Sunday, March 26, 2017

Halangan berbuat baik ...

Semalam selepas maghrib
Saya teringat seseorang
Sudah lama dia tak menghubungi saya
Apa khabar dia?
Mungkin hidupnya dah stabil

Perlukah saya hubunginya?
Hmm...keluarga sendiri pun saya jarang hubungi
Perlukah saya terus transfer duit tanpa dia minta?
Hmm...keluarga sendiri  pun saya tidak transfer duit, diberi hanya bila saya balik/ziarah...
Bukankah dia ada 4 anak bujang berusia 18-22 tahun?
Apa yg mereka buat?
Mereka semuanya bukan menyambung pengajian pun....

Banyaknya saya fikir
Macam2 yg difikirkan
Susahnya nak buat baikkan

Tiba-tiba dalam pukul 9.40pm
Saya terima sms
"Boleh tak nk mintak duit sikit?...singgit pun dah takde. Nak buat beli lauk esok dan lain-lain tu."

Ko rasa ?
Apa aku rasa ?
Sedih?
Rasa bersalah?
Rasa berdosa????



No comments:

Post a Comment