Saturday, October 27, 2012

Beraya Aidil Adha di perantauan buat kali terakhir

Pada malam khamis, pastinya kami sibuk memasak. Pada pagi jumaat saya menemani kanda bersolat raya. Saya tidak berani untuk mengambil gambar ketika mereka solat, hanya sewaktu jamuan makan barulah saya berani mengambil gambar.


 Pastinya pelbagai warna dan fesyen pakaian saya dapat saksikan. Yang datang bersolat dengan wedges 5 inci ada, dengan high heels lebih 7 inci pun ada. Terpesona melihat si gadis Arab yang berkasut tumit tinggi lebih 6 inci selamba mengimbangkan badan sambil menyarungkan kain telekung di sebelah saya. Di bawah ini saya kongsikan gambar pada hari raya Aidilfitri tahun 2009.



Maklumlah ketika itu pertama kali beraya di perantauan, pastinya begitu teruja untuk merakamkan pengalaman tersebut :). Owh dalam gambar di atas, tumit boot itu tidaklah setinggi apa yang saya saksikan pada hari semalam :).

Pastinya apabila balik ke rumah, kami tidak sabar-sabar menikmati juadah raya iaitu ketupat segera, serunding ikan dan kuah kacang (my menu) yang masin pedas dan pulut kacang serta rendang daging (menu kanda).


Saya pergi ke uni lebih kurang 11am dan masih terkial-kial menulis acknowledgements. Apalagi gunakanlah internet mencari acknowledgements sample yang sesuai dan sedap bunyinya hahahha. Amboi Cik Olyyn siap sebut nama beloved bf ya ;)))). Bila tinjau bilik spv, Alamak!!!! she is there. Ingatkan masih di brisbane...habislah kerja tak siap lagi. Anyway, pada petang harinya saya berjumpa kawan untuk berikan sedikit my raya foodies. Kesian dia sudahlah tak sihat, pagi-pagi lagi sudah ada meeting dengan spv. Dia pun kelihatan kecewa dengan spv yang asyik menyuruh menokok tambah research, tapi tidak dimaklumkan apa sebenarnya yang dimahukan. Bukanlah maksudnya spoonfeeding tapi kita perlukan juga panduan ataupun skop supaya tidak tersasar jauh. Lagipun, masa yang tinggal sangat singkat. Sepatutnya fokus untuk writing sahaja, manalah sempat untuk membuat lagi simulation. Bagi melapangkan fikiran, maka kami pergi ke city dan he treated me to late lunch-burger, chicken strips, chips mash potato...rezeki jangan di tolak ;). Makan burger di hari raya, korang ado? Then kami keluar masuk myer and david jones, tetiba terbeli


for my cousins di Chemist warehouse hehhehe.

Semasa di dalam bas, rakan berkongsi ilmu untuk orang-orang seperti kami yang kebuntuan.

1. Mohon orang lain doakan untuk kita, misalnya ibu bapa atau orang alim.
2. Kita mohon pada Allah, jika selama ini kita dah berbuat kebaikan, maka dengan kebaikan tersebutlah kita mohon dipermudahkan dan dibukakan jalan untuk kita.
3. Sentiasa berzikir dengan salah satu dari 99 nama Allah.

Tetiba saya teringat kisah dahulu. Terdapat banyak halangan untuk saya menyambung pengajian. Suatu hari saya terdengar di dalam radio/TV ceramah dari Dato Fadzillah Kamsah yang menyarankan kita berzikir dengan "Ya Fatah, Ya Wahab, Ya Razak" supaya dipermudahkan sesuatu keinginan. Memang saya sering amalkan zikir itu. Malangnya, pad tahun ini saya seperti terlupa akan zikir itu.

Bila balik ke ofis, barulah saya jenguk sebahagian draft ke-5 yang telah dikembalikan oleh spv pada jumaat lepas. Baru sahaja nak hilang stress, stress yang baru muncul lagi..........Tiba-tiba rasa nak delete all the praises to my spv in the acknowledgements page. Siapalah yang tidak bengang. Telah beberapa kali saya beritahu yang saya tidak setuju dengan struktur thesis. Saya ada beberapa projek yang mana saya prefer setiap projek dalam satu chapter. Maka segala theoretical background dan result dalam satu chapter. Bagi saya mudah untuk reader dan examiner untuk fahamkan chapter itu. Tapi dia mahukan saya letakkan semua general theoretical background dalam chapter 2 where each subtopic describe each general structure. Manakala subsequent chapters baru focus pada each project.  Pastinya dulu saya terpaksa mengubah dan menambah ayat, gambar mahupun formula so that Chapter 2 match to subsequent chapters. Malas nak argue dah. Ok takpe..saya ikutkan sahaja dulu. Then later dalam draft ke-4, dia suruh mention mengenai specific structure dalam subtopik yang terakhir dalam chapter 2. Saya rasa pelik, dalam chapter yang konnonnya general, tiba-tiba ada subtopik yang spesifik. Sebab itu apabila saya submit draft ke-5 saya jot down di bahagian itu regarding that issue. Tau apa catatan dia pula
"You can do the same for other cases too"....
Grrrrrrrrrrrrrrr...if that the case...it will be redundant to the subsequent chapters ..................

Saya tak larat, saya nak muntah, kalaulah boleh saya berkata kepada spv "Enough is enough......". Sudahlah x-spv masih tak response to abstract correction.  Bertabahlah duhai hati...Owh my officemate suggested to me to read my spv's thesis. Hmm...good idea!!!!! So, I packed my things.....8.30pm kita balik rumah.......Memanglah hati tak tenteram dan kepala pun terasa bengong je semasa menunggu bas di malam yang dingin tuh. Balik rumah, I joined my housemate watching movie -I love you man!.............

update at 4.19pm:
Pukul 3pm i turun, ada filipino kat dapur. Maka offerlah  ketupat segera, serunding ikan dan kuah kacang. So reheat je la the foodies. Bila dah simpan semuala food container dalam fridge keluar pulak si Iranian tuh. Sekali lagi ku reheat food. Semasa sedang berkemas, balik pula si American. Tak kuasa aku nak offer food tuh. selain tak larat, diakan half vegetarian selain tak suka nonhealthy food. So better buat tak tahu. Tapi ku offer jugak ice cream, katanya tak suka Australian ice cream. Ok jimat ice creamku hehehhe. Ketika minah berdua tu selesai membasuh pinggan dan sedang menikmati ice cream kerana kepedasan, turun pulak si german. Nak jugak offer kat dia, tapi memang malas betul nak buka fridge. So, I naik je. Tak sampai 5min kat bilik, i kesian pulak kat dia. Yelah hari khamis dia dah nampak i masak, pagi tadi dia dah nampak I sarapna dgn food tuh.So I turun dan offerlah that food hehehhe. Boleh pulak dia makan. Agaknya dah get used to Malaysian hot n spicy food hahhaa.

No comments:

Post a Comment