Wednesday, March 11, 2015

Tertipu or ditipu...

Agaknya memang trend terkini apabila penceramah menjual buku kepada peserta kursus. Maka berebut-rebutlah si peserta membeli buku walaupun adakalanya harganya tidak masuk akal. Tak pasti apa niat utama membeli itu sama ada memang dahaga ilmu, tidak mahu ketinggalan berbanding orang lain atau sekadar menjadikannya sebagai hiasan kabinet atau pekasam buat sekian kalinya. Tapi si pembeli yang berjaga di tengah malam ini tak tahu nak bertindak bagaimana sama ada terkejut, marah, terkilan, sakit hati, kecewa atau sedih bila mendapati buku mahal tersebut hanyalah salinan semata-mata .....

Sungguh!!!! saya semakin hilang hormat pada golongan yang kononnya HEBAT ini.....
Hebat kerjaya, hebat gelaran, hebat juga menipu.



No comments:

Post a Comment