Ketika ini saya sangat geram dengan dia. Hati saya sakit sangat, sedih sampai bergenang air mata. Saya turun ke living room dan menyapa dia yang sedang menonton dokumentari Bee Gees.
Saya: Tadi ingat nak ajak pi beach
Dia: Bila?
Saya: Tengahri tadilah dalam pukul 12pm, tapi untuk jalan petanglah. Tapi senyap je.
(sambil berlalu pergi ke dapur)
Dia: I takde.
Saya: La keluar ke, ingatkan tidur
Dia: Baik I pi uni, daripada bertengkar dengan orang.
Terkejut sangat dengan kata-kata dia, memang terasa menyirap darah dan hati ni terasa perit sangat dengan kata-kata dia. Siapa yang tidak terasa, jika kita berniat baik untuk berbaik, tiba-tiba diserang dengan kata-kata begitu. Lagipun bukannya kami bergaduh, hanya berbeza pendapat. Saya cuba buang perasaan tuh. Sambil membasuh pinggan saya cuba mengawal perasaan, tiba-tiba ada bisikan supaya saya pergi berterus terang yang saya sangat terasa hati dengan kata-katanya, selain bertanyakan kenapa suka cakap benda-benda yang menyakitkan hati. Bisikan jahat muncul pula, tiada gunanya dia pergi ke kelas meditasi sekian lama jika sikapnya masih tidak berubah. Tapi bila memikirkan kesan jangka panjangnya, biarlah saya memendam rasa dan hanya luahkan di sini :(. Bersabarlah duhai hati menghadapi perkara remeh sebegini. I know I'm being overly sensitive.Remeh pun kalau dihadap hari-hari pagi dan petang, siapa yang tahan? Luka kecil pun boleh jadi barah. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu ini, tidak mudah terasa hati dan tidak menyakitkan hati sesiapa.
Actually pagi tadi saya dah buat entri di bawah ni dengan tajuk "Ikut Prosedur",cuma tak publish je...
_______________________________________________________________________________
Perang meletus lagi pada hari Ahad the 23th heheheh. Idoklah perang nuklear, manja-manja gitu je ;). Menambah perisa pahit manis masam masin kehidupan di OZ ;). Masing-masing ada pendapat sendiri. Ketika saya sedang enak menikmati roti, mentega dan sekaya dan kopi O Aik Cheong......cerita pun bermula. Lebihkurang begini bicaranya ;)............
Dia : I don't understand, kenapa mamat (yang dah submit thesis) tuh nak call jabatan dot dot tanya psl kebenaran jalankan kajian
I: Dah peraturan macam tuh. Boleh ke tak nak buat kajian, buatnya confidential.
Dia : I dulu call Encik dot dot, dia kata tak payah pun.
I: Tapi dulu client saya pun minta kebenaran jabatan tertentu
Dia: Tak perlu pun.
I: Habis tu kalau tak mintak kebenaran, camna dia pi buat kajian. Kenalah tunjuk surat.
Dia : tu you all yang tak faham
I: Tak faham apa nye? dah dapat surat kebenaran pun.
..............
............
Dia : Direct je la. Apsal you all tak buat camtu je.
I: you all tu siapa?
Dia: Pegawai tempat you yang handle benda ginilah. Masing-masing dah selalu jumpa dan kenal. Sesama merekalah deal. Buat apa nak go thru jabatan tuh.
I: Kalau takde keperluan untuk mintak kebenaran tak wujudlah jabatan tuh
Dia: Terpulanglah masing2 nak minta kebenaran ke tidak. I tak mau mintak
I: Dah kalau kerja diorganisasi tuh, kenalah ikut procedure dan melalui birokrasi tuh.
Dia: Hah nanti jangan pulak complaint dah 6 bulan tak dapat kebenaran
I: Tu bukan pasal procedure, tu orang yang lambat buat kerja
Dia: I memang tak suka procedure nih
I: dah kerja organisasi tuh, macam tulah.
Beginilah, patutnya jangan dilayan orang yang degilkan macam tuh. Saya pun degil kan heheheh. Lantak dialah nak cakap dan buat apakan. Tapi kalau tak suka peraturan, jangan pertikaikan orang yang nak ikut peraturan. Saya pun tak suka peraturan, tapi jika ada saya hanya mengikut sahaja hehhehe. Actually, my current research tak perlu pun minta kebenaran. Yelah hanya deal with articles, books, formulas and computer. But there are certain research that we have to ask for approval to perform the research. Memanglah anda berpeluang tak ikut prosedur kerana anda ada network. Tapi, jangan lupa dalam kontrak perjanjian kita kena patuh ;). Memanglah tu peraturan manusia. Setiap peraturan tuh bersebab. Biarlah bersusah dahulu, berlapang kemudian. Kelak, jika ada perkara berbangkit di masa hadapan jangan pulak anda gelabah dan bising2 kononnya anda mangsa seperti kes perlanjutan anda ya ;).
No comments:
Post a Comment