Tadi kat ofis dah terbayang-bayang nak makan fries. Tapi bila pi kfc driive thru terbeli snack plate huhuhu...Antara fries dan whipped potato, semestinya fries la yang I prefer.
Lepas tu tetiba teringin nak makan kuah rojak/cicah. Tiba-tiba terbeli bihun.
So here is my tamak dinner....
Nilah akibatnya bila I didnt take proper lunch. Setakat biskut mana cukup....
So faham-faham jelah bila membeli dalam kelaparan.
Hmm... ginilah nasib...
Dikala orang cuti hujung minggu, I sibuk ke ofis. Sabtu pi...ahad pun pi.
Sabtu....
Walaupun berat nak bangun dari sofa, perlu gagahkan diri juga ...kemas dapur dan basuh baju. Then, keluar around 10.15am. Tapi pi beli nasi kerabu dan lauk dulu. Ingatkan nak buat lunch, tapi bau nasi kerabu sangatlah tempting. Tak pasal-pasal jadi brunch 😂😂😂. Kononnya, ada appointment dengan senior customer around 11am. Tapi gara-gara jalan sesak, dia sampai sejam kemudian. Takpelah sempat lagi I baca her proposal. Adoi...banyaknya nak dibaiki, dia pun serba serbi tak tahu selain tak terfikir dan kurang usaha. Saya faham dia ada banyak masalah...masalah rumahtangga, tiada kereta buat masa ini kerana terlibat dengan kemalangan, kereta adik yg dipinjam pun kena gesel...Kasihan, one after another incident. Kami berbimcang dari 12-1.45pm.
Then, I kalut kemaskini dokumen, sediakan lampiran dan ubahsuai agihan tugas. Akibatnya after 5pm baru sampai rumah. Konon, malam nak buat kerja...hmm...tapi puan sofa melambai-lambai pula.
Ahadku....
Sekali lagi kena paksa diri untuk pi opis. Kali ini lebih awal around 9.30am. Rasa stress sangat perlu lengkapkan banyak fail. Atas meja berserabut dengan dokumen bertingkek-tingkek dan fail seboban. Printer I dan printer ofis buat hal pulak. Rasa nak give up je, pi lunch dan balik. But, definitely I cant do that. Maka, bawa bertenang...Siapkan fail jawatan tahun ini, diikuti fail tahun lepas. Luckily, my PA dah buat separuh. Dokumen yang tiada, esok je la tanya rakan-rakap sekapal. Then, konon nak lengkapkan fail utama... tapi mana boleh print utk dokumen yang tebal. Lagi-lagi carta organisasi pun I belum habis update. Esok je lah....Next, lengkapkan fail tugas pula. Panik sekejap ada dokumen tertentu tak boleh dikesan. Cari sana, cari sini...tapi entah ke mana. I cari di ofis lama pun tak jumpa. I cari semula dalam kotak...Alhamdulillah jumpa. I kemas juga book rack dan atas meja. Gagahkan diri lap meja dan sapu ofis.
Tu tak termasuk melayan my colleague yg muncul 3 kali ... masalah setting printerlah, formatlah...tak bawa pendrive lah...Hmm, memang betul berlaku atau nak raih simpati. I am sorry, I have to check your work thoroughly. I have been paid to do so and after all it supposed to be our responsibility to take care of our organisation reputation. Akhirnya, after 5pm barulah I dapat keluar dari ofis.
I got a long list of things to do tonite...Hopefully, I am strong enough to complete most of it, if not all.
Ya Allah permudahkanlah dan berkatilah semua urusanku....
No comments:
Post a Comment