Entri lama yang baru publish hehhee...cerita basi ;). Sehari sebelum hari raya Aidilfitri, saya menyediakan murtabak mini untuk majlis takbir raya on 18/8/2012.
Gambar blur gara2 hanya menggunakan hp Samsung mini. Dahla asyik ada error bila nak share gambar ni dari hp, pulak tu slow gilos. Anyway, resipi dari sini. Kalau tak silap, saya masak intinya pada hari jumaat dan hanya bancuhkan dengan telur dan balut dengan kulit popia bersaiz 12cm persegi dari pukul 3.45-4.45pm. Sempat juga saya berbuka dengan murtabak ini pada pukul 5.29pm. Memanglah dah agak soggy, tapi tetap sedap ditekak saya hehehe. Yang peliknya, kanda kata kalau guna sweet potato mesti lagi sedap. So, saya cakaplah kalau guna keledek tu karipap, bukan murtabak hehehe. Tak cukup dengan itu dia kata kalau crispy lagi ok. Sejak bila pulak murtabak crispy ye. Kalau samosa tu memanglah kena crispy kan ;). Tak tahulah tapi saya selalu rasa dia suka komen dan memperlekeh apa yang saya buat, lagi-lagi jika saya lagi 'advance' dari dia hehhehe.
Kami tiba lambat di majlis takbir, so memang rumah rakan dah penuh. Kami menyelit di tepi dapurlah hehhehe. Bila tiba waktu menikmati juadah, kanda suruh saya menghantar makanan kami ke meja hidangan. Dia kelihatan bengang bila saya hulurkan makanan tu kepada dia hahhaha. Habis tu dah dia lagi hampir dengan meja hidangan. Tapi dia hantar juga. Selepas tetamu lelaki selesai mengambil makanan, tibalah masa tetamu perempuan mengambil makanan. Bila dia melihat makanan kami tidak dibuka penutupnya, sekali lagi kanda bengang dan membebel "Macam mana orang nak makan, kalau tidak dibuka!!!". Selesai majlis takbir di rumah rakan, tibalah masa untuk pulang. Tetapi bekas murtabak saya tidak kelihatan. Saya diamkan sahaja, lagipun bekas plastik je. Kanda pula yang kecoh bertanya mana bekas saya. Saya hanya kata tidak tahu. Dia masih tak puas hati, lantas saya kata "Takpela". Tetiba dia kata dengan nada yang bengang "Nanti jangan complain". Terkejut dengan kata-katanya selain malu dengan adik undergrad di situ, I just replied "Saya tak complain pun".
Panjang pulak kisah murtabak mini tu kan. Anyway, inti murtabak masih banyak lagi. So, on Sunday 26th August, saya buat pulak murtabak gergasi menggunakan roti canai jenama Kawan
Nak lembutkan frozen paratha tu, saya masukkan sekejap dalam microwave. Then saya gelek dengan roll pin nak kasi nipis. Letak filling dan goreng dalam pan. Mudah bukan :)
Dah hampir sama pulak saiz dan ketebalannya dengan murtabak raja yang popular tuh. Teringat dulu saya selalu oustation di Kelantan. Ada pakcik teksi ni punyalah baik belikan saya murtabak raja, malah dia charge hanya RM50 sahaja dari hotel Renaissance, KB ke tempat kerja-pi airport beli tiket- pergi pula ke Pasar Khadijah- kembali ke hotel dan seterusnya ke airport semula. Terharu betul dengan kebaikan pakcik ni. Kalau tidak silap dia bekas tentera. Anak-anak dia pun bukan calang-calang orang. Ada yang menjadi doktor, ada yang mempunyai farmasi di Perak.
Saya mula menggunakan khidmat pakcik ni ketika ingin kembali ke hotel dari Pasar Khadijah beberapa hari sebelumnya. Kami bersembang pasal tambang teksi etc. Dari situ saya baru tahu bahawa selama ini charge yang dikenakan oleh pemandu teksi lain memang tinggi. Maka, saya terus meminta pakcik ini menghantar saya ke tempat kerja selama saya di KB.
Sebenarnya, pada hari sebelumnya, adalah hari penamaan calon pilihanraya. Akibatnya taxi driver lain yang sudah berjanji nak pick up saya di tempat kerja di Pasir Mas datang lewat hampir satu jam. Sebaik saya kembali ke hotel, saya lihat keadaan sesak dengan orang ramai di foyer hotel. Rupa-rupanya ada ahli politik yang terkenal beserta penyokong-penyokong kuatnya. Kebetulan kami bertentang mata, saya pun senyum kepada ahli politik tuh. Mukanya yang garang tu, sedikit pun tidak senyum mahupun mengangguk. Terlintas di hati saya, kalau dia kalah pilihanraya baru padan muka. Memang tak lama selepas itu, hati melonjak gembira dan senyuman lebar terukir tatkala melihat keputusan undian beliau hehhehe..Tak senonohkan saya ni, meroyan tak tentu pasal coz orang tu tak balas senyuman. Entah2 dia rabun atau memang tak perasan gara2 terlalu memikirkan pilihanraya. Di hotel yang sama juga, saya terserempak dengan seseorang yang popular dengan pencapaiannya diluar negara dan sibuk dengan road tours di seluruh Malaysia. Saya pun tak ingat apa insidennya yang membuat saya bengang dengan dia. Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu gelarannya yang diterima telah ditarik balik. Psst..hotel ni juga menjadi penginapan MAS Crew and other airlines crew. Suka je pepagi brekky sambil usha pilot yang hensem hahahha.
Tidak ingat pula sama ada pada lawatan yang sama atau yang lain.
Bayangkan saya turun dari lift dengan hanya bertshirt dan berseluar
jeans, tetiba disambut dengan carpet kuning dan deretan polis dan tetamu
kenamaan yang bergaya merlip merlap di lobi hotel. Then, barulah saya teringat ada bunting mengenai makan malam diraja sempena keputeraan bekas Sultan Kelantan. Memang malu giler hahhahaa, saya naik semula ke atas. Bila agak2 majlis dah mula, saya turun semula, sudah kurang pegawai polis di lobi, rupanya ramai pula polis trafik di foyer. Demi nasi kandar kat kedai mamak, ku abaikan usikan abang-abang polis. Takde hal punya nak perasan, malu or teruja, lagipun abang-abang tu perut boroi hahhaha. Itulah, siang hari beli food di kedai Melayu Kelantan, malam hari beli makanan di Mamak Kelantan. Ada ke Mamak Kelantan hehhehe? Owh nanti kalau teringat saya ceritakan pulak mengenai bilik special dan gym hotel tuh. Hmm...kisah artis dan pasukan bola di Hotel...pun boleh dikongsikan nanti ;).
hmmm.. sedap murtabak ni.. setiap kali gi pasar malam, sure beli murtabak gak... tapi skrg i dah dpt 1 tempat yg jual murtabak best.. kat serdang, ada pasar petang jual makanan dekat h.way depan hospital serdang.. mmg besar giler murtabaknya, sebijik cukup makan 4 org.. berbaloi2..
ReplyDeleteMurtabak ni dapat makan dengan jeruk bawang memang best kan. Kalau kita dah suka, memang kita tuju kat tempat tu je la, yela worth to our money ;)
ReplyDelete