Since my troat really hurt, I decided to go to medicare centre on Saturday morning. I have to pay aud70~rm210 just for doctor consultation since it was weekend cum public holidays. Tapi memang hampeh I have to wait 1 hour before being called by the doctor. Yang sakit hatinya, orang yang lambat datang pun dapat jumpa doktor awal. Of course some of them already made an appointment. Tapi takkanlah semua dah buat appointment. Confirmlah orang Oz nih tak suka orang asing, so isu bias tak boleh dielakkan. Kalau aku ni pendatang asing mahupun pelarian lainlah cerita. Ni kami ni pelajar asing yang memang menjana ekonomi kawasan ni. Kalau tak kerana kewujudan pelajar asing kat sini jadi pekan koboi jelah kawasan ni. Perkara ini memang diakui oleh local authority kat sini.
Memandangkan aku dah tunggu 1 jam, aku pun pi kaunter tanya bila giliran aku dan bagitau aku dah tunggu satu jam. Boleh ke staf kat situ kata memang dah bagitau customer maximum kena tunggu satu jam. Takde pulak dia bagitau masa mula-mula tadi. Dahlah takde sign pasal tuh. Nak je aku cakap, aku tak kisah kalau semua orang tunggu lama, tapi kenapa hanya aku sorang je yang kena camtuh. Lepas tu barulah minah tu terhegeh-hegeh nak check kat komputer. Tetiba barulah doktor panggil nama aku. Yang doktor pun satu hal, kalau aku dah sakit tekak, suruhlah aku bukak mulut and checklah apa yang patut. Ini tidak. Hanya check my breathing and sentuh leher aku. Bukanlah nak suluh tekak aku dan tengok bintik/bijik merah kat lidah aku tuh. Pi klinik yang bayar mahal pun dah dapat service hampeh camni. Then, i bought this tablet
which has been prescribed by the doctor...aud14.90. Mahal kan............Kalau boleh claim ubat tak apalah, huh jangan harap.
Dalam keadaan dah mula rasa tak selesa tuh, sempat lagi aku ke Myer cari stokin. Nak tak nak, kena rehat sekejap kat Michelle. Apalagi aku minum hotchoc dan hanya boleh telah sikit je spinach roll kat situ. Bila badan dah kuat sikit, aku pi woolies kejap beli groceries. Balik je, terus aku makan ubat dan tido. Then, at 5.15pm alhamdulillah internet dah ok. So dalam keadaan pening pening lalat tu sempat jugak aku habiskan TRilogi cinta dari episod 36-40. Memula tengok kat rtm. Tetiba bila episod 37 tak keluar pulak videonya. Luckily ada kat youtube. Alih-alih kat youtube episod last tu ada satu part je. Alhamdulillah, try semula di rtm boleh pulak....Dah makan ubat, harap boleh tido lena. Huh!..Tak jugak. Tapi kuranglah sikit kesakitan tekak tuh.
No comments:
Post a Comment