Thursday, August 2, 2012

Hari berpegang tangan di bulan Ramadhan

Macam biasa ni entri dalam draft yang diubahsuai. Ni menu pada Ramadhan ke-9-28/7/2012.


Wah ada sambal udang petai dan telur masin tuh. Then aku pi city terminum coke pulak kat woolies ;))..Sia-sia je aku bengang dengan kanda pagi tuh (kanda =my housemate, bukan kakakku, bukan abangku, bukan juga balak ya). Yelah aku terjaga lagi 14 minit nak masuk waktu subuh. Tengok dia selamba je makan. Tak ingat pun kat aku huhuhu.....Haritukan bila aku perasan dia tak bangun sahur lagi, aku pi ketuk bilik dia. Bila time aku, dia tak kisah pun....Tulah kita bila tolong orang, jangan sesekali mengharapkan pertolongan kita di balas. Tapi bila fikir balik, bukan soal balas tak balas kan. Isunya kat sini lansung tak fikir atau kisah pasal housemate yang tak bersahur. Anyway aku sempat la makan kurma dan minum air suam. Terus takde mood nak join depa tengok Olimpic game opening ceremony at 5.30am. Lepas solat dan mengaji, aku jenguk jap semasa kononnya Queen dijemput Mr. Bond and jump from heli. Pulak tu German housemate dah terbaring kat kerusi yg aku biasa duduk. Dia tanya aku nak duduk ke, aku geleng. Kanda ajak aku duduk sebelah dia, aku buat tak dengar. Then terus aku boom. Sedar-sedar dah 10am. Tiba-tiba...pepaham je la. Patutlah sensitif sangat hahhaa. Merajuk pun idok la lama. Memanglah konon tak mau tegur kanda. Tapi bila aku kat bilik air. Dia pun masuk. Tu dia bebel sorang2 bila tgk ada sebekas baju atas sink bench. Dia dok cakap banyak jugak baju makcik ni. Aku tau dia dok fikir tu baju org lain. Memula aku malas nak layan. At last aku cakap, tu baju sayalah. Tersipu-sipu malu kandaku hahhaa...So again I guess, we called the truce. Ala dia pun bukan tau aku bengang n merajuk kan...sia-sia je aku ni hehehe......

Then at 2.38pm aku ke city. Nak pi membeli dish washing liquid. Eeee.......depa ni semua nak harapkan aku. Sesikit nak tanya aku. Beli je la. Padahal aku dah beli dua kali dah. Ada lagi 5 kepala lain kat rumah nikan...Macam aku sorang je tak busykan. Dah macam ketua asrama lak aku, kalau tidak mak hehhee. Hah ko, aku beli dua terus. Lepas ni bila habis nak harap aku jugak, mau aku jadi naga hahahah. Aku bila pi city, pepaham je la..tend to window shopping dan terbeli benda yang bukan2. Tak terbeli baju or accessories terbeli junk food ;)...idoklah everytime gitu ya puan-puan. Makan pasir je la kalau gitu hahhaha.....Bila sampai city, nampak beberapa org tengok skrin besar kat stage. Oh..ulang siaran olimpic game opening ceremony. Wah! mesti pukul 5.30am ada yg tgk live kat situ coz ada heater tuh.


Aku nak cerita apa sebenarnya ek? Hahaha...jauh melencong dari tajuk. On my way to city, macam ternampak my American housemate bersama rakannya. My American housemate yang pakai jacket hitam dan rakannya yang pakai jaket kelabu


Dua2 got small frame and tomboy style. Setakat ni dah 2/3 kali kawan dia bermalam di rumah kami. Last week masa sahur kanda buat speculation kot2 depa ni Lesbi. Sampai aku naik hangin pulak, pepagi nak ngata orang. Tu aku cakap, kalau betul depa Lesbi lantaklah, kalau salah, macam mana. Pandai pulak kanda cakap "betul gak ya". So, nak dijadikan cerita semasa aku berjalan di belakang mereka, I saw them holding hands..Hmm...mungkin andaian kanda benar hehehe.

Then masa nak pi tunggu bas dari woolies, I saw a Malaysian girl with her chinese guy friend. Banyak kali aku tengok, nak pastikan aku tak tersilap pandang. They were holding hands too. Sukar nak percaya coz this girl is wearing tudung. So, kiranya memang hari Sabtu tuh, hari berpegangan tangan lah hehhee...Masa aku dah sure mereka pegang tangan aku tetiba rasa gelihati. When people come to Australia, they not only can buy things made in China, but they can get people from China too hahaha. Lainlah Cik Olyn yang dapat Oz bloke hehehe... Selain haritu masa pi Sydney, kebetulan she and her friend sat behind me. Tak tahulah sama ada dia memang tak perasan aku atau buat2 tak perasan. Malas pulak aku nak tegur. I just thot that they are just friends coz I heard, not eavesdrop ;) she said something like
"My Malaysian friend said that you are my boyfriend....bla...bla...You already have girlfriend. She's beautiful....".  Agak-agak ada tak orang kata aku kolot, takkan berpegang tangan pun tak boleh ek...Dahlah kolot, menyebarkan cerita pulak. Eh! nikan my journal, so it's only catatan about daily life :P....

Ok enough about holding hands...I singgah jap tepi pantai dan membeli fish and chips. While waiting for my order, I took this photo...


Perasan pulak nyonya tu, macamlah orang nak ambil gambar dia hehehe. Agak bengang jugaklah coz I waited for more than 15 minutes but the buzzer still not buzzing. Bila pi kaunter tunjuk buzzer while asking how long do I have to wait, the staff said that my order is ready grrrrrrr....Bila aku cakap, it didn't buzz dia kata the light is blinking. Kalau dah tau buzzer tu rosak...awatlah tak bagitau customer tak pun call out je my order number grrrrrrrrrrrrrrrrrrr..........When I touched my chips it was not piping hot anymore :(...It just spoiled my mood to eat my food there. So, I walked home. Mengengkeh den nak ngangkut barang mendaki bukit. I stopped by at the lookout to munch few chips and I took these photos.........



Mana tuan blog?

....ada ni ha....gambar kasut pun jadilah hehehe.......


Malam tu kanda ajak pi satu shopping complex ni coz dia nak beli seafood. Kononnya nak pi 9am esoknya. Aku saja je nak uji dia, esoknya dia kejut tak aku bangun sahur. Memanglah aku tak pose, tapi dia masih tak tahu. Confirmlah, memang dia tak kisah dengan aku, lansung lah dia tak ketuk bilik. Tapi bila aku saja tido sampai 9am, pandai pulak dia ketuk bilik. Yelah she need me to accompany her to that shopping complex. Kalau takde kepentingan, dia peduli dengan aku kan huhuhu. Semasa nak balik, pandai pulak dia tanya
Kanda :"Tak sahur ke"
Aku : Tak
Kanda: Bangun awal ke
Aku : Tak...
           Wei, pernah ke aku bangun dan sahur awal sepanjang 8 hari ramadhan tuh...
            (dalam hati je la hehhehe)

Semasa on the way nak balik, we almost had an accident. A car drove by an elderly man just got into our left lane without any signal and it was so closed that kanda almost hit his car. Tokojut acik ha.. makcik terjerit dan brek angin. Alhamdulillah, kami selamat...

Oklah nak pi uni ni...I planned to focus on Chapter 4 and 5 today, yang chapter 3 nanti dulu. Then, during noon kononnya nak pi city nak cari taco oppps.... dan aluminium foil. Tiba-tiba, bila check emel....

           Hi F,

           Please drop by my office to have a chat about your chapters.

           Cheers,

            N


 

No comments:

Post a Comment