Eh...kat atas tu semacam ayatnya kan. Kita tukar tune biasa hahhaha. Dan apalah blog ini tanpa paparan makanan kan. Wah! kari ayam dan bendi berkunyit in the house on Monday
Kari tu kononnya, tak mau letak santan. Tetiba terletak juga. I rasa sedap jugak. Ala2 my mum's cooking waktu hari raya..Kari ayam mak I sedap giler bila raya sebab banyak santan hehehhe. Memang ramai yang menanti dan mencari :). So, mana tak my curry ni lemak berkrim, dah pi guna 3/4 packet santan for 3 pieces chicken only hahhaha.
Owh the day before, trout bakar...
Tapi kampung style makan ngan kuah kicap la hahhaha. Then sambal sardine
Hari Rabu pulak, tergedik-gedik buat guacamole
walaupun tiada corn chips, biskut cap ping pong jadilah hahahha. Then I had grilled chicken wings, grilled lady's fingers and egg plant for dinner last nite :)...sambal belacan tu 2 minggu lepas punya kot hahhaha
See...makan dan makan. Memang, lately selera makan makin dasyat....Pipi dan perut dan peha makin dipam-pam..opps.......
Dan apalah blog ni tanpa bebelan. Sewaktu menonton filem Tommorow Never Dies bersama kanda in living room last nite, tiba-tiba Iranian pi tutup lampu dapur dan terus masuk kebiliknya. Terkejut sangat bila kanda marah-marah dengan kuat
I don't like when people switch off the light.
I pay too. (the rent)
How many times we have to tell them
Sambil bangun dan berjalan ke dapur to switch on the light, dia sempat lagi bebel
Go to hell...bla-bla
.......................
...........................
Bila sampai di dapur, dia seperti menghentak sesuatu di atas meja dan menghempas pinggannya dalam sink. Nasib baiklah pinggan plastik hahhaha. Tak cukup dengan itu, dia menutup pintu kabinet dengan kuat juga. Then bebel lagi. Bila kembali ke living room pun bebel lagi sambil memandang saya.
Apa saya buat?
Saya hanya mampu tersengih dan malas nak berkata apa-apa.
Saya malu dan benci dengan sikap, perangai dan perbuatan sedemikian. Tak
tahulah nak cakap, mungkin biadap atau tidak beradap dengan marah-marah
dan menghempas barang begitu. Bukannya budak-budak atau remaja lagi,
hanya beberapa tahun saja lagi bakal mencecah separuh abad.Kalau tak suka, tidak bolehkah cakap baik-baik?
Sebenarnya saya pun bengang bila si American pun suka sangat menutup lampu dapur seawal 7pm walaupun saya tinggalkan sekejap sahaja sayuran di atas papan pemotong di meja dapur. Saya pun hairan apa fungsi lampu koridor dan lampu tangga apabila dia sanggup turun dalam keadaan yang gelap gelita semata-mata to save energy kononnya. Walhal dialah penyumbang terbesar kitchen waste di rumah kami. Adakalanya, sangat sakit hati apabila teraba-raba mencari suis lampu di dinding koridor sambil menahan pundi kencing. Tapi tak kuasa nak marah-marah coz tau perangai si American yang tak makan saman tuh. Lagipun dah hampir 10 bulan kami tinggal bersama. Apa susah? Dia tutup, kami pasang hahhaha. Kalau dia terbangun tengah malam, dia tutup semula. Dan kami pun bakal meninggalkan Australia tidak lama lagi, so biarlah kami berpisah dengan cara baik ;).
No comments:
Post a Comment