Monday, October 15, 2012

Terkesima dengan Hari poligami????

Sedang pulun membaiki thesis mana yang patut, baru ku tahu dai HOTFM bahawa hari ini iaitu 15/10/2012 merupakan hari mencuci tangan sedunia. Teruk benar my general knowledge walaupun ia telah diwujudkan sejak 4 tahun lepas. Lantas DJ HotFm meminta pendengar mencadangkan hari istimewa lain yang patut diwujudkan. Ada yang minta hari membantu, hari tanpa kahak dan ludah ewww.......Tapi apa yang mengejutkan ada juga si pemanggil wanita yang bernama Hani meminta hari poligami yang mana pada hari tersebut si suami tak perlu meminta tanda tangan dari isteri pertama untuk berpoligami. Si DJ rasa pelik dengan permintaan tersebut, rupa-rupanya si pemanggil telah 2 tahun menanti si isteri pertama menurunkan tandatangan. Apabila dj bertanya bagaimana pula jika selepas mereka berkahwin, pada tahun berikutnya si lelaki meminta tandatangan darinya pula. Lagi mengejutkan bila perempuan itu dengan selamba menjawab-kalau lelaki tak suka minta cerai je, dia tak sayang kita dah la". Bak kata DJ sempat lagi si hani ni membantai isteri pertama.

Hahha..lepas tu menurut DJ ada komen di FB HOTFM yang meminta hari cuci mulut terutamanya, mulut si wanita yang meminta hari poligami. Sepantas kilat aku membuka FB..poyo je kan hahhaha.... Ni antara komen yang aku copy dari FB HOTFM. Note: saya tidak akan bertanggungjawab atas semua komen tersebut ;).

"pompuan tu elok tembak mati je...dah la amik suami org..agak2 la mulut tu..dia memang memalukan kaum pompuan..cube dia ada kat tempat 1st wife tu..senang je dia tu cakap..menggedik lebih...bencinyeeeee"

"amboi caller HotFM ni, GATAL BIJIK nak celebrate HARI POLIGAMI.
siap suruh ceraikan bini yang pertama.

ai cik kak, KEMARUK NAK BERLAKI ke?
sampai dah takde LAKI BUJANG nak dijadikan SUAMI,
sampai nak celebrate HARI POLIGAMI SEDUNIA.

Wahai WANITA,
JAGALAH MARUAH,
Janganlah TUNJUK YANG KITA TU KEMARUK SANGAT NAK BERLAKI.

TAK KAWEN LAGI bukan bermaksud TAK ADA JODOH.
Tapi JODOH BELUM SAMPAI.

Kalau boleh, jangan la bina rumahtangga dari AIR MATA ORANG LAIN.
Ingat, kita tu WANITA.
Bahagiakah kita dengan penderitaan orang lain?
"


"Pemanggil yg cdgkan hari poligami td mmg x de otak.. Kalau lelaki tu betul2 tak sukakan isteri dia dah lama dia tinggalkan isteri dia w/pun isteri dia benarkan lelaki tu berpoligami.. Fikirlah sikit bila berkata2 tu.. Kalau mmg niat tak baik dam hati busuk mcm tu sampai ketua lah awak tak kawin.."

''statement caller hani tu tak bole blah betul...cam tak caye kluar dr mulut seorg pompuan..anyway cik hany bunny la konon, byk je negeri kat msia ni yg ble poligami tanpa sign 1st wife..cthnye perlis..so pikir2 la nape u kene tunggu sampai 2 thn ye...i rase u ni stok geli2 je..bukan stok bole buat bini...sbb tu ur bf dah tangguh for 2yrs...ahakss...anyway, berdoalah cik hani agar u atau anak2 u tak mengalami nasib yg sama dgn wife bf u satu hari nanti ye...good luck for ur penantian..."

 Nak tau comment lain? sila click http://www.facebook.com/hotfm976

 Rupa-rupanya isu ini telah menjadi hangat sehingga DJ memperdengarkan rakaman panggilan itu semula. Yelah siapa yang tidak marahkan. Nak ambil suami orang suatu hal, suruh isteri minta cerai satu hal....

update at 12.49pm Australia=9.49am Malaysia:
Nak dengar suara pemanggil tu?
click this link
http://soundcloud.com/hotfm-hangat/hari-poligami-1


4 comments:

  1. salam..

    saya setuju..pagi td masa otw pg keje dgar hot fm..
    memang berapi gile dgn hani tuh..
    mmg tak patut dia ckp macam tu..
    choi!!

    ReplyDelete
  2. HAI ;)
    SAJA GUGEL SBB BLOG SAYA PUN ENTRI YG SAMA..KES PANAS DGR TAJUK HOT FM HARI NI ;)

    KELANTAN PUN RASANYA TAK PERLU TANDATANGAN ISTERI UTK KAWEN LAIN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk panas dan hangat, haruslah di blogkan hehehe

      Delete