Tun Telani. Rasanya kawan-kawan pun suka, tu yang makan lepas satu satu :). So lebihan karipap yang tersengih-sengih tu la makcik goreng pada 18/7. Kuih bakar dan apam makcik buat pada 12/7 untuk satu aktiviti bersama rakyat jelata pada 13/7. Recipe from http://www.myresipi.com/top/detail/2375 and http://www.myresipi.com/top/detail/4153. Kuih bakar makcik dah biasa buat. Kuih apam first time la buat. First time juga makcik guna yis. Tapi makcik pelik kenapalah adunan tak naik berkali-kali ganda. So, bila makcik google and lihat video diinternet, makcik dah jadi risau kot2 yis tu dah mati. Tapi makcik kukus je la. Tak kuasa nak buat lagi. Lagipun dah pukul 11pm kot. Alhamdulillah gebu
Lebihan kelapa tulah makcik buat topping puteri ayu hehehhe. Tapikan makcik yang penat bakar, makcik yang penat kukus seorang diri, ada orang yang mengaku dia yang buat sekali. Ada adik tu suruh orang tu rasa, katanya ''rare ni". Tapi orang tu kata "kami yang buat". Maka terkejutlah makcik, selain bengang. Dia lansung tak terlibat dalam proses penyediaan mahupun pembakaran dan pengukusan. Ya, memang makcik guna santan dia, tapi dia yang tak benarkan makcik pi keluar ke kedai. Banyak makcik bebel kat bawah ni. Tapi betterlah makcik encrypt supaya tak mengurangkan pahala puasa kita semua...
Show encrypted text
Semasa megemaskini entri ni...Makcik dapat sms dari kakak makcik.
"A suka sangat diaorang balik. Mlm tadi mereka main bunga api. A sejak balik dari kem motivasi di SMAP Labu,dah rajin ulangkaji n tiap2 hari dia baca Yassin. Pagi tadi D bagun sahur. Dia makan sikit je"
Once I finished reading it, I can feel tears in my eyes :(...Sebak kerana adik yang di Terengganu balik ke kampung dan dapat bersama-sama berbuka bersama keluarga. Anak buah yang perempuan yang berusia 5 tahun sudah mula berpuasa. Dan yang paling sebak bila membaca mengenai satu-satunya anak saudara lelaki saya yang bakal menghadapi UPSR pada bulan SEptember nanti. Dia berpuasa penuh 30 hari ketika pertama kali berpuasa pada usia 5 tahun. Teringat kejadian pada tahun lepas, ketika aku tak sabar-sabar nak makan roti nan. Aku cakap dengan dia, aku nak makan dulu before solat maghrib takut teringat-ingat ketika solat. Tau apa dia cakap? Kalau orang kuat iman tak macam tuh. Gulppp...siapa patut nasihat siapa ya? Bila call dia, selalu dia jawab endah tak endah terutama bila tanya mengenai keputusan ujian. Last month, kami ada cakap dengan dia kalau dia tak dapat 5A kami nak suruh dia kerja cari duit sendiri, takpun hantar kat sekolah pondok dan kena masak sendiri. Ya Allah, berilah petunjuk kepada anak-anak saudaraku supaya menjadi anak-anak yang soleh, menghormati orang tua, lapangkan dada mereka, terangkanlah hati mereka dan berilah mereka kemudahan, kecerdikan dan kepandaian. Amiin.
No comments:
Post a Comment