Tuesday, November 8, 2011

Gagal Menjala, Kite Membakor !!!!!!

Hah itulah, ku rasakan menjala itu senang, apalagi tebarkan je lah jalanya kan. Tapi macam manalah aku nak tebarkan si jala itu, kalau jala nye pun takde. Alkisahnya di pagi raya aku gigih mengukus pulut dan masak kuah durian. Sebenarnya aku teringin nak makan kuah tu dengan roti jala pandan. Kiranya pulut tu sebagai sampingan saja, yelah aku masak 3 cawan je. Hehehe dah itu je yang muat dalam steamer kami kan. So, malam dan pepagi raya aku gigih mencari resipi si roti jala. Alhamdulillah jumpa kat rumah Along Rodz. Huish, so drooling tengok masakan Along, cantik dan kemas jalanya. Punyalah semangat aku mengisar semua bahan2, tiba-tiba aku tak jumpa acuan roti jala yang kawan aku bagi. Hah sudah!!!!!! Mana aku letak. Kat bilik aku, yang ada bekas sos yang muncung satu. Berapa lama nak siapkan roti jala kalau gitu. Tetiba terpikir nak cari dalam locker kat living room. Hehhehe di situ rupanya, tersorok di sudut dalam kotak.

So dengan semangatnya aku mula menjala. First time, buat tak menjadi. Takpe, kurang air kot, kita tambah air. Kali kedua buat, tak nampak jalanya, pulak tu melekat. Kali ke-3 buat, macam tebal pulak, bawah dah garing atas tak masak lagi, pulak tu susah nak angkat coz tepi pan tuh tinggi. Dan begitulah macam2 masalah ye puan-puan, sehingga aku BERHENTI terus selepas percubaan ke-5 or enam. Tak pandai menjala, takkan aku nak melempeng pulak. Sesilap kena lempang pulak coz bawak lempeng di majls raya hehehe..Yang pastinya bukan salah resipi ya puan-puan, salah aku sendirilah yang tak pandai nak menjala selain salah Fry pan hahahha....ye lah sape suruh guna pan murah aud10 yang dah berumur hampir 3 tahun. Habih, aku pi jenguk Tefal pan yang sesuai nak masak lempeng tu mahal pulak....discount yilekkk.............

Habih, takkan nak biarkan je adunan tuh. Malas nak kasi semak peti sejuk. Nak buang sayang. E...eh dah alang kepalang ia warna hijau, why not kita tambah gula, marjerin dan telur. Alamak!!!! Mrjerin berketul pulak. Kita panaskan sekejap adunan tu dalam periuk. Aduh!!!!! adunan berketul pulak, gara-gara kurang dikacau. Lantaklah.....Ok kita masukkan adunan dalam bake tin yang ada minyak panas. Lepas tu kita tabur bijan and kita bakor le..............Maka si roti jala bertukar menjadi si kuih bakor............................sedap!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi kelembutannya hampir nak lembik selain terselah ciri-ciri hangit coz aku letak guna api panas gara-gara nak cepat masak.
Tinggal kerak je la. Yang kerak bahagian lain and isi tengah dah selamat menjadi santapan kawan-kawanku. Sedaplah tu, kalau tak, takkan yang kerak hangit pun orang makan hehehe. Ke depa penggemar kerak macam aku ;)). Punyalah aku nak biar ia cepat sejuk coz nak pi majlis, aku rendam bake tin dalam air. Rendam separuh je la. Kok rendam semua, maka tenggelam dan lemas lah kuih bakorku :P....................

Hah ini frozen durian
Memanglah tak selera nak tengok ek. Just be grateful dapat gak rasa deghoyan siam in OZ ya. Aku tambah air 4 cawan+gula biasa+gula perang+daun pandan+garam

Then baru letak santan serbuk 1 bungkus. Tapi warnanya pucat sikit. Kita tambah sikit palm sugar ya......La, cair pulak. Kita tambah sikit tepung nak kasi pekat. Alamak tepung jagung yilekkk. Letak je la tepung gandum hehhehe. Nilah saki baki yang sempat aku snap


Abaikan je la paras rupa, tekstur dan warnanya ya :P. Psst...kanda dok cakap aku tak suka warna gelap ek. Tu aku cakaplah, biasa kalau tengok kat internet memang warna camtu, lagipun yang aku makan kat Bidor dulu pun warna tu. Eh! lupa nak cakap yang aku makan kat Penang pun gitu juga hehehe. Dia kata yang biasa dia makan warna gelap dan orang tempat dia =Perak pun buat gitu. Eh kalau warna gelap tu bukan bubur kacang durian ke??? Kelakar je minah tu. Padahal, masa kat sini aku yg mula2 buat kuah durian tuh. In fact, dia tanya aku camna aku buat. Lepas tu yang dia buat banyak kali tuh. Cuma dulu aku pernah ceritakan yang dia buat bukan gelap sikit tapi gelap banyak. Tak kisahlah cara dan rupa masakannya, yang penting sedap. Masing2 lah kan. Entahlah, aku rasa dia actually jealous dengan aku pasal kuah durian yg aku bawak pun habis hehehe sampaikan bekas nye pun hilang. Opps entah2 tak sedap sampai orang baling keluar bekas tuh hahahha......Yelah nampak dia bengang pasta yang dia bawak tak laku...Raya kan orang teringin nak makan yang makanan Melayu lah,,,,Takpelah boleh orang lain tapau, kira habislah kan.

Bukan hanya pasal food, pasal pakaian pun dia jealous.
Kenapa aku kata dia jealous?????

1. Dia dok ulang cakap aku pakai baju kurong tak matching dengan dia yang pakai blouse+jeans nak ke majlis raya. (aku tak kisah dan orang lain pun tak kisah, suka hatilah dia nak pakai apa)

2. Dia dok ulang kata dia panas tu pasal dia pakai t-shirt.( aku tak tanya dan orang lain pun tak tanya)

3. Bila keluar rumah, si kengakawan Iran, Japan, Filipino, China,, Jerman and etc hairan tengok ...yelah dengan baju cantik kurong kan, nak ke mana pulak tengahari gitu. Siap ada yang kata nak ambil gambar hehehe....

4. Bila nak pi tunggu bas, dok ulang cakap pasal panas kalau pakai baju kurong. Sibuk tanya aku tak panas ke? Dah aku punya baju cotton lining dengan chiffon nak panas apanye. Kat Malaysia pun panas gak kalau gitu kan.

5. Bila tunggu bas, dok ulang lagi pasal panas dan orang tengok. Kalau dah 20 minit tunggu bawah matahari terik memanglah panas. Tapikan tepi laut, so oklah kalau ada angin. Memanglah orang tengok, tapi idoklah depa heran sampai tertoleh2. Lagipun ni bukan first time pakai baju kurong in OZ, so tiadalah nak segan-segan.

6. Bila aku pakai sun glasses, dia ngomel lagi kata tak matching dengan baju kurong. Aku tak kisah, yang dia sibuk apehal kan.

7. Si dia merepek pulak kata kalau aku pakai baju tu dengan seluar LAGI CANTIK. Giler ke apa. Takkan nak pakai baju kurong dengan seluar. Dia boleh tanya, ni baju kurong ke? Pelik aku, padahal dia dok ulang cakap kami tak matching. Aku cakap ni baju aku, aku taulah. Dia tanya lagi, kenapa kembang? Aku cakap, kan ini baju kurong Pahang. You all tahu apa dia cakap, I ada BANYAK baju kurong Pahang. Habih!!!! Kalau ko ada banyak baju tuh, takkan ko tak kenal baju kembang aku ni kanda ooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

8. Nak buat lawak tak kena or should I say cakap benda yang tak sepatutnya. Dia boleh tegur Malaysian yg dah dapat PR OZ, pakai baju kurong warnanya tak matching dengan baju melayu hubbynyer. Suka hati orang tu lah. Masa orang tu nak blah, orang tu siap tunduk tengok baju dia. Siap dia kata dengan aku oklah kan baju dia. Agaknya dia rasa something must be wrong. At least minah tu pakai gak baju kurong compared to my kanda ;))...........

9. Masa raya haji tahun 2009, aku pakai kaftan. Pun dia kata dia ada BERLAMBAK baju camtu. Dah gitu, awat hang tak bawak mai OZ?????

10. BIla nampak kawan kami pakai summer DRESS pun dia kecoh. Biasalah kan kat OZ during spring and summer. Kat Malaysia pun dah ramai pakai dress. Wei...dia pun ada banyak JUBAH kat Malaysia, tapi tak pakai. Habis yang hang beli buat apa?

11. Bila dia perasan aku suka pakai dress pendek berbunga dengan jeans, pun dia kata dia ada beli jugak. Tapi aku tak pernah nampak dia pakai pun.

12. Aku suka juga pakai dress pendek, yang cerut bawah dada. Pun dia ngomel juga. Konon breast aku kecik, bolehlah pakai gitu...............Aku tau lah aku 'punya' KECIK...........dia 'punya' BESAR....seksi kan :))))))))))))))). Kalau hang teringin sangat, hang pakai je la, then labuhkan tudung. Takpun pakai je kat rumah. Apa masalahnya? Apahal nak kaitkan dengan aku 'punya' pulak.

Aku rasa minah ni ada penyakit
1) selalu tak puas hati dengan orang lain (aku pun ada penyakit nih ;))... )
2) Tak boleh orang lebih dari dia
3) Bila dia kurang dari orang lain, dia akan cari jalan supaya kita pun rasa kekurangan, ada yang tak kena dan tidak selesa
4) suka merapu dan bergurau tak kena tempat
5) suka sakitkan hati orang

Kalau korang baca ayat ni, memang korang gigih la. Padahal boleh disampaikan secara ringkas je kan. Biasalah aku semua nak cerita ;))....Bila la nak insaf ni?????????????

2 comments:

  1. mmg nampak sgt dia jeles kat u fai...lepas tu yg pasal dressing dia tu kan, nampak sgt dia rasa diri dia tak kena dgn majlis raya tu so dia rasa dia kurang mendpt perhatian tu yg buat dia lg jeles kat u. mmg ada jenis kawan yg mcm nih..tak boleh tgk org lebih sikit...kalau tak sabar mmg boleh jadi gaduh kan...hehe...

    ReplyDelete
  2. Kawan saya kata saya sabar...idoklah sabar. Cuma saya kan jenis kuat bebel...lepas tu saya lupa. Dia buat hal lagi, saya ingatlah...but it just come n go.

    Kawan ni mmg tak boleh get along ngan minah tu...mmg tak boleh jumpa pun. Kalau depa terserempak or in the same event masing2 buat2 tak tahu. Ni gara2 minah ni cakap depan2 kawan saya yg kata dia SLOW. Hangin lah kawan saya. So tu yg dia malas nak tegur dah, takut nanti gaduh.

    ReplyDelete