Monday, April 25, 2011

Masak taucu sesuka hati

For lunch on Sunday, aku teringin nak makan hotdog roll with tuna filling..

Senang je tuna+mayo+black n white pepper, tambah lettuce and gerkin. Tapi aku hanya boleh telan separuh je. Then, kenalah mevakum rumahkan-downstairs and upstairs and buang sampah bagai. Dah ada duty schedule kan, sihat tak sihat still kena buat kerja. Baju pun kena basuh gak. Guna washing machinelah. Yang hand wash nanti dulu. Tapi kena angkat kain diampaian dan lipat dulu. Kalau tak manalah nak ampai baju yang baru dibasuh. Bilik pun nak kemas jugak. Barang2 dalam fridge kena juga dikemas. Begitu juga dalam kabinet dapur. serabut betul aku tengok. Tapi dalam pada tuh, sempat gak aku type sampai 3 1/2 entries tuh hahaha...Tapi frust jugaklah, easter holidays + anzac day yang 5 hari ni memang holidays in home betul la...kok holidays pi Great Barrier Reef ka, pi Uluru ka...tak pun pi New Zealand best jugaklah kan...Redha je la...

Plan malam tuh just perabihkan sandwich tuna yang lagi separuh tu. Tapi tekak yang sakit ni mengada-ngada nak masak taucu pulak kan. So here is my fried egg and egg plant in salted bean Masin giler taucu tuh, terpaksa aku tambah sikit chili powder, mustard and honey. Hehehe sesuka hati aku je pi letak bahan entah apa-apa. Seperti yang dijangkakan maka terbatuk-batukla aku yang tak sedar diri ini ketika menikmati menu ini ;)).....

For lunch today aku campur je leftover bihun celur harituh dengan terung taucu, tambahkan thai sweet chili sauce, then pecahkan telur, maka jadilah bihun taucu. Menu orang kreatif kan kan kan ;))....

For dinner tonite, I had the leftover rendang with hotdog roll. Tak kuasa aku nak ambil gambar. Tangan aku sakit giler. Gara-gara semalam mengemas. Dan harini vakum bilik dan juga mengelap blind dan tingkap...Hampir 45 minit tuh nak mengelap bilah-bilah blind tuh. Jenuh juga nak ngelap dari ini

menjadi ini. Hehehe sila abaikan kekotoran yang disudut itu ya....Bila tingkap dah terbuka luas, apakata kita jenguk apa di bawah. Daun-daun berguguran dan pohon meranting....Tapi tak semua pohonlah hehehe...Ada yang masih menghijau dan berbuah tuh. Begitulah Autum in OZ....Apa2 pun rasa lapang hati bila tengok bilik dah bersih, cuma tinggal nak clearkan atas dan bawah meja pulak..adusssssss...

Aku plan nak bayar income tax harini. Tapi aku kena download borang penyata gaji dari our company punya website. Tetiba tak boleh login pulak. Bila contact IT centre, depa main passing baton pulak. Aku hangin lah, and mintak cakap dengan officer. Yelah aku call dari OZ, ingat aku cop duit ker? Pulak tu officer IT kata, depa tak boleh reset password, itu kena contact orang HR. Pulak dah. Dah mula nak naik angin, sib baiklah officer ni lembut je hehehe. Call HR tak angakat phone. So, aku email la. Kalau tak jawab jugak, tak tahulah coz officer It kata orang HR ni macam jarang check email. Sebelum aku tension pikior..baik aku buat benda lain. Oklah aku bz nih...Segala perbelanjaan nak direkod jugak. My paper corrections pun kena jugak dijenguk.

Update 26/04/11:
Hmm..sesudahnya malam tadi, aku tak buat benda yang sepatutnya. Dah ngantuk sangat. Tapi dok terkebil-kebil nearly 2 hours. Pulak tu tak lena tido dahlah lengan/tangan lenguh.

Hampeh betul HR officer tuh, masih tak reply email aku sehingga 12.15pm OZ time. Anyway, alhamdulillah setelah aku masukkan je no IC as my friend suggestion boleh pulak masuk to our company website. So, apalagi dengan pantas aku download the 2010 annual payment form. Dengan pantas juga aku isi e-filing form dan akhirnya selesai semuanya dalam masa tak sampai 10 minit pun....Alhamdulillah. Syukur juga aku tak perlu bayar cukai hehehe. Malah, cukai ku terlebih bayar sebanyak RM1056.19....gara-gara staf financial/HR yang sesuka hati memotong jagi gaji kami.

2 comments:

  1. berapo lamo nak dok sanun tu?agak2 duo thn lagi ado tak?...hehe

    ReplyDelete
  2. kak Anym, ada setahun je lagi, doakan saya ya :)

    ReplyDelete