Pagi tadi turun ke dapur, ku lihat si dia sedang memotong keledek di meja makan. Di depannya ada mangkuk hijau ku yang pastinya diambil dari ruang kabinetku. Tiada pula dia berkata apa2 tentang mangkuk itu. Apalah aku nikan, tu pun nak membebel, mangkuk plastik je pun lainlah noritake hahahaha. Bukan sekali, tapi telah berkali-kali begitu dan aku hanya mampu memendam rasa. Susah sangatkah nak meminta kebenaran, tidak pun hanya berkata "wei! aku guna mangkuk hang".
Petang bila ku turun, dia hanya beritahu dia telah menggunakan kualiku untuk menggoreng karipap.
Okaylahkan, ada juga adabkan, sekurang-kurangnya diberitahu.
Tapi, tidakkah pelik tiada sebiji karipap, mahupun setengah, malah suku karipap untukku. Yelah, memang aku dah goreng dan makan karipap hari jumaat. Aku pun bukanlah nak sangat karipap dia dan minta dibalas. Tapi hairan manalah budi bahasa kan.
Whateverlahkan...
Tapi bila hati terguris, mulalah terkenang perkara yang patut dilupakan. Di malam khamis ketikaku sibuk memasak inti karipap.
Dia: I pun tadi nak buat karipap, you dah buat so tak payahlah I buat.
Aku: Oh ye ke
Dia: Inti tuh letak daging sedap juga. tapi daging kena defrostlah.
Aku : Makcik, bila orang masak something ada je la nak nyibuk dan komen. Tapi bila haritu semasa hang masak quiche, bila orang tanya hang first time buatkah, hang tetiba bengang (Dalam hati je la hahahha)
Semasa aku sibuk meletakkan inti.
Dia : besarnya karipap. I biasa buat yang macam saiz ni (sambil menunjuk karipap saiz sederhana).
Aku :..Makcik ni rabun atau amnesia???? sebesar2 karipap BESAR saya tuh lagi besar karipap SEDERHANA makcik (dalam hati je la lagi hehhehe)
Semasa dia menikmati karipapku
Dia: Eh..boleh rasa sebijik hehehhe (seekor udang kering)
Aku : Boleh tak makan diam-diam. Bukan minta dipuji. Suka makan je. Tak suka tak payah makan atau makan sikit je lah. Makcik pun tau kan semalam I tak perasan. Pi tumbuk udang kering dalam lesung yang lecak dengan air bawang. Dah keluarkan air tetap susah juga nak tumbuk grrrrrrr(dalam hati)
Dia nak karipap free Cik lily
ReplyDeleteEh! memang dah bagi dia karipap besar tuh, tapi dia makan satu je hehheheh
ReplyDelete