Aku memang insaflah
Cuba elak beli beg mahal, melainkan aku dapat free ataupun dapat harga runtuh,
tapi pernah ke ????
Aku mampu beli beg mahal ke? Mahal sangat ke?
Memanglah beg Coach ni
tidak setanding dengan Channel, tapi tetap jugak ada bunyi ribu kan ;))
Tapi kalau dah dasar ganas, tak sampai seminggu guna, dah comot
cuba korang tengok pemegangnya
cuba korang zoom tgk kat tulisan tuh, dah comot ada kesan kehitaman
Lagipun, Si Coach ni biasa aje kan walaupun agak mahal harganya
HIsh tak bersyukurkan,
bila tiada, teringin pulak,
bila depan mata tak hargai pulak.
Kinda regret buying it coz
i) don't need it, just want it,,, can buy lots of things with that price
ii) expensive, the cheaper one is better in design in my opinionlah
iii) not leather
iv) tetiba tidak berkenan dengan design tuh, cepat kotor pulak tuh
v) aku ni ganas,
vi) baru tau ada yang tiruan
vii) kalau aku pakai, mesti orang ingat tiruan huhuhu
vii) aku bayar guna credit card huhuhu, tapi lepas tu aku bayar lump sum guna duit gajilah
Kan lebih baik aku guna duit tu pi shopping benda lain hahhaa
Tapi masing2 punya citarasa dari segi fungsi, jenama, design, material dan kualiti, masing2 punya keinginan, masing-masing punya kemampuan dan yang paling penting tujuan membeli
Senang cerita masing2 punya sukalah.
Tapi dalam pada kononnya kita punya sukalah, harus juga kita berhati2
jangan sampai dikatakan berniat atau memang berniat untuk menunjuk2 dan sampai menghina orang yang memakai beg tangan tiada jenama, murah camni
aku tak kisah aku pakai je,
yang penting free dan pemberian yang ikhlas from my SIL
boleh gak sumbat laptop aku tau
yang penting free dan pemberian yang ikhlas from my SIL
boleh gak sumbat laptop aku tau
cop pasar malam mahupun tiruan (Tapi boleh ke kita beli beg tangan tiruan? macam beli cd cetak rompak ke? Imitation, inspired by certain brand is different from tiruan ka? Aku conpius pulak)
For me, yang penting handbag itu
i) dibeli dengan duit yang halal
ii) memang digunakan, bukan utk hiasan semata-mata
iii) tahan lasak bila dibelasah semahunya hahahha
vi) evergreen
v)sesuai di bawa kemana-mana (sebab malas nak tukar-tukar)
vi) berfungsi sebagai beg doraemon yang boleh disumbat segalanya
(jangan tak tau beg kawan aku, siap ada nail clipper, minyak cak kapak, panadol, gunting dan juga segala resit hehehe, pada dialah aku mencari jika terdesak :)) )
Tapikan bila kita pakai handbag yg mahal sikit ni walaupun tak setanding Channel/LV/Prada, berdasarkan my experience orang akan layan dengan baik. Contohnya tailor kat tempat aku yang perasan kedai dia sama dengan butik, tiba-tiba jadi peramah. Siap berborak pasal beg tuh dan tanya harga tuh. Sekurang-kurangnya salesgirl/salesman layan kita dengan baik bila masuk branded outlet at The Garden, bukanlah pandang sebelah mata takpun pandang macam kita tak layak masuk outlet depa. In fact, salesgirl kat Sogo pun layan aku dengan baik, walaupun aku hanya beli sling beg yang berharga RM6600 ni
oppssssssssssssssssss terlebih figures pulak ya. RM66 aje, BUM aje kan :P. Bukan Kipling ke hape ;))
Aku memang sukalah sling bag BUM ni, dulu2 pun aku ada pakai bertahun jugak, tapi dah koyak pulak. Tulah sape suruh beli beg yang harganya kurang RM1000 kan :P
Hehehe masa aku pi masuk Jusco Midvalley pulak, ada sorang kakak ni tertoleh-toleh nengok my Coach, Cantiklah kot beg tuh. Ntah2 dia terkejut dengan kecomotan bag aku tuh hahaha. Ntah2 dia kata aku pakai beg yang dah ketinggalan zaman ;)). Takpun mungkin dia kata minah selebet ni ada hati nak pakai coach, tiruan lah tu hahaha. Hish tak baik berburuk sangka kan
Tapikan, dengan hadirnya si Coach itew, tetiba sling bag Cik Elle yang berharga RM90 tu pun merajuk masa aku pi Melaka haritu
Maka tamatlah riwayatnye huhuhu. Tulah kena beli beg yang berharga RM900 takpun RM9000 ;))
Luckily it happened masa aku dah nak balik. Tulah, isi banyak barang lagi, camna tak terputus talinya. Selagi ada ruang, selagi tu aku sumbat hahhaa. Hopefully the new sling bag will be ok. Wei beg sekolah aku pun nak interframe jugak. Ni beg sekolah yang kedua. Beg sekolah yang pertama tak sampai 6 bulan di OZ dah nak putus tali belakang hahaha. Kalau tak silap warna merah, beli kat Jusco kot. Aku tengok Si Camel ni pun macam hampir nak tercabut jugak tali belakang tuh. Camel ni pun beli kat Jusco Midvalley. Memula ingat nak cari Samsonite, tapi design tak pekenan pulak. BIla suka, tak sesuai untuk my lappy pulak....lagipun mahal bebeno. Penat merayau tau, cari beg gini. Ada jenama apatah Swiss ke hape...I suka, tapi ada lambang cross pulak. At last aku kembali mencari si Camel ini. Semoga Camel tu akan terus bertahan ...........
fai....agak2 tak nak pakai lagi beg coach tu campak je kat akak ye...hahaha....akak pulak lebih suka beli kasut yg ada brand dari handbag. kalau handbeg ni org tengok penampilan, kalau kena gaya pakai beg tiruan pun org ingat kita pakai ori (kalau tengok dari jauh lah), kalau tgk dekat2 org yg tau kualiti mesti tau beg tu ori ke tidak kan. kadang tu org yg sangkut beg ada brand tapi penampilan ala2 je so org ingat kita pakai beg petaling street je. mcm kasut pulak, kalau ada brand ni tahan lama n sedap pakaim dats why i prefer beli kasut mahal sikit tak pe....heeee...my pendapat sajokk....
ReplyDeletekaklia,
ReplyDeleteLa ni pun saya tak pakai beg tuh. Jadi perhiasan kat kampung. Harap tak berkulat hahaha. Bagi tak boleh, sewa mau??? Takkan nak pakai kat sini...tak sesuai dengan gaya selebet saya hahaha. Itulah kalau orang tu x-factor or aura dia kuat, pakai apa pun walau yang tiruan, nampak ok je kan. Bab kasut memang kena cari yang ok, kalau nak tahan lebih 2-3 tahun. Dedulu masa kerja memang kena gaya lebih sikit, malu ngan client hahaha. Tapi tulah beli kasut harga tak sampai 200, cepat bebeno haus tapaknya. Kena beli yg harga RM2000 kot ;))
Kipling
ReplyDeleteAda tk??? Beli kat mn yer???