Sunday, June 26, 2011

Kongsi, Maharajalawak dan Kum Kum

Hari Jumaat lepas, kawan aku cakap dia dah tengok filem kongsi online. So, malam tu aku googlelah. Tapi aku tak ingat kat website mana. Di youtube pun ada ya.



Tapi aku tak minat sangat pulak cerita nih, memang ada yang lawak terutama penggunaan dialek tertentu. Yang lain tuh macam lawak dibuat-buat, macam pistol cucuk kat montot and jari terputus bila keluarkan senjata. Mungkin sebab aku kebosanan, sebab tu bila ada interval 30 minit selepas 70minit tayangan, maka aku pun tak larat nak tengok lagi.

Hari Sabtu pulak, as my previous post aku tengok Maharajalawak 2011 akhir kan hehhee. Tahniah sekali lagi kepada kumpulan SEpah yang menjadi juara.

Rasa terharu bila tengok ahli Kumpulan Sepah terkejut dan sujud syukor. Lagi terharu bila tengok Siti Sarah yang mengetap bibir menahan tangis gembira. Kasihan pulak Zizan, yang amat jelas mengharap sebelum keputusan diumumkan dan tampak kecewa semasa menerima hadiah. Walaupun Sepah menang, tapi aku rasa JOzan paling lawak malam tuh for musical comedy.



Ramai betul orang dah view video nih di youtube :). Malam tu since cerita kat tv tak best maka aku pun tengoklah Sepah dan Nabil semasa zaman Rajalawak di youtube. Aku rasa lawak Nabil dulu2 lagi best compared to his performance in Maharajalawak 2011. Cuba tengok yang ini, pada aku tu lawak kreatif, fresh dan bijak :)



Hari Ahad pulak, aku dok baca gosip Marsha yang buat gimik kahwin yang tak menjadi tuh. Teringin nak dengar lagu "Bila" dan tengok video clip tuh. Maka, aku cari di youtube, tak jumpa pulak video clipnya. Yang aku jumpa dia nyanyi lagu tuh, dengan pakai baju kelawar pendek. Pada aku, tak sedap lansung lagu tuh. Entah camna, aku ternampak pulak video Kum Kum the movie.



Maka apalagi selepas masak dan basuh baju, maka sambil lunch sambal tumis dan telur dadar, aku layan cerita nih. Bolehlah tahan hehehe. Cuma pelik Si Marsha ni, kejap panggil mak dia "ibu", kejap panggil "mak". Awatlah pengarah, mahupun Marsha tak perasan konti sudah lari. Satu lagi yang aku menyampah bila dalam Kum Kum the movie, begitu juga filem kongsi, dua-dua cakap car bonnet (hood) instead of car boot or car trunk. Aparah !!!!! Korang ingat tu kereta volkswagen dedolu ka??? Memanglah its engine compartment at the back!!!! Kalau makcik2 dan nenek2 kat kampung aku boleh terima sebab dah terbiasa sejak dulu. Aku pernah gak membebel pasal isu ni dalam last year entry.

Oklah, study jangan lupa pulak. Dah pi cepat buat paper corrections ;)).

1 comment:

  1. mesti hari tu fai free giler kan, abis sumer citer ditengok nya...hehehe....anyway akak suka sepah menang...mmg patut menang sebab dia yg terbaik dari yg lain2 tuh. jozan bagus juga tapi segmen yg jadi hang tuah tu tak menjadi lah...boring je masa tuh.

    ReplyDelete