Sunday, October 4, 2015

Tanggungjawab bersama...

Pagi jumaat di kala ku kalut untuk ke pejabat, ku mendapat sms dari seseorang untuk meminjam duit. Akibat kesibukan bekerja aku hanya teringat mengenainya pada malam hari. Dengan rasa bersalah, dengan pantasku membuat pindahan wang atas talian. Lega.....

Tengah malam sabtu, tiba-tiba tergerak hati mencari iklan rumah setingkat. Tanpa  ku jangka, memang ada rumah idaman. Berasa girang di hati, walaupun setakat melihat iklan. Terfikir juga adakah ini rezeki dari membantu orang yang memerlukan. Apapun, pagi ahad tanpa buang masa ku terus menghubungi tuan rumah. Semoga, impian jadi kenyataan.

Tengahari ahad, yang memerlukan wang itu menghubungiku untuk mengucapkan terima kasih. Sebak dadaku, bila katanya yang dulu-dulu tu dia belum dapat bayar lagi. Huhu...bila masa aku pinjamkan. Aku memang nak beri. Aku bukanlah mewah, tapi apa salahnya jika ada rezeki lebih kita berkongsi. Lagipun dah memang tanggungjawab aku, walaupun kalau diikut hierarki persaudaraan aku ni bukanlah sangat dekat.

Cumanya, kepada datuk/nenek yang hidup selesa itu jenguk2 la dan hulur2 la pada anak anda yang balu dan cucu anda yang yatim itu. Sihatkah mereka?makankah mereka? Baikkah perangai mereka? Untuk apa simpanan yang banyak jika tidak digunakan untuk membantu keluarga sendiri. Jika mereka membuat perangai, yang malu kita juga.

Kepada adik beradik yang mampu, kenapa tidak dibantu adik/kakak yang memerlukan. Kasihanilah mereka. Kepada siapa mereka hendak berharap jika bukan kita. Renung-renungkan lah kenapa mereka lebih selesa mencari orang lain berbanding anda. Kami bukan nak berlagak, jauh sekali riak dan mengungkit dengan bantuan yg dihulurkan, tapi ia seharusnya tanggungjawab bersama. Daripada hanya menyalahkan sahaja, adalah lebih jika memberi bimbingan ....

Kepada anak yatim itu, tolonglah fikir dan sedar diri...bantulah ibu anda dan janganlah disakiti hatinya lagi....


No comments:

Post a Comment