Saturday, June 25, 2011

Maharajalawak akhir, Nabil kalah, tapi paling kayo

Malam tadi, aku dok tunggu Maharajalawak akhir. Ada yang kata nak upload pada 10.15pm Malaysia which is 12.15am Australia. Tapi internet slow sangat, asyik problem downloading. Bila dapat bukak website tuh, tertera uploading in progress pulak. Bila aku refresh, tetiba internet everywhere aku expired pulak. Tak kuasa nak recharge dan ngantuk gilos, so aku tido je la. So, pagi ni 11.30am aku cecepat cari maharajalawak akhir 2011 online. Siapa yang nak mengulang tonton, sila layari http://www.mummynemo.com/2011/06/full-download-maharaja-lawak-finaltonton-online-maharaja-lawak-final-2011/. TQVM pada sis Ellen yang upload video ini dengan pantasnya. So, sempatlah kami diperantauan ini merasa bahang the final week :).

Tak sangka pulak si Sepah menang, walaupun aku dan ramai lagi yang menjangkakan Jozan yang menang berdasarkan kedudukan undian terdahulu. Jozan pastinya menjadi pilihan utama berdasarkan populariti yang telah kukuh sebagai pengacara Rajalawak, walaupun pada awalnya, lawaknya agak biasa dan berulang seperti mengajuk gaya Dr. Fadzillah Kamsah dan Eric Leong. Walaubagaimanapun, lawak berulang tersebut tidak membosankan, malah prestasi semakin mantap dan lawak menghiburkan terutama pada minggu 11 dan 12, ditambah pulak dengan watak yang diingati seperti Mael Lambung. Lawak spontan dan body language juga merupakan kekuatan Jozan. Pada malam akhir, persembahan pertama jozan agak kurang menghiburkan,



tapi pada persembahan kedua iaitu komedi muzikal ternyata berjaya mencuri tumpuan.

Tapi aku memang suka Sepah menang coz lawak depa yang bercirikan atau berunsurkan keMelayuan seperti melibatkan mak bidan, merisik, puasa dan bersunat yang terasa dekat dihati. Namun tidak dinafikan adakalanya apa yang dipaparkan agak kurang manis. Ketaksuban si Shuib terhadap Dafi juga boleh dikirakan sebagai 'tagline'. Antara lawak yang paling diingati pastinya adalah mengajuk gaya Ustazah Siti Nur Bahiyah.



Nabil juga menyinar pada malam akhir walaupun muzikal komedi beliau agak meleret.



Memang agak sukar untuk memikirkan dan mencetuskan idea lawak jika berseorangan. Ketandusan idea juga dialami oleh peserta berkumpulan, inikan pula jika berseorangan. Maka, tidak hairanlah dia juga dikatakan pernah meniru idea dari filem lakonan Jim Carrey. Malah dapat kita perhatikan adakalanya Nabil seperti sukar mendapatkan dan mengekalkan tempo lawak. Selain dari risiko lawak tidak menjadi dan hilang arah kerana tiada rakan sebagai penyelamat atau back up menutup kekurangan. Apapun, bak kata Mamat Khalid "Bukankah simple/mudah itu menjadi. Tak perlu trying too hard". Senang cerita Less is more.

Tahniah pada semua pemenang. Walaupun SEpah juara tapi kalau dikira siapa yang paling banyak mendapat habuan,pastinya Nabil hehhee. Tak caya? Mari kita tengok hadiahnya dari http://www.izyan.com/2011/06/sepah-juara-maharaja-lawak-2011.html.

1st Sepah = topi MRL + trofi + RM350,000 (RM116,666/orang)
2nd Jozan = trofi + RM250,000 (RM125,000/orang)
3rd Nabil = trofi + RM150,000
4th Jambu = trofi + RM50,000 (RM25,000/orang)

3 comments:

  1. Hai sis..Thanks ya bagi backlink kat blog akak ellen...

    ReplyDelete
  2. Mas, Sepah memang best and konsisten, sebab tu juara :)

    Ellen, no worries and TQVM for uploading that video dengan cepatnya.

    ReplyDelete