Thursday, September 20, 2012

Hantu mak limah ringan kepala.

Tak tahu nak cerita macam mana. Haritu tak sabar-sabar nak tengok gambar dari camera. Tetiba macam ada sesuatu. Bila zoommm.....


Pastinya, tak cukup tanah nak lari kalau terserempakkan.

Teringat masa kecil dulu, takut je malam2 balik mengaji. Memanglah kami ramai dalam 5, 6 orang lelaki dan perempuan. Saya, kakak, mak dan pak sedara(anak-anak wan=nenek saudara) yang lebih kurang umur kami.  Tidaklah jauh pun, tak sampai pun 1 km rumah guru ngaji tuh dari rumah kami. Adakalanya abah jemput kami balik naik vespa dia tuh. Tapi biasanya kena balik jalan kaki la. Memang gelap gelita la, mana ada lampu jalan. Manalah tau ada yang menunggu  di atas pokok kelapa sawit, di celah pokok pisang, takpun dekat jambatan.....scary nya kalau dikenang dulu. Ada satu malam tu, tetiba kami nampak something yang berkelubung di jambatan. Takut giler. Tapi ada pak sedara yang berani pi dekat. Tau apa? Korang tau apa bendanya? Abah pi bercangkung sambil berselubung dengan kain pelikat. Memanglah sekarang boleh gelak2, tapi cuba bayangkan masa kita masih kanak2, nasib baik saya tak cabut lari masuk sawah padi jiran hahhaha.

Tapikan, ada satu malam tu saya nak ikut parents gi pekan, tapi depa tak benarkan, depa hantar saya pi ngaji. Punyalah saya bengang sampai takde mood nak ngaji. Sebagai tanda protes saya balik rumah sorang2 di malam yang gelap. Tapi saya tetiba terfikir, kalau saya balik rumah, nanti kalau parents balik awal dari pekan macam mana pulakkan. Lagi2 nampak pulak saya ada kat rumah sorang2. Tau apa saya buat, saya nyorok bawah pokok rambutan di kebun dekat jambatan tuh. Beranikan. Memang seriau kalau diingat semula. Actually, masa tu takut jugak, dah la gelap. Takut ular atau serangga berbisa satu hal, takut hantu pun ya jugak. Lagi2 tiba-tiba je ada kucing lalu kat situ. Terbayang pulak kucing hitam yang langkah mayat yang bertutup kain batik lepas, tetiba mayat bangun. Tapi sebab degil kan, maka bertahan dalam seramlah. Ada gak terfikir camna kalau parents balik awal dan jemput kami terus kat tempat ngaji. Memang harap sangat my sis and relatives balik cepat. Memang penantian satu penyiksaan. Lega sangat bila, dengar suara depa kat jalan. Saya tak berani nak keluar dari tempat persembunyian. Kakak ikut depa balik of course ke rumah wan. So lepas tu baru saya pi rumah Wan. Nasib baiklah depa tak banyak tanya.

Bila nampak cahaya kereta abah, kami pun berlari balik rumah. Semput tau, dahlah debab nak lumba lari dengan kakak ku yang kurus n kaki panjang tuh. Kena tinggal belakanglah...sempat lagi gaduh dan nangis sambil berlari tuh hehehe. Memanglah rumah kami berdepan je, but still takut gak coz kena lalu kebun kelapa sawit yang pokoknya memang tinggi belaka. Bila saya berlari, terasa-rasa pokok kelapa sawit pun berlari beserta ada makhluk di belakang yang mengejar. Lagipun kan banyak tumbuhan menumpang di batang kelapa sawit tuh, terutamanya paku langsuyar/langsuir tu kan. So, bila ditiup angin, tak ke macam ada tangan besar yang melambai-lambai. Buatnya tetiba langsuir pun mengilai, tak ke haru. Dah la antara rumah kami tu ada rumah tinggal yang dikatakan berhantu. Memang tak berani toleh kiri la.........Seram je bila lalu.

Korang boleh bayangkan ke?
Bukan hantu la, maksudnya rumah, pokok rambutan dan jambatan tuh ......Kalau tak boleh ni saya tunjuk......penat nak lukis haritu

 
Bukanlah nak tunjuk sangat pun. Tapi seronok jugak recall kisah dan suasana dulu-dulu yang mana sekarang memang dah jauh berubah :(. Lagipun macam tiada gambar kenangan masa kecil pun. Kalau ada pun mungkin dah rosak masa banjir dulu, bukan sekali tapi banyak kali :(.

Oklah kenapa ya kapla ringan?

Hari Ahad lepas pi Asian groceries stores, terpandang ini

 Apa ya?????

Semestinya bukan kerana tin-tin dan botol2 tu, tapi nun dihujung tuh. Nampak ke, nantilah sat gi, bagak punya gambar i tunjuk ;). Niat dihati nak tanya berapa harga, tetiba dia suruh duduk. I ni biasalah rasa kesian, terus je duduk hahhaha......Tau lepas tu dia tanya apa. Where are you from? Vietnam? Kan..untuk sekian kalinya kan. Awatlah tak tanya Filipina ke, orang Swiss ke, takpun English hahhahah.

Anyway sebelum, menjadi sejarah, haruslah kita abadikannya sebagai kenangan........


Sebijik macam kedai nyonya kat Malaysiakan. Cuma sebelum dia potong rambut I, dia sapu dulu lah rambut yang bersepah tu. Tukang gunting tu chinese lady, but Indonesian born. Idoklah potong pendek, tapi only 12cm hehhehe.................Wah! dalam gambar bukan main nampak silky and shining, padahal biasanya macam rambut kak limah hehhee.......

Tulahkan, when will I cover that crown....Korang doakan ya. Pada hari yang sama, lepas solat, ketika masih memakai anak tudung biru (sebenarnya winter head band hehheh) sambil mengdap cermin, tiba-tiba teringatkan my winter scarf yg biasa lilit kat leher tu. Apakata kali ini kita cuba2 lilit di kepala pulak hehhehe............


Main lilit je ya, tanpa semat pin pun..........

Masa nak bukak scarf tu, tetiba terfikir gaya lain pulak......ok jugak kan


Tapi jangan ditanya camna nak lilit ya, che' tak ingat dah hahhahah.............Rasanya yang ini, yang bahagian dalam scarf di tarik keluar. Faham ke? I pun tak faham hahahha.......

Whatever it is jangan dihina orang macam saya. Saya tahu saya berdosa. Bukan saya tak pernah menggayakan di depan cermin, bukan saya tak pernah memakai ketika menghadiri majlis tertentu, tapi saya masih tak kuat. Last time the indian hmate told me that kanda said something about me "She called herself a muslim, but she didn't cover herself". That Indian also questioned that what kind of friend who said something like that. Sangat sedih bila rakan seagama berkata begitu. Teringat kata-kata di dalam FB suatu ketika dulu

"LEBIH BAIK MENJADI BEKAS ORANG JAHAT DPD MENJADI BEKAS ORANG BAIK"


p/s: Tak ke tegak bulu roma, masa baru upload gambar di atas sekali tu, sekali imbas seperti ada kilauan cahaya. Then, sebaik sahaja saya publish entri ni, tiba-tiba je keluar lagu di laptop entah dari masa. Memang ada banyak windows, tapi tiada satu pun ada yang ada music player ke apa.....Huhuhu takut pulak nak turun pi bilik air.....Padan muka I.

update at 12.37am 21/09/2012:
Psst lupa nak cerita. Semalam kot tengok Adam n Hawa online, adik si Ain sebut Uni Murdoch, tetiba tadi tengok episod 15 Ain kat Uni Curtin pulak....Come on lah pembikin filem, silalah jaga "konti"  ya ;)..............

No comments:

Post a Comment