Awatlah blogspot problemo nih. Hari khamis dah mula buat hal. Tapi semalam seharian tak boleh sign in....
Kes 1-Day 1
Kawan Indonesia: Can I borrow your comb?
Aku: Hmm...what? (Tokojut den)
Kawan Indonesia: Can I borrow your comb?
Aku: Hmmm......Alamak camna nih...aku tak suka share benda peribadi...geli, tapi aku tak reti camna nak cakap. Silap cakap, nanti kecik hati (ambil masa nak jawab sambil fikir dan cakap dalam hati)
Kawan Indonesia: Is it ok?
Aku: Ok...(macam kena pukau pulak)
Kawan Indonesia: Are you sure?
Aku: Hmm....Ya Allah, apa aku dah buat nih...(dalam hati) menyesal tak sudah sambil rasa nak hantuk kapla kat dinding. Dilema antara geli and tak sampai hati. Selain tak tahu how to say No.
Kes 2-Day 2
Kawan Indo: Can I borrow your comb?
Aku: ....(tak cakap apa, hulur je)
.
.
.
Kawan Indo: Thank you (sambil pulangkan sikat aku)
Aku: Hampeh betul ko Indon, dahlah pinjam sikat orang, sampai basah pulak tuh. Wei tu sikat kayu lah...bengong!!!!! (dalam hati huhuhu)
Tidak lama selepas itu sehinggalah sekarang kelemumur aku yang dulunya yang kejap ada kejap tiada tapi jika ada sangat-sangat sedikit and halus, tetiba menjadi banyak dan berkeping-keping. Tetiba aku rasa geli yang teramat dan loya bila mengenangkan pernah berkongsi sikat dengan kawan aku itu. Menyesal tak sudah tu jangan cakaplah kan :(. Mungkin, peningkatan kadar kelumur kerana shampoo yg aku pakai, mungkin juga pasal resdung aku, tapi tidak mustahil berjangkit dari rakanku. Lepas nih kena pandai tolak permintaan camtuh.
Kes 3
Aku sedang pakai lip balm.
B: Nak sikit
Aku: Takpe ke nak guna ni (Marahkan diri sendiri dalam hatilah, kenapa susah sangat nak cakap "Maaf, tak boleh"
B: .....(tak ingat apa dia cakap)
Aku lap dulu lip gloss dengan tisu dan bagi B(Marahkan diri sendiri kerana begitu mudah menyerahkannya pada B)
B: Thank you (sambil hulurkan semula pada aku)
Aku ambil lip balm dan lap dengan tisu....nak buang sayang pulak
Kes 4-Day 1
B: Bawak sikat tak? Nak pinjam.
Aku: Alah..awak kan pakai tudung. Guna je lah tangan.
B:......(aku tak ingat apa dia cakap)
Aku: Takpe ke? Akak ada kelemumur.
B: Takpe
Aku: Takdelah, kakak akak tak suka akak pakai sikat anak dia. Tiba2 je budak tu ada kelemumur.
B: ......(aku tak ingat apa dia cakap)
Aku: .... Alamak camni nih...susahlah nak cakap tak boleh. Bila dah bagi hint2 macam tu patutnya fahamlah (dalam hati)
Kes 5-Day 2
B: Nak pinjam sikat.
Aku:....(hulur je la dengan sakit hati)
.
.
.
.
B: TQ(sambil pulangkan sikat)
Aku: Eeeeee basah (sambil lap sikat di cadar)
B: Eh! Biar saya lap
Aku: Sabar jelah dengar orang yang tak sedar diri ni. Tak pandai nak jaga barang dan hati orang (dalam hati)
Kes 5-Day 3
Minah ni buat perangai. Dia tolong bawakan barang kami. Aku dah offer nak bawa, dia tak bagi. Tiba-tiba dia nak pi somewhere. Tapi kami tanya tau ke nak pergi situ. Tetiba dia sentap dan mood monyok tak tentu pasal. Padahal kami yang bersungguh-sungguh cari tempat tuh. Dia ikut je. Handphone canggih dia yg ada gps puntak boleh harap. Lagi sakit hati bila dia suruh kami bawak barang kami, dan dia bawak barang dia. Berat katanya. Padahal, total berat barang tu tak sampai pun rasanya 600gm-1kg je. Sesi mengumpat bermula.
C: geramlah kenapa dia camtuh.
Aku: Entahlah, apsal tah.
C: Dia marah kita sebab bawa barang kita ke.
Aku: Tak kot. Akak dah offer nak bawak.
C: Spoilt je. Tak sukalah...Kecik hati...bila dia bagi barang kita, dia bawa barang dia. Berkira sangat. Padahal akak dah banyak tolong dia.
Aku: Itulah ada camera sendiri. Nak jugak tumpang camera orang. Bila ambilkan gambar kita, kalau tak elok tak cakap pun. Tapi, bila dia suruh kita ambilkan gambar dia guna camera kita, dia suruh ambil banyak kali lak tuh. Pulak tu ambil gambar ntah apa2. Akak kalau ambil gambar orang sungguh-sungguh. (Hehehe, memang lepas tuh everytime depa ambilkan gambar aku mesti tengok dulu, takut nyesal).
C: itulah
Aku: Tu sikat tuh, akak gelilah nak share sikat dengan orang dan....(cerita pasal kes 1 and 2). Tak nak geli, akak anggap dia macam adik sendiri. (Hish! kalau adik beradik dan anak beranak pun belum tentu kita nak share sikat kan....)
C: Peliklah...
Aku: Baik lupakan je. Nanti ingat sakit hati.
Kes 7-Day 7
B: Ada bawak bedak tak?
Aku: Ada. Tapi bedak compactlah(Aik takkan bedak pun nak pinjam, ni lagilah geli nak share)
B: Nak pinjam, boleh?
Aku: Hmm, kalau bedak biasa oklah. Ni bedak compact.
B: Boleh tak?
Aku: Tak kot. Sorry yek...
YEAY!!!!! At last I got the guts to say NO!!!!!
PELIK KAN MANUSIA BEGINI.
TAK MALUKAH NAK PINJAM BARANG PERIBADI ORANG LAIN?
TAK GELI DAN JIJIKKAH BERKONGSI BARANG PERIBADI ORANG LAIN?
TAK TERFIKIRKAH MEREKA BAHAWA EMPUNYA BARANG TIDAK SELESA UNTUK BERKONGSI BARANG?
BILA DAH BAGI PINJAM, TAK TERFIKIRKAH NAK GUNA BAIK-BAIK BARANG ORANG LAIN?????
Dan last nite, aku sakit hati sangat bila si B, pi letak gambar aku dalam FB. Aku dah pesan jangan letak, jangan tag. Tapi dia letak jugak walaupun tak tag. Kata nak privatekan. Tapi aku tengok ramai je orang yang aku kenal komen kat gambar tuh. Nak berlagak punya pasal. Konon ada kawan Irish and Denmark. Yelah selama ni walaupun di OZ serumah ngan orang Thai, ofismate orang Indo n Sri lanka.....Hmm....kalau camtu, gambar dia or gambar pemandangan yg aku ambil, sorrylah aku nak bagi dia. Aku nak watermark, so aku taulah kalau dia guna jugak gambar aku tuh. Dahlah kedekut nak beli pendrive and memory card. Kedekut tapi nak ambil kesempatan kat orang lain.
Kes 8
B: Camna ya. Memory card saya ada 512MB je.
Aku: Bawalah pendrive, nanti transferlah.
B: I tumpang you jelah.
Aku: Mana cukup. I sehari guna 2 GB.
B: Berapa harga pendrive?
Aku: 4GB dalam aud12 kot, kalau 8GB dalam aud20 kot
B: Mahalnya....
Aku: akak dah survey memory card, 8GB ada yg aud40 ada yang aud60.
B: Mahal.
Kes 9
B: Nak beli airlah. Hauslah. (masuk Reject shop cari air yang kononnya murah, less than aud2)
Aku terus ambil coke dan bayar aud3. Yelah kalau mineral water pun sama harga.
B: I tak jadilah beli air. Mahallah, I minum air you jelah.
Kes 10
Semasa sesi ngumpat B yang berkira and suka ambil kesempatan
C: Sebab tu saya, kalau share beli barang dengan B, saya suruh dia bayar dulu. Kalau saya bayar dulu, dia lupa terus nak bayar kat saya.
akak pun tak boleh share sikat dgn compact powder dgn org lain. geli sesangat. akak rela tak sikat rambut dan tak pakai bedak daripada pinjam benda tu dr org. tapi mmg ada jenis org yg mcm ni yg jenis main boh je. kalau akak pun tak reti nak ckp no kalau org nak pinjam. pernah dulu akak balik rumah akak basuh sikat. fai, mmg ada org yg kedekut nak mampos tak nak membeli. muka tak malu tau nak mengicak barang org kan. mmg senang lah hidup cam tu kan...nyampah....
ReplyDeleteHi Fairylily, interesting post....
ReplyDeleteI never believe one should lend our combs to others...
Old days I know some not good people even use charms o the comb.
You take care, ya.
Have a nice day.
Lee.
kaklia,
ReplyDeletekita memanglah tak rela, tapi orang lain tu rela je kan. Satu lagi bab food, kita bukanlah kedekut sangat. Tapi memang menyampah dengah orang yang kedekut dengan kita dan suka ambil kesempatan.
Uncle lee,
You are right. I am really regret for doing so and for not be able saying NO. For me it's really disgusting and annoying sharing our personal things with others ewwwwwwwwwwww