This entry was prepared on 21 August 2012 and published on 5 September 2012 for 23 August 2012 posting to easily understand the chronology of this blog ;)
Alkisahnya, awal puasa rakan bertanyakan baju raya yang telah ditempah tahun lepas, maka saya meminta rakan pos ke australia. Dia ada mengatakan akan pos pada 3 ogos 2012. Mengikut website Pos Malaysia, proses penghantaran ke australia dalam tempoh 12 hari, tapi biasanya kami teima dlm masa 7 hari. Menunggu baju raya umpama menunggu buah tak jatuh. Saya mula risau dan menghantar mesej kepada rakan pada 15 august malangnya tak berbalas. Pada 17 august saya hantar mesej guna nombor hp msia pula, bertanyakan tarikh dan tracking number, pun tiada respon. Call pun tak berjawab.
Sudahlah serabut dgn kerja, dgn rakan di sini yg tak faham kami ni pelajar, ditambah pulak dgn hati yg sakit bila rakan di Malaysia yang tidak memperdulikan sms n call saya. Rasa sedih ada, geram ada n macam peminta sedekah pun ada. Tapi tak bolehla nak mengamuk coz saya pun mgharapkan pertolongan dia, lagipun saya kna faham mungkin lewat kerana penghantaran di buat minggu ke-2 puasa 9(jika dia buat seperti apa yg dia kata). Salah saya juga kerana terlupa psl baju raya sebelum puasa dan tidak berpesan pd rakan utk sms tracking no dari awal. Cuma yg terkilan kerana tiada respon dari dia. To think positive mgkin dia terlalu busy atau phonenya rosak atau tiada credit atau lebih teruk dia dia tidak terima sms atau pggilan dari saya. Apapun, sempena raya, so perlu maafkan la dia. Redha je la memakai baju yg pernah dipakai raya tahun 2010 yg juga baju kerja saya tahun 2008 atau mungkin 2007. Malangnya kainnya tetas pula.
Maka selepas menyiapkan inti murtabak di malam hari 17/8 dan bersambung pula dengan tart shell yg mempunyai pelbagai rupa kejadian sehingga 1 am 18/8,
saya bersengkang mata pula menjahit jelujur kain. Risau juga jiga tetiba prakkkkkkkkkkkkk semasa solat raya atau semasa menikmati juadah di perjumpaan raya.
Kemudian malam itu saya menghadiri majlis takbir dirumah rakan. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa bila melihat sesiapa yang pertama
kali di perantauan mengalirkan air mata sewaktu mendengar takbir raya.
Tapi entah kenapa walaupun sudah 3 tahun tidak beraya bersama keluarga,
mata terus bergenang selepas tak sampai 30 saat mendengar takbir di
malam raya. Memang malu bila kita sebagai warga postgrad dan antara
warga yang paling senior tempoh belajar dan umur tidak dapat menahan
sayu berbanding adik-adik undergrad yang nampak tenang sahaja.
Pada
tahun pertama, saya mungkin lebih kuat menahan diri dalam beberapa minit. Tetapi selepas
tidak larat mengesat air mata dan cuba mengawal diri dari teresak-esak,
saya berlari keluar dan membawa diri di sebalik kereta kawan. Oleh
kerana itulah, maka pada tahun ke-2 saya cuba mengelakkan untuk
menghadiri majlis takbir raya. Memang salah saya kerana tidak respon
kepada mesej orang yang menjemput. Tetapi perlukah mempertikaikan kenapa
saya tidak datang dan membandingkan saya dengan tetamu yang datang.
Rentetan itu ada pihak yang mungkin mendengar cerita yang saya tidak
hadir, mengajak ke rumahnya berhari raya dan menikmati laksa sebagai juadah utama dengan nada yang mengguris hati
"Kalau nak datanglahhhhh". Tahun ke-3 saya beraya di kampung . Tahun ke-4 saya kembali beraya di perantauan. Saya cuba juga
mengelak menghadiri majlis takbir. Malangnya tiada alasan bagi rakan
yang begitu bersungguh menjemput selain saya jangkakan saya sudah kuat.
Rupanya, makin teruk.
Memang seronok berjumpa rakan dan menikmati juadah semasa perjumpaan raya. Jika beraya di Malaysia, pastinya berjumpa saudara- mara yang sibuk dengan jodoh kita. Pandai-pandai mengata kononnya kita memilih. Bila kita bergurau minta carikan jodoh, mereka mengela pulak dengan menyuruh kita cari sendiri. Rupanya beraya di sini juga kita tidak boleh lari dari orang yang mengjengkelkan. Orang sibuk nak beraya dan bersuka ria, ada juga yang sibuk bertanya bila kita nak balik Malaysia. Biasalah soalan tuh. Tiada pulak nak terasa bengang atau kecil hati. Masalahnya, bila saya kata tak tahu lagi, orang yang sama bertanya dah submit thesis? dah habis tulis? Bila saya kata belum submit, boleh pulak orang tu cakap bukankah dah 3 tahun...............Macam manalah saya tak GRRRRRRRRRRRR....Bukankah orang kata jangan ditanya soalan macam tu pada Phd student. Hmm....anggaplah minah yang tanya tu lurus bendul.
Bila difikir semula, bila umur
semakin meningkat seseorang mungkin jadi lebih rasional atau mungkin
jadi lebih sensitif. Bila bab sensitif tu, contoh yang paling dekat pastinya sayalahkan. Tapi bukan saya sahaja ya, dan bukan perempuan sahaja yang sensitif. Misalnya rakan lelaki yang usianya lebih kurang saya sahaja, tiba-tiba meroyan bila saya
paparkan gambar raya dia dan seseorang rakan perempuan di FB pada malam pertama raya. Niat saya
bukanlah untuk menyebarkan gosip tapi hanyalah untuk memudahkan mereka
melihat gambar sendiri selain saya sukakan background gambar mereka.
Yelah gambar adik dan kakak, lagipun pada tanggapan saya tak mungkin
orang salah faham. Malah, dia sendiri yang tag gambarnya. Tanpa disangka
menjadi isu bila ada rakan memberi komen gurauan mengenai mereka
sebagai pasangan. Dan salah saya juga kerana membalas komen gurauan yang
mungkin add the spice :(. Tapi saya kena faham dia melenting kerana ada
sebab tersendiri berdasarkan pengalaman lalu. Tapi dalam pada dia
menerangkan kenapa begitu, tanpa dia sedar dia juga telah mengaibkan saya di wall FB dengan tegurannya dan mengguris hati
saya seolah-olah sesiapa yang suka memaparkan gambar di FB adalah attention seeker selain saya antara masyarakat malaysia yang mudah bergosip dan juga tidak
memohon maaf kerana mengganggap komen saya gurauan. Walaupun dia mengatakan bukan saya yang memulakan isu tersebut dengan memaparkan gambar, tapi saya masih lagi teringat-ingat sehingga ke hari ini. Saya hanya insan biasa. Adakalanya timbul pemikiran yang bukan-bukan seperti kalau benar dia bukan attention seeker, kenapa perlu dia gembar-gemburkan sebarang pencapaiannya di wall FB? Kalau dia bukan typical Malaysian kenapa perlu dia aibkan saya dan rakan saya di FB? Bukankah lebih baik dia menegur kami dengan mesej FB ataupun menerusi panggilan telefon? Perlu diingat, dia adalah seorang lelaki. Ya, lelaki !!!!!
Yang 'pasangan' perempuan pula salah faham penerangan rakan lelaki tersebut
selain mengatakan lelaki tersebut sangat sensitif. Selain itu dia juga bengang seolah-olah dia tergila-gilakan lelaki itu dengan bergambar bersama. Dia melalut sampai ke isu lelaki tersebut yang mudah terasa hati apabila rakan baik tidak memberi ucapan hari lahir dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Saya menjadi sangat hairan apabila dia yang banyak membebel berbanding saya dan seorang lagi rakan yang telah dimalukan atas ketelanjuran kami memberi komen gurauan tersebut. Dan dia tiba-tiba
mempertikaikan kenapa saya tidak tanya dia dahulu sebelum paparkan
gambar mereka. Mungkin dia terlupa yang dia juga memaparkan gambar
close-up saya yang bertelekung sewaktu solat aidilfitri walaupun saya
tidak benarkan.
Begitulah kisah duka raya saya di perantauan. Semoga rakan-rakan saya memaafkan ketelanjuran perbuatan, kata-kata dan penulisan saya. Semoga saya juga memaafkan rakan-rakan saya. Saya tiada niat buruk bercerita perkara ini, tetapi hanyalah sebagai catatan pengalaman saya selama saya di bumi kangaroo. Ianya dapat dijadikan pengajaran dan panduan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Maafkan saya jika dengan membaca entri ini anda mendapat aura negatif. Yelah, orang baik-baik tak mudah tersinggung, melatah dan melenting pada perkara remeh dan kecil. Saya pulak sebaliknya.
as salam,
ReplyDeletesaya follower baru anda. suka baca coretan di sini.teruskan menulis kisah anda di perantauan.
Salam Ratenawati, thanks for following this blog, walaupun banyak entri merapu hahahha
ReplyDelete