Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Selamat pulang beraya dan hati2 di jalan raya
Hah! Jangan pulak you all excited ya. Di Malaysia, esok baru penyimpan mohor besar raja-raja umumkan tarikh hari raya. Saya baru dimaklumkan sebentar tadi bahawa Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan kami iaitu yang terletak di New South Wales, Australia telah ditetapkan pada Hari Ahad bersamaan 19/08/2012. Alhamdulillah jatuh pada hari Ahad, or else malam ni mesti serabut mana nak siapkan thesis mana nak masak.
Dari semalam saya mengadap thesis, dan hanya tidur at 4.05am. Tapi pada pukul 4.40am perlulah bangun untuk sahur dan seterusnya solat dan mengadap thesis. Niat di hati nak tidur sebentar pada pukul 7am. Sedar2 sudah pukul 11.15am huhuhu. Maka, perlulah pulun menambahbaik Chapter 1-2. Perancangan diubah, maka perlu submit Chapter tersebut kepada spv lebihkurang 2-3pm. Malangnya dalam keserabutan dan kekalutan nak mengejar dateline, yang perlu ditambahbaik tak terbuat, yang telah ditambahbaik pun perlu diubahsuai :(.
Antara thesis, membeli keperluan untuk memasak juadah raya atau Solat Tarawih di Islamic Centre buat kali terakhir. Memang dalam dilema untuk memilih.
Perancangannya memang semua akan dibuat pada hari ini bermula dengan pergi ke uni untuk submit Chapter1-2 kepada spv, pergi membeli keperluan dan hantar ke rumah dan kembali ke uni untuk berbuka dan solat di Islamic Centre. Tetapi memandangkan, penulisan yang masih samar-samar, maka saya membuat keputusan untuk membeli keperluan memasak pada pukul 3.45pm. Kemudian balik berbuka dirumah pada 5.28pm. Pukul 6pm harus pergi ke uni menyiapkan penulisan. Dan 7pm pergi ke Islamic Centre untuk solat tarawaih pukul 7.30pm.
Tapi tu la kita hanya mampu merancang. Saya dapat pergi membeli keprluan. Alhamdulillah terserempak dengan kawan di Woolies dan mereka sudi menumpangkan saya balik ke rumah. Maka sempatlah saya berbuka dirumah walaupun terlewat 7 minit. Malangnya, selepas berbuka saya begitu ralit mencari bahan dan menyiapkan penulisan. Hati semakin berat untuk keluar rumah apabila melihat dan mendegar angin yang bertiup kencang yang bukan hanya bakal menyukarkan saya berjalan mengharunginya untuk pergi menunggu bas, malah menambah dingin malam yang pastinya mencucuk ke tulang hitam. Maka terkuburlah hasrat saya untuk submit chapter dan yang paling utama untuk solat tarawih buat kali terakhir di bumi OZ :(.
Siapa yang tidak sedih, apabila ketibaan Ramadan kurang dirasai dan pemergiannya tidak dapat dinikmati dengan solat tarawih berjemaah.
semoga pjg umur utk bertemu ramadaaan lagi thn hdpn.
ReplyDelete